Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Sep 2, 2016

Family Trip Seoul, Korea (16 - 21 Sept 2015)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya hidup di muka bumi ni, yang penting spending quality time with our kesayangan. Selain memperbanyakkan amal ibadah sebagai persiapan menghadapi pengakhiran yang kekal abadi nanti.

September 2015 diberi kesempatan olehNya melancong ke Seoul, Korea bersama 12 orang ahli keluarga. Tu pun abang sulung sekeluarga dan adik bongsu tak dapat ikut serta disebabkan kekangan masa dan urusan keluarga. Perjalanan kali ini kami menaiki penerbangan MAS pergi dan balik dan paling best sebab tak perlu pikir baggage overweight, seating serta makanan sepanjang perjalanan. Semua dah include kan...Selalu naik Air Asia jenuh nak pikir semua tu.

Penerbangan ke Seoul memakan masa lebih kurang 7 jam. Kami menaiki penerbangan lewat malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Umar pun tak meragam langsung dalam flight. Masa tu Umar 1 tahun 9 bulan. Kali ni rasa happy sebab suami dapat turut serta. Hehe barulah lengkap rasanya :-)

Masa kami pegi tu musim autumn. Siang hari biasa2 je tak panas tp tak sejuk sgt. Malam mmg sejuk, kena standby sweater or jacket if nak keluar. Nak story panjang-panjang pun dah ingat-ingat lupa sebab dah lama baru update dalam blog, haha so kita layan gambar je lah okay.

Delpino Golf and Resort.
Belakang kami tu Mount Soerak. Cantik sgt view
Pegi kali ni ambik dengan Kembara Sufi. So far ni travel agent paling terbaik! Package RM1850 per adult without flight ticket, tapi service memang tiptop. Accommodation A++ Hotel 5 star, Alhamdulillah puas hati sangat2.

Kadar tukaran wang time tu RM1 bersamaan 3.70 Korean Won. Parah jugak kan, takdelah sakan sangat nak shopping. Banyak beli skin care dan souvenirs je, hehe.. Melancong ke Korea tak sah tak grab skin care diorang kan.
Hadapan Delpino Golf & Resort, 1st night kitorang menginap kat sini.
Feeling Winter Sonata jap...boleh?
Ni kat Everland, macam Disneyland jugaklah
We are at Nami Island!!!
Myeongdong
On top of Mount Soerak
Alhamdulillah family trip kali ni berjalan lancar dan hero kesayanganku langsung tak meragam. Senang sikit bawak dia kali ni sebab dah boleh berjalan dan berlari kesana sini. Tapi Umar ni jenis suka duk dalam stroller, so most of the time tak menyusahkan kami suami isteri nak dukung dia, kekadang sgt babywearing tp tu pun kejap je sebab Umar dah besar, tak berapa muat dah dalam Ergo tu. hihi...



































Bagi kami suami isteri tak menyusahkan pun bwk anak kecik ni, sebab ada sesetengah orang ckp susah travel dengan anak kecik. Depends jugak kot kan, sebab lain anak lain tingkah lakunya. Paling penting kalau travel jauh esp naik flight kena pastikan anak dalam keadaan selesa dan dia tak bosan.

Alhamdulillah naik MAS kali ni ada entertainment, boleh gak on screen and pasang Hi-5 fav Umar. Haritu flight pun tak full so bolehlah suka suki nak duduk mana2 pun. Makanan pun agak mewah, steward layankan aje dan bagi makanan extra untuk kitorang :-)

Time to go back, good bye Seoul :-(

Dah nak balik Malaysia dah, huhu. Overall Seoul best esp kat Mount Soerak tu, view cantik sangat2. Jumpa lagi di lain post ya, babai :-)

Mar 30, 2016

Family Trip Shenzen - Hong Kong (October 2014)

Assalamualaikum...

Haihhh... Rinduuuu nak blogging balik. Dah bertahun takde post tp still jadi pembaca tegar blog-blog orang.

