Mar 30, 2016

Throwback Shenzen - Hong Kong Trip (October 2014)

Assalamualaikum...

Haihhh... Rinduuuu nak blogging balik. Dah bertahun takde post tp still jadi pembaca tegar blog-blog orang :-)

Lama betul post ni hanging.. bertahun dah asyik draft jek sampai dah lupe nak tulis ape..hikhik..tapi kena share jugak, memandangkan dah lama gile so post gambar je lah.. Nak jugak aku post sebab boleh tengok2 balik dan sebagai rujukan kepada sesape yang nak ke Shenzen or Hong Kong nanti.

Actually this is my first vacation dengan buah hati pengarang jantungku Umar Luqman, masa ni dia baru 9 bulan. Sedihnya sebab hubby aku tak pegi sama sebab ada job time tu. Sabarrrr je lah ya, burn camtu je ticket flight...ahaha dah keberapa kali burn pun aku tak tau. Nasib baik ni family trip so kami 10 orang sumenya. Dapat la juga bergilir dgn kakak aku dukung and jaga Umar. Heee...

Trip kali ni kami naik Air Asia yang memakan masa lebih kurang 5 jam.

Jom cuci mata tengok gambar dulu :-)

Alhamdulillah safely arrived
Window of the World
Eiffel Tower tipu, hiksss



Belakang tu diorang tiru Niagara Falls 



Ni kat luar sebelum entrance Disneyland

Ni masa tengah tunggu parade at Hong Kong Disneyland

Yeah, tu dia boleh berdiri je. Jalan belum boleh :-)

Tengok tu, tido aje keje dia Zzzz

Hello Hong Kong Disneyland!
Best giler Disneyland HK ni, berbaloi dan wajib ke sini kalau ke HK
With beloved Mak
Lupe dah nama tempat ni
With Kakak Hannah, Umar's Cousin
Ni baru lps show Burung Kakak Tua, best!


Umar baru 9 bulan time ni, bawak dia tak byk ragam sbb masih baby lagi. Jalan pun belum boleh lagi.  Most of the time Umar duk dan tido dalam stroller. Kekadang aku dukung or babywearing. Yang penting travel bawak baby ni kena sediakan susu secukupnya dan diapers dia. Yang leceh time dia poopoo, nak pulak kat China kan, toilet takde air, tak bersih pulak tu. Huhu, klau ke restoran or tempat solat, time tulah aku tukar diapers dan bancuh susu siap2.
Time ni tgh tunggu nak shopping di Dongmen Night Market,
sebelum Umar poopoo, hahaha.


Ada juga sekali tu kena Umar poopoo time kat Luohu, adehhh seksa tul dgn toilet takde tempat baby changing diapers, sedih tau hampar changing mat atas lantai dah lap guna wet tissue. Paling sadis kat Dongmen Shopping Street, kitorang jalan kaki je ke Dongmen tu sebab dekat je ngan hotel. Gigih betul aku dalam hujan rintik2 halus menolak stroller nak shopping kunun, dah la hubby takde. Sampai je area shopping Umar bukan setakat poopoo tp siap dah meleleh-leleh tepi seluar, aiyarkk!! Nak tak nak balik la semula ke Hotel ngan kakak aku. Yang lain2 teruskan misi shopping tu. Hahaha antara pengalaman tak akan dilupakan travel ngan si kecik ni.

Umar dalam flight back to KL, seat hubby yang kosong. So boleh letak Umar
Dalam flight dari KL ke Shenzen ok je tapi perjalanan balik ke KL Umar mengamuk. Time tu malam, tak silap flight jam 9.40 mlm. Aduhai, panik jugak aku. Mana taknye, tgh best2 tido boleh dia terjaga dan nangis semahunya, dah tak tau nak buat apa dah, sume orang dia tak nak. Tok Ayah, Nenek, Pakcik, Cik Da and Cik Li sume tak layan... Huaaa!! ada kot setengah jam aku cuba tenangkan dia, last2 tertido dalam tangisan. Scary jugak time tu, nasib baik la ngan family members, tak la kecut perut sangat. Apapun Alhamdulillah family trip berjalan lancar.

Next aku story lagi ye, boleh share sikit tips and tricks travel ngan baby ni :-)

Oct 8, 2014

Baby Gears Review

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Umar Luqman dah 8 bulan

Kali ni nak cerciter dan buat review sket pasal Umar punye Baby Gear. Maybe useful untuk parents or mommy and daddy to be buat pilihan. Kita go through 1 by 1 okey.

1. QUINNY ZAPP XTRA 2.0

For me stroller is a must have item especially for parents kaki jalan, kaki shopping dan yang seangkatan dengannya... Sambil shopping or jenjalan tu boleh letak baby dengan aman dan selesa dalam tu tak kira la stroller mahal or tak, fungsinya sama je.. takdelah kita kena dukung baby je kan, baby nak tido pon sonang :-)

Umar punye first stroller is Quinny Zapp Xtra 2.0, actually ibu dia fall in luv dah lama kat stroller ni. Tapi masa tu takde baby lagi so hold la dulu impian tu yek. First mmg rasa mahalnya stroller ni tapi sbb dah bekenan sgt tutup mata je lah, lagipun beli online kat Instagram dapat la murah sket dari retail price. 

