Sep 21, 2011

Weekend Trip

Alhamdulillah, hari ni dh masuk hari rabu.  Weekend ari tu jadi jugak pegi ke Penang then ke Sg Petani dan  lastly kenduri ke Kuala Nerang, Kedah.  Percutian singkat selama 3 hari cukup membuatkan aku hepy walaupun tak banyak tempat yg kami sempat pegi.  Yg penting skali nak mkn2 dan pusing2 kat Penang je.. Hehe..  Kali ni aku dan hubby bawak mak ikut skali sbb mmg mak dah lama nak ke Penang dan Kedah memandangkan mak pernah tinggal disana.  Mak nak mengimbau memori la tu.  Hehe.. 

1st day ke Penang kitorg stay kat B-Suite.  Sampai sana dah petang so malam tu kitorg ke Batu Feringghi.  Dinner kat Restoran Tarbush (kesedapan makanannye tak sama dgn Restoran A.M. Tarbush kat Kelantan..huhu) dan window shopping kat Night Market kat situ.  Pagi esoknya breakfast roti canai kat Original Kayu Nasi Kandar then beli jeruk buah2ah yg sgt best kat tmpat pembekal.  Buah2ah kat situ fresh x macam yang dibeli di pasar.  Pastu kitorg ke Queensbay Mall kejap, cari baju sehelai dua :-)  Dah nak masuk tengahari kitorg ke Georgetown, kali ni nak pekena Nasi Kandar Line Clear yg femes tu.  Byk kali jugak pusing nak cari kedai and parking, nasib baik ada GPS (kdg2 tu x betui jugak direction yg dia bg..hampeh..)  Kesedapan mmg menjilat jari cuma dari segi kebersihan agak kureng sket, lg pun kedai dia kat tepi2 lorong je tp punyelah ramai org Q nak makan kat situ.  Pas tu ke Padang Kota Lama, tgk2 pemandangan kat situ then pekena pulak Pasembur kat Medan Selera Renong.  Perut dah rasa ketat gileee tp nak sumbat jugak mknan selagi buleh...Ish3 paroksss..ahahaha..

Mabeles...shedappp..!!
Seyesnye muke 'abe' saya :-)
@ Restoran Tarbush Batu Feringghi
Dah kenyang and puas mkn, bermulalah misi ke Sg Petani.  Kat sana stay kat umah Zul (kwn sekapal abe :-) Beria2 dia suh stay umah dia sbb dia ngan wife dia je yg ada, bilik kosong pun byk.  Malam tu Zul bawak kitorg tgk Kem Askar tmpat mak penah tinggal dan jugak area umah sewa mak dulu di Bakar Arang.  Then kitorang dibawa pekena Char Keow Tiau Special.  Fuhhh, terangkat..dengan udang besar dan telur mata pun ada.  Lepas makan kitorg pegi mcm ala2 uptown gtu, tp kejap je sbb brg sama mcm kat Wakaf Che Yeh lg pun mak dah x larat nk jalan.  Balik rumah dan rest, teramat penat...

On the 3rd day, kenduri di rumah Bob kat Kuala Nerang.  Pagi breakfast kat umah Zul then kitorg di bawa melawat ke Hutan Paya Bakau, Muzium Arkeologi dan Kaki Gunung Jerai.  Singgah sebentar di rumah keluarga Zul di Pokok Sena sbb nak ambik ikan pekasam.  Selepas tu kitorang terus menghala ke tempat kenduri yg memakan masa lebih kurang 20 minit dari Pokok Sena.  Kenduri kat sana meriah juga sama macam KB jugak sbb ada DJ dan lagu2 kahwin disamping menu yg sangatlah byk.  Nasi minyak dan lauk pauk, kuih-muih, laksa penang, mee goreng dan juga minuman panas dan sejuk.  Selesai hubby berborak dan amik gmbar ngan pengantin kitorg terus bertolak balik ke KB pd pkul 3 ptg.