Lama betul post ni hanging.. bertahun dah asyik draft jek sampai dah lupe nak tulis ape..hikhik..tapi kena share jugak, memandangkan dah lama gile so post gambar je lah.. Nak jugak aku post sebab boleh tengok2 balik dan sebagai rujukan kepada sesape yang nak ke Shenzen or Hong Kong nanti.

Actually this is my first vacation dengan buah hati pengarang jantungku Umar Luqman, masa ni dia baru 9 bulan. Sedihnya sebab hubby aku tak pegi sama sebab ada job time tu. Sabarrrr je lah ya, burn camtu je ticket flight...ahaha dah keberapa kali burn pun aku tak tau. Nasib baik ni family trip so kami 10 orang sumenya. Dapat la juga bergilir dgn kakak aku dukung and jaga Umar. Alhamdulillah...

Trip kali ni kami naik Air Asia yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Kitorang guna travel agent dari Al-Quds Kota Bharu.

Jom cuci mata tengok gambar dulu :-)
Alhamdulillah safely arrived
Window of the World
Belakang tu diorang tiru Niagara Falls 

Eiffel Tower tipu, hiks
Ni kat luar sebelum entrance
Hong Kong Disneyland
Ni masa tengah tunggu parade at Hong Kong Disneyland

Yeah, tu dia boleh berdiri je. Jalan belum boleh :-)

Tengok tu, tido aje keje dia Zzzz

Hello Hong Kong Disneyland!
Best giler Disneyland ni, berbaloi dan wajib ke sini kalau ke HK
With beloved Mak
Lupe dah nama tempat ni
With Kakak Hannah, Umar's Cousin
Ni baru lepas show Burung Kakak Tua, best!


Windows of the World ni best sebab semua tempat2 best seluruh dunia ada dipamerkan kat sini. Diorang buat replika. Nama lagi China kan, semua benda akan dia tiru :-)

Umar baru 9 bulan time ni, bawak dia tak byk ragam sbb masih baby lagi. Jalan pun belum boleh lagi.  Most of the time Umar duk dan tido dalam stroller. Kekadang aku dukung or babywearing. Yang penting travel bawak baby ni kena sediakan susu secukupnya dan diapers dia. Kalau breastfeed lagi senang. Yang leceh time dia poopoo, nak pulak kat China kan, toilet takde air, tak bersih pulak tu. Huhu, klau ke restoran or tempat solat, time tulah aku tukar diapers dan bancuh susu siap2.
Time ni tgh tunggu nak shopping di Dongmen Night Market,
sebelum Umar poopoo.
Ada juga sekali tu kena Umar poopoo time kat shopping kat Luohu. Luohu ni macam shopping plaza, kat sini best ada byk sgt jual handbag dan baju2.. Seksa betul kat Luohu ni dgn toilet takde tempat baby changing diapers, sedih tau hampar changing mat atas lantai dan lap guna wet tissue. Paling sadis kat Dongmen Shopping Street, kitorang jalan kaki je ke Dongmen tu sebab dekat je ngan hotel. Gigih betul aku dalam hujan rintik2 halus menolak stroller nak shopping kunun, dah la hubby takde. Sampai je area shopping Umar bukan setakat poopoo tp siap dah meleleh-leleh tepi seluar, aiyarkk!! Nak tak nak balik la semula ke Hotel ngan kakak aku. Yang lain2 teruskan misi shopping tu. Hahaha antara pengalaman tak akan dilupakan travel ngan si kecik ni.

