Mar 18, 2012

Haru Biru..!!

Salam sayang buat semua...

Adoyaiii..kali ni ada nak story sket psl planning yg hampir2 tak jadi..Huhu..

Camni, cycle utk Mac ni seems like OK sbb hubby ada time aku fertile nnt.. Hubby suppose kena masuk ofis 19 Mac ni tp dia dah extend cuti seminggu lagi sbb tanak merugikan 'masa yg berharga itu :-) bukan senang wooo.. Next month mmg confirm dia dah pegi job. Yelah..kita ikhtiar mane tau kot2 cycle ni ade rezeki..

Aku pun start balik amik Clomid and follow treatment ngan doctor.  Tup2 aku kena hadir Bengkel pada 17-20 Mac..arghhh..spoil betul..!!  Lame lak tu... nak tak nak aku kena terus-terang ngan bos aku yang aku tak leh attend Bengkel tu dan memberikan reason yang for me it's quite embarassing to share with him.. I mean 'HIM..' Walaupun aku PA Bos but ada certain thing aku tak selesa utk share.. Segan la pulak nak story benda2 macam ni kan.. Nak bgtau aku kena tunggu timing yang betul untuk itu dan ini, kena kejar masa dsbg.. Oh, tidak..!! but i have to.. Walaupun aku sbg urusetia je dalam Bengkel tu tapi aku rasa tak best sbb macam saje nak excuse..huhu..

So, aku pun tebalkan muka ckp la serba sikit dan alhamdulillah bos faham.  Terpulanglah dia nak cakap or pikir ape pun pasal aku.. I hope he truly understand situation aku dan orang macam aku sebab kalau orang tak duk tempat kita mmg diorang tak akan faham.  Aku dan suami skrg kena kejar masa..umur makin meningkat bukan makin muda dan aku harap akan ada rezeki dari ALLAH SWT jika diizinkan.  Insya-Allah.

Berbalik pada citer makan Clomid tu, last week dah wat TVS utk cek telur..Alhamdulillah telur sume ok dan cantik :-) Skrg tgh buat ovulation check tiap2 pagi tapi tak jugak +ve..huhu.. Doc ada ckp klau cycle ni masih takde rezeki maybe next month proceed dgn IUI.. Tapi paham2 la sbb hubby takde time tu macamana nak buat..Tensen betul..huhu..


Papepun, doakan lah kami berjaya kali ni..  Insya-Allah..

No comments:

Post a Comment

TQ for the comment