I choose black color
Look, boleh facing parents.. Haa ni la hubby n my mom :-)
Quinny Zapp Xtra 2.0 ni compact, handling best dan Umar pun selesa duk dalam tu. Boleh recline sampai jadi flat, suitable for newborn until toddler. Seat dia juga boleh facing parents dan juga facing public. Letak dalam bonet kete juga tak mkn space yg banyak.  Cuma dia agak berat lebih kurang 9kg dan bepeluh jugak la aku nak angkat turun naik bonet kete.

Guna lebih kurang 2 bulan je then aku let go kat member sebab nak beli stroller baru untuk Umar.

BUT the best part of Quinny Zapp Xtra 2.0 ni is dia boleh recline sampai flat dan boleh facing parents :-)

RETAIL PRICE : RM2200
ONLINE PRICE : RM1650 (tak ke jimat tuuu..hehe)

2.  NUNA PEPP


Is the best stroller so far..!! Suke sgt ngan Nuna Pepp walaupun dari segi fizikal dia nampak agak lebar. Handling best giler, to fold and unfold jugak mmg tak rumit langsung. Sedikit ringan dari Quinny Zapp Xtra 2.0 iaitu lebih kurang 8 kg.

Kalau lipat dia akan jd nipis tapi lebar so akan mkn byk space jugak dlm kereta unless kete korang jenis yg bonet besar or guna MPV. Kalau travel quite usefull sbb kita just tarik dia punya handle ala-ala macam luggage bag gitu.. So, tak perlu nak angkat bagai.

Nuna Pepp juga boleh guna dari newborn sampai 25 kg klau tak silap. Cuma dia tak boleh facing parents macam Quinny Zapp Xtra 2.0. Tu je bezanya dan tu tak de masalah bagi aku.


Overall aku mmg suka Nuna Pepp dan Umar juga selesa dan best tdo guna Nuna Pepp.

RETAIL PRICE : RM1399
ONLINE PRICE : RM1199

BABYZEN YOYO

Perfect for traveller, super lightweight and compact. Ni memang kelebihan Babyzen Yoyo.

Aku baru je belikan Umar Babyzen Yoyo sebab cadang nak travel awal november nanti. Tapi tak dapat nak bagi full review sbb baru guna 2 kali dalam mall. Setakat ni aku rasa tak best sangat melainkan dia ringan dan compact, tu je.. Huhu sebabnya Umar tak berapa suka naik yoyo ni, tension makkk, nsb baik la ada reason nak travel kan, klau tak rugi jek.. So, yoyo kitorang guna bila nak travel je sebab ringan. Selebihnya aku still bawak Nuna Pepp if nak kemana-mana.

Lagi satu Umar skrg suka naik troli jer klau shopping barang dapur, haha..letak dlm tu abes cerita tp kalau nak tdo of course la kena ada stroller sbb Umar sampai je mall most of the time akan tdoZzzz..

Seat tak boleh fully recline, suitable for 6 months ++
Haaa tdo jugak, so stroller mmg kena ada walaupun nnt dah sedar dari tdo dia minta di dukung, oh umarrr:-)

But based on review parents kat luar sana mmg diorang puas hati dengan yoyo ni cuma bagi aku la yoyo biasa2 aje maybe sbb baru sangat guna, so boleh google lagi yek. Mostly setuju yoyo is perfect for traveller.

RETAIL PRICE : not sure
ONLINE PRICE : RM1590 (toddler set 6m+)


ERGO BABY CARRIER

Ergo Original Baby Carrier in Night Sky
Actually jarang guna baby carrier ni tapi standby jugak la sebab Umar suka sgt orang dukung dia, dengan berat yang dah hampir 10 kg mmg lenguh jugak la nak berdukung lama2, so aku decide beli Ergo Baby Carrier ni.

Honestly aku tak penah lagi pakai, heeee selalunya suami yang guna in case Umar dah boring dalam stroller. tapi tgk dari luaran mmg Ergo ni sangat selesa hokey. Made from high quality material, can carry 3 different positions, machine washable, ada safety certification dan boleh carry up to 20kg.

Klau korang google pun Ergo is the best baby carrier selain Boba. But be extra careful sebab banyak sgt yang jual fake punye esp klau beli online. So kalau tgk yang harga seratus lebih tu confirm yang fake. Jangan gadaikan nyawa anak anda sebab belum tentu terjamin selamat or tak yang fake tu.

IMPORTANT...!!!
Refer gambar kat atas tu, betapa pentingnya gunakan baby carrier yang selamat dan selesa utk anak kita. So, sebelum beli make sure survey dan buat research sket ye, boleh google dan ni sume penting tau..!! Kalau yg beli kat kedai tu boleh try dulu.