Umar dalam flight back to KL, seat hubby yang kosong.
So boleh letak Umar
Dalam flight dari KL ke Shenzen ok je tapi perjalanan balik ke KL Umar mengamuk. Time tu malam, tak silap flight jam 9.40 mlm. Aduhai, panik jugak aku. Mana taknye, tgh best2 tido boleh dia terjaga dan nangis semahunya, dah tak tau nak buat apa dah, sume orang dia tak nak. Tok Ayah, Nenek, Pakcik, Cik Da and Cik Li sume tak layan... Huaaa!! ada kot setengah jam aku cuba tenangkan dia, last2 tertido dalam tangisan. Scary jugak time tu, nasib baik la ngan family, tak la kecut perut sangat. Apapun Alhamdulillah family trip berjalan lancar.

Next aku story lagi ye, boleh share sikit tips and tricks travel ngan baby ni :-)

Jan 1, 2014

2013 Highlights

Assalamualaikum...

GOOD BYE 2013... HELLO 2014...!!!

Thanx u and Alhamdulillah for all the good and bad memories and hope 2014 will be more exciting for us..Let's pray for the best. In Shaa Allah, ameen, ameen, ameen...Ya Rabb..

Okay, let start with our short trip to Jakarta and Bandung on Jan 2013.. Actually lebih kpd business trip kot sbb pegi ambik stock kain sulam pasang Indon dan jugak beberapa barang untuk kaum lelaki.. Hubby ambik stock jeans, belt dan jugak t-shirt untuk kengkawan dia. Hehehe..

Okay..selfie dalam cab :-)














Then on March 2013, we went to Bali for our Honeymoon Celebration. Alhamdulillah, i had so much fun and i love Bali soooo much ♥ ♥ ♥


Penghujung Mac 2013 jugak dapat good news..!! Bukan setakat good tapi rasanya berita yang paling ditunggu-tunggu sejak berkahwin.. I AM PREGNANT..!!

Believe it or not after 4 years of waiting patiently :-) Syukur Alhamdulillah...

Tapiiiii... diuji oleh ALLAH SWT lagi.. kandungan cuma mampu bertahan selama 7 minggu sahaja.. Sedih..? Memang sangat, teramat sedih.. Mujur Alhamdulillah saya cepat recover dari segi fizikal dan emosi. Million thanx to my family, husband and also my friends and colleagues yang banyak bagi semangat. 

May 2013 selepas 1 cycle period, disahkan hamil sekali lagi.. Syukur, syukur, syukur kerana Allah cepat ganti rezeki yang 1 ini..
Scan masa 12 weeks
4D Scan masa 25 weeks, saje kasi blur sket..hehe
Me at 23 weeks
nampak la sket baby bump yerk wpun dah 5 bulan lebeh..haha
30 weeks, sedikit chubby di situ..ngeh3..
Latest pic time picnic cuti krismas haritu at 35 weeks
NOW I am 35 weeks.. In Shaa Allah permata hati kami akan lahir pada penghujung tahun ini.. Semoga dipermudahkanNya...

August 2013 dapat anak sedara baby girl, Nur Damia Syafinaz..The cutest baby girl i ever met..hehehe..


Okay, nilah serba sedikit coretan diari kehidupan ku bagi tahun 2013.. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu rahmat dan keberkatan dalam diri dan hidup kita semua.. Terus berdoa agar Allah permudahkan urusan kita.. In Shaa Allah :-)

Sep 22, 2013

Tiket burn lagi ke...??

Salam sayang semua..

Tension, tension, tension den...
Mane tidaknye, on 28 Sept suppose ke Kota Kinabalu (KK) ngan mak abah, kakak-kakakku dan anak sedara..
Tapi dalam dilema la pulak kan, nak pegi ke tanak pegi, boleh pegi ke tak boleh...???