Me and Mak..suke sgt pemandangan kat sini
Me and Hubby, 2nd time stop kat sini..alhamdulillah
On the way balik, singgah kat Hentian Titiwangsa (amik gambar dulu, WAJIB..hehe) Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan kami selamat tiba di rumah jam 10.30 mlm setelah berhenti mkn malam di Kbg Kerian, pekena roti canai kari tulang.  Hehehe...ALHAMDULILLAH.

Sep 14, 2011

Cuti-Cuti Hari Malaysia

Yeaahoooo...

Pantang ade je cuti mesti planning nak gi jenjalan tp kat Kelantan 16 Sept jatuh pada hari jumaat, so xde la kelebihan Hari Malaysia tu pd kitorang.  Kebetulan kwn hubby ada buat kenduri kahwin kat Kuala Nerang, Kedah pd hari sabtu so kitorang ingat nak amik kesempatan tu dgn pusing2 bandar Sg. Petani, xpun ke Penang terus..hehe..

Dalam kepala ni punyalah banyak planning nak ke Langkawi la, Penang la @ duk area Sg. Petani or Alor Setar.  Last2 stay kat Penang la kot.  Insyallah kami bertolak esok, cuti pun dh apply cuma nak smbung ahad xleh la plak sbb ada Jamuan Aidilfitri besar2an kat office.

Nasib baik hubby x naik job lg, dapat la spend time bercuti sbb sebelum ni x gi mana2 pun sbb bulan puasa then raya. So, masa yg ada HARUS digunakan sebaik mungkin.  Betul tak..? hehe..

Oh, lupe lak..td bru dpt call dr Kak Eli, maybe dia juga akan ke Penang.  Nnt bleh la jumpe kat sana ye, we'll spend time and having fun together, Insyallah :-)

Sep 12, 2011

Month of BIG Festive!!

Assalamualaikum wbr..

Hari ni genap 2 mngu kita merayakan telah Hari Raya Aidilfitri..  Mak aihh, begitu cepat masa berlalu.  Rasanye baru je mengerjakan ibadah puasa, bersembahyang terawih dan merasa nikmat makanan yg snguh yummy disediakan oleh ibunda tercinta.

Raya thn ni tak sebegitu meriah memandangkan hanya keluarga Kak Eli turn beraya di Kelantan namun mujur gak on 3rd Eid Kak Ida balik beraya jugak after beraya di Terengganu on 1st and 2nd day of Syawal. Harith and Hannah jd penyelamat kerinduan kami pada si kecil yg lain :-)

Tapi raya tetap raya.  Kami macam biasa buat biskut, kek and mknan special utk raya.  Aku buat 4 jenis biskut iaitu Mama Carey,  Honey Conflakes dan 2 jenis biskut turun-temurun iaitu Biskut Tapak Kuda (spatutnya berbentuk spt tapak kuda namun aku buat bentuk bunga then tabur badam, sgt cute oke..hehe) dan Biskut Mangkuk.  Kak Eli plak sempat buat Tart Nenas yg mmg jadi my family favourites!!  Kek plak 2 biji disediakan oleh Kak Eli iaitu Kek Oren dan Kek Kukus Lapis Pelangi dan aku menyediakan Kek Coklat.  Mak pula seperti biasa menyediakan menu yang lebih 'berat' iaitu Rendang Daging and Lontong on 1st day, Mee Kari on 2nd day and Soto on 3rd day.  Cuma request aku utk mkn Sate Goreng x sempat disediakan mak kerana tiap2 hari ada menu best, ditambah pula open house di rumah sanak-saudara. It's ok mom..saya suka semua masakan mak tau :-)

My 1st time of making Mama Carey
Moist Chocolate Cake
Biskut Mangkuk
Tart Nenas
Alhamdulillah tahun ni juga masuk tahun ketiga aku beraya sebagai seorang isteri.  Kami mengenakan tema biru pada tahun ini walaupun kaler sbenarnye sedikit out of theme, haha..tu la dh pilih baju sendiri then baju hubby bli tanpa bawa contoh.  Kaler dh sdikit lari ma..tp hubby sporting..ok aje :-)

Okeyh, ni ada sedikit gambar utk tatapan korang sume.  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada terkasar bahasa serta salah dan silap.  PEACE NO WAR :-)