Assalamualaikum...
Haihhh... Rinduuuu nak blogging balik. Dah bertahun takde post tp still jadi pembaca tegar blog-blog orang.
Lama betul post ni hanging.. bertahun dah asyik draft jek sampai dah lupe nak tulis ape..hikhik..tapi kena share jugak, memandangkan dah lama gile so post gambar je lah.. Nak jugak aku post sebab boleh tengok2 balik dan sebagai rujukan kepada sesape yang nak ke Shenzen or Hong Kong nanti.
Actually this is my first vacation dengan buah hati pengarang jantungku Umar Luqman, masa ni dia baru 9 bulan. Sedihnya sebab hubby aku tak pegi sama sebab ada job time tu. Sabarrrr je lah ya, burn camtu je ticket flight...ahaha dah keberapa kali burn pun aku tak tau. Nasib baik ni family trip so kami 10 orang sumenya. Dapat la juga bergilir dgn kakak aku dukung and jaga Umar. Alhamdulillah...
Trip kali ni kami naik Air Asia yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Kitorang guna travel agent dari Al-Quds Kota Bharu.
Jom cuci mata tengok gambar dulu :-)
|
Alhamdulillah safely arrived |
|
Window of the World |
|
Belakang tu diorang tiru Niagara Falls
|
|
Eiffel Tower tipu, hiks |
|
Ni kat luar sebelum entrance Hong Kong Disneyland |
|
Ni masa tengah tunggu parade at Hong Kong Disneyland |
|
Yeah, tu dia boleh berdiri je. Jalan belum boleh :-) |
|
Tengok tu, tido aje keje dia Zzzz
|
|
Hello Hong Kong Disneyland! |
|
Best giler Disneyland ni, berbaloi dan wajib ke sini kalau ke HK |
|
With beloved Mak |
|
Lupe dah nama tempat ni |
|
With Kakak Hannah, Umar's Cousin |
|
Ni baru lepas show Burung Kakak Tua, best! |
Windows of the World ni best sebab semua tempat2 best seluruh dunia ada dipamerkan kat sini. Diorang buat replika. Nama lagi China kan, semua benda akan dia tiru :-)
Umar baru 9 bulan time ni, bawak dia tak byk ragam sbb masih baby lagi. Jalan pun belum boleh lagi. Most of the time Umar duk dan tido dalam stroller. Kekadang aku dukung or babywearing. Yang penting travel bawak baby ni kena sediakan susu secukupnya dan diapers dia. Kalau breastfeed lagi senang. Yang leceh time dia poopoo, nak pulak kat China kan, toilet takde air, tak bersih pulak tu. Huhu, klau ke restoran or tempat solat, time tulah aku tukar diapers dan bancuh susu siap2.
|
Time ni tgh tunggu nak shopping di Dongmen Night Market, sebelum Umar poopoo. |
Ada juga sekali tu kena Umar poopoo time kat shopping kat Luohu. Luohu ni macam shopping plaza, kat sini best ada byk sgt jual handbag dan baju2.. Seksa betul kat Luohu ni dgn toilet takde tempat baby changing diapers, sedih tau hampar changing mat atas lantai dan lap guna wet tissue. Paling sadis kat Dongmen Shopping Street, kitorang jalan kaki je ke Dongmen tu sebab dekat je ngan hotel. Gigih betul aku dalam hujan rintik2 halus menolak stroller nak shopping kunun, dah la hubby takde. Sampai je area shopping Umar bukan setakat poopoo tp siap dah meleleh-leleh tepi seluar, aiyarkk!! Nak tak nak balik la semula ke Hotel ngan kakak aku. Yang lain2 teruskan misi shopping tu. Hahaha antara pengalaman tak akan dilupakan travel ngan si kecik ni.
|
Umar dalam flight back to KL, seat hubby yang kosong. So boleh letak Umar |
Dalam flight dari KL ke Shenzen ok je tapi perjalanan balik ke KL Umar mengamuk. Time tu malam, tak silap flight jam 9.40 mlm. Aduhai, panik jugak aku. Mana taknye, tgh best2 tido boleh dia terjaga dan nangis semahunya, dah tak tau nak buat apa dah, sume orang dia tak nak. Tok Ayah, Nenek, Pakcik, Cik Da and Cik Li sume tak layan... Huaaa!! ada kot setengah jam aku cuba tenangkan dia, last2 tertido dalam tangisan. Scary jugak time tu, nasib baik la ngan family, tak la kecut perut sangat. Apapun Alhamdulillah family trip berjalan lancar.
Next aku story lagi ye, boleh share sikit tips and tricks travel ngan baby ni :-)