Klau tanya tuan empunye badan, mmg la nak pegi.. tiket booked awal Januari lagi tau..
Time tu promo RM55 sehala utk sorang ke KK, so dgn tamak halobanya dah booked untuk 8 adults dan 2 kids..
Cilok dr Google.. Ya Allah, I love the view
Memang la kan booked tiket awal-awal ni ade baik buruknye, yg baik dpt rege murah sket then yg tak best silap2 haribulan burn..hehe, akhir tahun lepas dah burn tiket ke Jakarta sebab time tu rasenye hubby kena naik job, melayang la jugak dekat RM700 lebih plus tiket KL -Jakarta, KL-KB sumenye 2 hala :-)

Kali ni nampak gayanya camtu lah, burn lagi skali..huhu, sedih bukan ape sbb mmg suke sgt travel ngan family ni.. Mak dah lama teringin ke KK, hurmmm takpelah nasib baik kakak2ku ade leh bwk mak abah jenjalan sana..

Sebab musabab saya confius nak pegi ke tak atau dengan lebih tepat lagi BOLEH pegi ke TAK BOLEH adalah kerana i'm pregnant..! It sounds like errr so what..? Memang secara umumnya takde masalah ibu mengandung naik flight kan, tapi for certain case like me, naik flight boleh menimbulkan komplikasi walaupun saya rasa saya sekarang berada di dalam fasa paling selamat iaitu di dalam Trimester Kedua.

Being pregnant again for the second time membuatkan saya satu family sangat berjaga-jaga dalam segala aspek. Mane tidaknya, keguguran pada akhir Mac lalu ramai yang membuat andaian bahawa saya keguguran disebabkan saya naik flight ketika ke Bali pertengahan Mac lalu..! Susah nak terangkan pada semua pihak, klau ikutkan waktu penerbangan tersebut, saya belum lagi hamil.. Ketika tu saya baru 3 minggu lepas period.. Saya cuma beranggapan tiada rezeki kami dan doctor sendiri mengesahkan mmg baby tak develop start from early stage. Lagipun ramai yang naik flight waktu early pregnancy tp ok je, kwn sy sendiri ada ke Korea dan beliau sendiri tak sedar yang dia sedang hamil waktu tu (maybe dlm 5-6 weeks pregnancy) dan kandungan selamat, kini telah 7 bulan hamil :-) Yelah, rezeki masing-masing kan..

My 21 weeks pregnancy, Alhamdulillah
Jadi untuk ke KK walaupun saya rasa saya cukup fit dan kandungan telah kuat namun ramai yang menasihatkan agar tidak menaiki pesawat, huhuhu.. Saya rasa saya ok je sebab ke KK takde la lama sangat, makan masa lbh kurang 2 jam setengah je.. Demi memuaskan hati semua pihak dan demi kandungan tersayang ini juga saya membuat keputusan utk tidak ikut serta family trip kali ni (walaupun dlm hati saya nak sangattttt pegiiiii...)

In Shaa Allah kalau ade rezeki lagi pada masa2 akan datang, boleh pegi lagi.. In Shaa Allah boleh bawak baby sekali kan.. (tengah pujuk hati lettewww, hehehe) Papepun kesihatan diri dan baby paling penting buat masa sekarang, tabahlah wahai hati..nak2 pulak tengok mak abah baek punye packing beg nak ke sana, huwaaaaa...

Mar 26, 2013

Wedding Anniversary

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 14 Mac lalu genap usia perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik dah pun 4 tahun tapi still rasa cam pengantin baru...boleh..?? hahaha..takpe la kan,  janji happyyy...

Wedding Anniversary this year kitorang celebrate kat Bali, kirenye holiday + honeymoon + celebration.. 3 + 1, macam iklan nescafe plak..huhu.. Celebrate awal sket dari tarikh anniversary sebabnye takut hubby kena naik job, so lbh kurang seminggu awal dari tarikh sebenar..tak kesah la yang penting spending quality time together to the max...!! 

Stay 4 days 3 nights kat Bali memang perkara yang paling best yang tak mungkin kami lupekan. We love Bali's surrounding sooo muchhh..pantai, gunung dan pemandangan di Bali sangat cantik.. We love their nature sbb tu kami lebih suke luangkan masa ke tempat yang kaya dengan keindahan muka bumi daripada tempat shopping sebab sangat sukekan alam semula jadi..

