Nov 19, 2011

Dah memang periuk nasi kami

Hurrmmm..mengeluh panjang aku kalau memikirkan masalah yg satu ini..
Aku hanya mampu berdoa "Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusanku dan suamiku...Amin.."

Tiada apa yang boleh kami buat kerana Allah telah tentukan rezeki suamiku nun jauh di lautan.  Dah memang rezekinya dapat keje offshore, so nak atau tidak suami aku kene jugak kerja..takan lah aku plak yg nak tanggung dia kan..? Impian nak keje di darat tu mmg ada, bukan selama-lamanya dia nak keje offshore tu tp buat masa sekarang itulah periuk nasi kami.  Bkn dia tak apply keje gomen @ private sector tp takde rezki lg, so wat more can i say.. kekadang tu stress jugak sbb orang ikut suka mulut je nak ckp apa tanpa memikirkan perasaan dan tak tau hujung pangkal kehidupan kami.

Suara2 sinis kedengaran "kalau duit banyak tp duduk berjauhan pun apa gunanya".  Helloooo..mcm la suami aku tu keje offshore sbb nak kejar duit semata2.  Tak paham la dengan mentaliti sesetengah orang ni.  Sape tanak hidup sebagai pasangan suami isteri normal yang lain kan, kami juga ada cita2 dan impian kami sendiri.  Tak perlu lah aku story one by one perancangan kami tp seperti yang aku tekankan, buat masa sekarang kami hanya mampu bersabar dan berkorban sedikit masa kami.  Insya-Allah pengorbanan kami ini berbaloi dan mendapat ganjaran daripada Allah.

Jadi kpd orang2 di luar sana janganlah anda sesuka hati menghakimi @ menilai kehidupan orang lain.  Ambil tahu dan prihatin itu sgt jauh berbeza dari buzy body @ suka jaga tepi kain org.  Tak semestinya berjauhan dari suami tidak bahagia dan tidak mempunyai zuriat itu tidak bahagia.  Lambat @ cepat je dan biar masa yg menentukan.  Allah dah tentukan yg terbaik buat hambaNya dan jika itu adalah yang terbaik buat kita, kita harus redha. (Ya Allah kuatkan lah hati dan semangat hambaMu ini, ameen...)

Nov 15, 2011

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

Hepinye aku bulan ni sbb byk betul cuti...  Duk kira2 cuti am bulan ni 4 hari plus cuti yang aku apply plak 2 hari.  Hehe, kan best klau tiap2 bln ada cuti mcm ni :-)  Akhir bulan ni plak Cuti Awal Muharram then aku apply sehari sbb time tu kitorang ada buat family day kat Perak.  Yeayyyy tak sabarnye walaupun family tak cukup korum...adik, k.ira, abg padil, shafia dan hubby aku tak turut serta.  Huhu, so sad :-(  Takpelah at least masa aku sedikit terisi di samping family tersayang.  

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan ari tu aku tak pegi mana2 pun cuma servis umah slps raya haji ari tu.  Hehe, kebetulan hari panas boleh la laundry towel, cadar dan kain baju.

Petang plak aku sempat buat Chicken Pie, abah asyik request nak mkn, so aku buat la boleh mkn utk tea time :-)  Chicken Pie kali ni aku guna resepi Cik Nah (aunty aku dari sarawak) tapi pastry aku guna yang segera je, yang penting cepat tapi sedap..!!

Telah siap dibakar..panas..panas..
Close up my Chicken Pie
Siap utk dimakan tp kali ni tak sapu kuning telur kat atas :-)