Oct 28, 2013

Tanamera PostNatal Care Set

Uiksss..over ke..? 

Rase cam over plak sbb dah beli Set Bersalin.. Hekhek, padahal baru 6 bulan 2 minggu..Poyo nye raseee..

Dah sampai pun :-)
Huhu..sebenarnya memang takde niat pun nak beli lagi set-set bersalin ni.. Tapi haritu ada TERRRpandang satu iklan kat fb pasal Set Bersalin Tanamera ni..

Tengok dan baca testimony mcm best je lagipun ada limited time promo. Harga asal RM360, promo jadi RM330. Klau ikutkan takde la byk sgt less tp entahla dah jatuh cinta kot dgn testimony yang di buat, esp kelebihan VCO dia tu.

Menurut pengguna, penggunaan VCO Tanamera ni dapat mengelakkan koyakan ketika bersalin atau sesetengah tu koyakan yang minima sahaja. Kalau ditakdirkan kena caeser tu nak buat camne kan tp harap2 dpt bersalin normal. In Shaa Allah.. Ape lagi, bgtau kat hubby then dapat green light so ON je lah..
Consists of 11 items
Set Bersalin ni termasuklah :
1. Virgin Coconut Oil (VCO)
2. Brown Formulation Body Soap
3. Boreh Body Scrub
4. Herbal Bath
5. Herbal Massage Oil
6. Feminine Herbal Wash
7. Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
8. Firming Paste (Tapel)
9. Herbal Tea
10. Bengkung
11. Lavender Floral Water

Sebelum bersalin pun ibu hamil boleh gunakan 4 items seperti Herbal Massage Oil (utk urut bahagian2 yg lenguh esp betis dan pinggang), Brown Formulation Body Soap (sabun ni boleh digunakan untuk mengurangkan / menghilangkan kesan gelap kat celah2 badan ni, paham2 la kat mane yek dan jugak boleh hilangkan sel2 kulit mati sebab sabun ni ala2 scrub). Ibu hamil jugak boleh menggunakan VCO bermula minggu ke-30 kehamilan. VCO ni boleh sapu dekat bahagian 'perenium' (sila gugel utk info lanjut, hehe) agar bahagian tu lembut dan mudah terbuka sepenuhnya ketika proses bersalin. Then bermula minggu ke-37, para ibu boleh mula minum VCO tu hingga saat melahirkan. Dan satu lagi Lavender Floral Water kiranya mcm facial mist la.. Sembur kat muka untuk mendapatkan kesegaran segera..! 

Actually 11 items tu termasuk bengkung jugak tapi saya exchange bengkung dengan VCO. So, saya dapat 2 botol VCO..hehe, bengkung nanti nak pakai yang Premium Beautiful tu je, siap dgn Infra-Red lagi kan..

Nanti kandungan dah masuk 8 bulan, ingat nak beli set bersalin khas untuk kesihatan dalaman pulak macam kapsul2 untuk pulihkan dalaman sebab roughly Set Bersalin Tanamera ni lebih kepada kesihatan fizikal atau luaran je. Sape2 ada pengalaman atau nak suggest mana yang bagus boleh la share :-)

6 comments:

  1. wah..ok la tu,prepare awal-awal..xde kelam kabut sangat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sekali pikir awal2 senang sket..hehe lagipun ada jugak produk yg boleh guna buat masa skrg, lagipun tetiba je terbeli ni, hehe..

      Delete
  2. ramai kata tanamera ni bgs..
    jijah guna air mancur je.. nsb baik murah bersalin plak czer..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau google mmg byk produk yg bagus..confuse lak nak beli yg mane kan..hehe

      Delete
  3. Pakai PB mudah utk BF ker nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kot sebab bengkung dia cover sampai bawah dada je..

      Delete

TQ for the comment