Serious talk, for me Bali is better than Phuket. Sebabnye Phuket for me cantik pulau dan pantai sahaja tapi Bali lebih kepada pantai, pergunungan, tasik dan persekitaran semula jadi. Memang sungguh indah ciptaan Allah SWT. Tu baru Indon ngan Thailand kan..tak tau la kalau pegi Switzerland ke, Italy ke, Turki ke macamana la gamaknye perasaan aku..hehe..In Shaa Allah kalau diizinkan dan ada rezeki lebih boleh la ke sana. Tapi jangan silap sangka ye... ke rumah Allah juga aku dan husband teringin sangat nak pegi cuma biar masa yang menentukan, In Shaa Allah :-)

DAY 1

Bertolak dari LCCT ke Bali jam 9 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Disebabkan flight pagi kitorang cam biasa order Nasi Lemak Pak Nasser as our breakfast. Sedap dan mengenyangkan.


After safely landed at Ngurah Rai Airport, kami terus menuju ke hotel. Memandangkan time tu dah tengah hari, so kite check-in terus la...lagipun tak sabar nak tengok hotel yang aku book through Agoda. Nasib baik la bab2 mem'booking' ni hubby serahkan 100% pada aku... So, dapatlah aku choose nak stay kat hotel mana dan yang pasti aku takan overbudget la..kesian kat hubby :-)

Menariknya time kitorang pegi tu sebenarnya dekat dengan sambutan 'Hari Raya Nyepi' (Silence Day) yang jatuh pada 12 Mac 2013. Pada hari tersebut seluruh Pulau Bali akan sunyi sepi kerana dilarang mengadakan sebarang aktiviti. Kuat betul kepercayaan dan agama mereka. Airport pun akan tutup dan tiada penerbangan pada hari tersebut, urusan keluar masuk hotel juga tidak dibenarkan dan para pelancong yang mmg dah ada kat sana pun tak dibenarkan melakukan sebarang akitiviti even berjalan2 di pantai sekali pun..dan lampu pada waktu malam tidak akan dinyalakan termasuk pemotongan kesemua channel TV..!! Huhhh..nasib baek la time tu kitorang dah fly balik Malaysia :-) 

Kitorang stay 3 malam di 3 hotel berbeza...sebabnya..? Kitorang stay kat berlainan tempat iaitu Jimbaran, Sanur dan juga Kuta. First nite kat Abi Bali Resort and Spa. Suke hotel ni sebab bilik dan bilik air yang super besar, bersih and selesa, juga sangat2 calm dan privacy.

Alhamdulillah dah sampai..excited kan muke..hehe..
Bilik air yang super besar.
Tempat shower dia open, kalau hujan leh trus mandi direct..senang :-)
Dapat katil cenggini tp ok je yg penting tilamnya empuk ya...
Petang plak kitorang ke Pantai Jimbaran, nak tengok sunset dan dinner kat sana. Kat sana jam 6.30 ptg dah sunset. Jom layan gambar.

Sementara tunggu sunset.
Our seafood dinner

Perlahan2 mentari menyembunyikan diri
Miss this moment
After dinner, kitorang balik hotel dan aku sempat buat 15 mins FREE foot reflexology, ya ampunnnn sedap banget urutannya buk..rasa cam nak terZzzz terus...

DAY 2

Hari kedua ni kitorang amik pak supir (namanya Pak Ketut Susila, sebut btul2 tau..haha..) sebab senang nak bawak kitorang ke tempat2 menarik. So, after breakfast (mkn roti n telur rebus je sbb was2) kitorang terus gerak. 

1st place ke Tampak Siring. Tempat ni merupakan tapak warisan UNESCO, ada kuil dalam tu tapi tak masuk pun tgk rumah ibadah dia cuma jenjalan sekeliling tempat tu. Careful apabila kengkawan nak shopping souvenirs kat sini sbb kena pandai tawar kaw2 dan diorg sgt suke memaksa smpai aku dan hubby naik hangin dgn sorg pompuan tu...gile ahhh pegang lengan aku tanak lepas...ohh pelliisss..!!