RETAIL PRICE : RM499
ONLINE PRICE : RM399 

SWEET CHERRY WALKER

Walaupun penggunaan walker tidak digalakkan dan diharamkan di sesetengah negara tapi aku beli jugak (Abah yg belanja :-) Sebabnya..?? Time aku keje and hubby offshore, aku akan tinggalkan Umar kat mak dan abah. Umar pulak mmg tanak duk sorang2 even nak main2 pun kita kena selalu ada dekat dia, klau dah boring kena dukung la dia, so aku kesian sgt kat mak dan abah yang dah menjangkau umur 70an, so aku beli la walker bagi memudahkan urusan harian mak abah.

Nampak hepy je kan, poyo je anak ibu..hehe
Walker ni multi function,
boleh jugak dijadikan rocker sebab kaki dia boleh dilipat
Tapiiii Umar tanak duk dalam tu, hehe.. paling lama bertahan 10 minit je kot lps tu menjerit minta diangkat. So, walker sangat jarang digunakan :-)

Beli kat Manjaku Kota Bharu dengan harga RM180 (after disc) klau online maybe ada banyak lagi pilihan brand seperti Fisher Price dll.


LITTLE BEAN FOOD PROCESSOR

Bila Umar dah mencapai umur 6 bulan, semangat la kan nak bagi dia makan, nak suap itu, nak suap ini... Maka aku belilah food processor ni, hehe, kununnya senang nak puat puree untuk Umar..ngeh3..



Food processor ni boleh blends, steam cooks, chops, heat and defrost. Memudahkan kita nak prepare solid foor utk baby, nak reheat ke, nak steam ke sume dah tersedia dalam 1 alat ni. Ada jugak brand lain macam Baby Bullet yang super cute dan brand top macam Beaba tu, sume ada fungsi masing2 so rajin2 kan diri tanya incik google :-) Moomies out there boleh buat perbandingan dari segi fungsi dan harga.

Tapi aku sedikit frust sebab Umar tanak makan sgt, huhu..tetiba perasaan excited menurun tau, last2 aku banyak beli Farley Rusks dan Heinz Instant Puree je. Tu pun perasa Parsnip, Carrot and Sweet Potato yang dia suke, perasa lain dua kali suap dah kuarkan balik. Home made bubur nasi campur carrot and kentang pun dia tak brapa suke, kena paksa jugak makan. Tapi Alhamduillah Umar tetap membesar dengan jayanya, hehehe..

Little Bean Food Processor ni aku beli masa promo kat Twins Baby Kota Bharu RM159.90. Retail price RM200++

Rasanya setakat ni je lah yang dapat share ngan parents out there yang tgh survey2 baby gears for their babies / childs. Alah membeli memakai ye dok..?

Assalamualaikum, jumpe lg di lain siaran :-)

Sep 21, 2014

Alahai Umar dah kena Chicken Pox..??

Di usia menginjak 8 bulan, Umar dah kena Chicken Pox.. Huhu kesian anak ibu ye, tapi tulah kata orang chicken pox ni akan kena jugak sorang sekali seumur hidup kan...


Pada mulanya tak tahu yang Umar ni kena chicken pox atau pun ore kelate cakap 'Bertih'.. Cuti Sekolah hari tu kitorang ada buat Family Day kat Bukit Gambang Waterpark, sewa homestay kat sana 3 hari 2 malam..

Everything went smoothly Alhamdulillah, sampailah dah balik rumah pun sume ok, cume keesokan harinya aku perasan ada biji merah agak besar kat dahi belah kiri Umar. I thought mst kena gigit ngan semut kot sebab besar jugak kesannya klau nyamuk mmg mustahil.

Kat klinik dengan nenek
Belek2 kat kepala Masya-Allah..!! Dah banyak kat kepala Umarrr, nerves dah ibu ni, biji ape la kat kepala Umar niii.. Malam tu terus ke Pakar Kulit, tanak ke klinik biasa kononnya aku sangkakan ni mesti mandi kat Waterpark tu air kotor... Doc pun cam confident ckp 'haaa ni kudis, mandi kat waterpark air kotor tarak tukar itu air" deng...arghhh..

Balik tu malam tu jugak kemain la ibu sapu ngan ubat.. pagi esok dah nampak kat muka mula dah naik bintik2 merah.. Okay, ni dah bukan kudis dah ni.. Mak abah cakap ni bertih kot ni.. What..??? Kesian umar baby lagi tp dah naik chicken pox, huwaaaa...

Paling banyak naik kat kepala dan muka, kat badan ada la sket..kat tangan and kaki ada tp tak banyak pun, entahlaaa..orang tua2 ckp dia akan kuar abis sampai tapak kaki baru betul2 akan recover.. Kat muka dan badan Umar pun dah kering.
Haaa ko...dah pandai panjat, baru 7 bulan nak oiii
Alhamdulillah Umar langsung tak merengek walaupun chicken pox.. Umar tak yah cakap la aktif yg amatttt, mau pingsan ibu...hehe.. Demam pun tak kuat, tu pun waktu tdo malam je dan dia as usual tak berjaga malam melainkan nak susu..

Semoga anak ibu cepat sembuh ye nak, doa2kan anak ibu ni agar cepat sembuh ye aunty2 cayang :-)