Aug 25, 2013

Cerciter Syawal 1434H

Selamat Hari Raya buat semua...Ceewahhh, ok lg kan sbb hari ni baru 18 Syawal..Raya kan sebulan..hehe, hope entry ni tak basi lagi :-)

Serious rasa tak puas lagi beraya, nak je ku undurkan balik masa sebab waktu2 berharga dengan keluarga sangat2 bermakna dalam diari kehidupan ni.

Sekarang suasana kembali sunyi, lepas je seminggu raya keadaan kembali back to normal. Tiada lagi riuh rendah suara adik-beradik dan anak-anak buahku, walaupun pada hakikatnya raya kali ni cuma ada kakakku yg no.3 dan 4 serta adik bongsu. Tu pun sebab diorang turn beraya di Kelantan. Abang sulung turn beraya di Kedah manakala kakak kedua turn beraya di Johor. Sume adik-beradikku bertemu jodoh dengan 'orang luar' atau dengan kata lain bukan org senegeri.. Cuma saya je kahwin dengan orang satu negeri, Alhamdulillah :-) So, mmg tiap2 tahun akan beraya di Kelantan..

Okay, berbalik pd cerita raye.. meh belek gambar yg tak seberapa ni.. yang penting ada sesuatu utk dipapar dan dicoretkan dlm blog kesayangan ni.. Yiiihaaa..!!
Menu 1st Syawal
Rendang Daging, Lontong dan Lemang
Tak lupe juga Ketupat dan Nasi Impit
Also the 'tapai'
Antara tetamu terawal
Nape tu Abah..? Hehe..
Selesai sembahyang raya, bermula acara makan-makan, salam-salam dan bergambar.. Huk, huk walaupun tak cukup korum tp kami still excited + hepy, hiphiphooreyyy.. Alhamdulillah..

Salam Aidilfitri dari kami :-)

Bz posing je kejenye
Tema merahnye mak ngah tahun ni
Mak Abah with anak bongsu



It's my turn..! Maafkan syg ye abe :-(

Just 3 of us dari 6 beradik
Cinta Hati Dunia Akhirat
My beloved sister and BIL, Kak Eli and Abg Dan
Selesai sesi berposing, cam biasa balik kampung Mak kat Bachok.

Raya kedua dan ketiga kitorang just tunggu tetamu datang umah, biasanya saudara-mara dan kengkawan plak datang beraya dan kekadang sampai la raya keempat dan kelima. Raya kedua mak masak Soto then raya ketiga Mee Kari. Raya ketiga kakakku yg no.3 dah balik raya Kelantan memandangkan kampung hubby dia kat Terengganu, so boleh la dia bergilir sebab tak jauh sgt kan :-)

Menu 2 Syawal, Soto..!!
Moist Choc Cake
Amboi cam pengantin baru mak ngan abah.. Sweet..!
Kak Ida's family :-)


Kebetulan pada 12 Ogos merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan Mak Abah yang ke 47 tahun.. 47 tahun..?? Ye, seakan tak percaya begitu lama masa yang diharungi oleh Mak Abah dari dulu hingga kini. Dan saya mmg tabik spring 'toingggg' kat mak abah sebab berjaya dengan izin Allah sampai ke tahap sekarang ni. Alhamdulillah, syukur3.. Satu masa yang cukup lama saya rasakan..

So, kitorang amik kesempatan buat simple celebration. Lagipun yang ada cuma family Kak Ida je, yang lain dah balik ke ibu kota..huhu.. 


See, romantic kan :-)
Harith kacau daun Tok Ayah ngan Nenek ye...
Alhamdulillah, Syawal tahun ini membawa makna tersendiri buat kami suami isteri secara peribadi. Masa ni usia kandungan saya dah masuk 15 minggu (3 bulan 3 minggu). Tiada yang lebih gembira dengan adanya si kecil di dalam rahim ini. Masa masih lagi panjang dan kami tidak putus2 berdoa dan berharap agar Allah memberi peluang kepada kami untuk menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak kami. In Shaa Allah :-)

Tak lupe buat keluarga, sahabat handai dan teman2 alam maya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan diri dan kandungan ini, hanya Allah mampu membalas semuanya. Saya juga senantiasa mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah dan semoga impian yang satu itu tercapai. Jgn sedey2 tau, masa yang ditunggu itu akan tiba dengan izin Allah, ameen, ameen ameen ya rabb..

1 comment:

  1. meriahnya raya kamu yunk..best! hee

    moga kamu dan baby dlm kandungan sihat dan selamat hingga bersalin.. Amin..

    ReplyDelete

TQ for the comment