Then terus menuju ke Kintamani. Tempat ni Masya-Allah...sangat cantik, tenang, damai dan nyaman.. Tapi sayang seribu kali sayang sbb time kitorang sampai tu baru je lepas hujan dan kitorang takleh nampak view dari gunung tersebut. Rugi sangat, cuma leh nampak bayang2 je tu pun sangat kabur.. Lunch dekat situ sambil hirup fresh air dari pergunungan tersebut.

Ehsan Google.
Camni la lbh kurang gambaran Gunung Kintamani, cantek kan..?
Belakang tu kalau takde kabus akan nampak gunung dari jarak dekat
Can't imagine klau sambil lunch dapat tgk dgn clear view gunung
kat depan tu dari restoran ni :-(
Selesai lunch dan solat....ke next destination iaitu ke Tegalalang area Ubud.

Sekali lagi terkesima dengan keindahan tanaman padi kat sini. Padi bukit ditanam secara bertingkat atau ia di buat mcm terrace.. Saujana mata memandang...




Lepas posing2 sket, menuju ke Tanah Lot pulak.. A must visit place. 

Masya-Allah.. Allah Maha Besar.
Tu dia Tanah Lot Temple kat belakang sana.

Jump Abe..Jump..!!
Kami tak tunggu sunset pun kat Tanah Lot ni sebab hari sebelumnya dah tengok kat Pantai Jimbaran..lagipun  badan dah penat and tak sabar2 nak check in kat Puri Santrian di Sanur. Sampai resort pun dah maghrib time tu.
Unik...kitorang dapat passport khas stay kat sini :-)
Super comfy king size bed
Fresh flowers :-)
Lepaking at the beach
Having our very simple dinner, kat sana susah makan..huhu
Waiting for the sunrise..time ni dlm 6.15 a.m, can u spot the moon up there?
Alhamdulillah..we can see the sunrise
My hubby ada kuasa luar biasaaaa...!! haha..
Love this romantic moment
Best.. Resort ni tak ramai orang
1 of the 3 pools
Breakfast time
Suprised from hotel...weeee...excited..!!
Posing before check out 
Amik gambar sndiri le ye...
DAY 3

Tengahari kitorang check-out dan pusing2 area Kuta je. Pegi shopping souvenirs for our family and frends. Kalau nak beli souvenirs bole trus ke Krishna (bgtau tourist guide, diorg mst tau). Kat sana barang sgt murah dan tak payah nak tawar2 dah, harga fixed tp sgt murah dan mcm2 ade.

Ni je antara yg sempat di snap
Then kitorang singgah makan kat Restoran Nasi Padang, yang pasti org muslim kat sana yang punye. Heavennyeee dpt mkn nasi dan beraneka lauk termasuk ayam kegemaranku..yummehhh..!!

Kenyang perut then singgah kat beberapa lagi kedai souvenirs dan seterusnya check-in kat Best Western Resort Kuta. Stay kat sini sebab sgt dekat dgn Airport sebabnya pagi esok flight kitorang jam 6.00 a.m.. So, by 4 a.m. dah kena ada airport..huhu..

Simple size room
At Kuta Beach

Nasib baik ada org tlg amik gmbar :-)
Malamnye kami stay kat hotel je, aku skali lagi massage..esok pagi dah nak balik..rindu nasi berlauk, mak abah dan Kelate soooo muchhh..hehe..

Time ni aound 4 a.m. Kitorang amik 1st flight. 
Tu la dia cerciter holiday + wedding anniversary kami. Coretan sekadar memori untuk kitorang dan jugak panduan kpd kengkawan yang planning nak ke Bali. Semoga bersiaran lagi dalam entry seterusnya. Assalamualaikum :-)