Jun 23, 2013

Kun FaYa Kun

Assalamualaikum wbr...

Sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana, namun aku sedar entry ini harus ada di dalam blog ni, blog mengenai journal hidup aku.

Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberiku sekali lagi peluang untuk merasai nikmat untuk dapat 'Double Line' atau dengan lebih tepat lagi hamil buat kali kedua.

Sebelum itu aku berharap rakan2 TTC yang sama2 berjuang sebelum ini tidak menyalah-erti entry pada kali ini, bukan niat untuk berbangga apatah lagi mengguris perasaan kalian. Rezeki masing2 telah ditentukan Allah SWT, cuma masa kalian belum tiba lagi...who knows esok or lusa kan :-)


Memang sangat2 tidak menyangka rezeki datang begitu cepat setelah keguguran akhir Mac lalu.  Manakan tidak, aku dan suami pernah menunggu selama 4 tahun untuk disahkan hamil buat pertama kali pada 15 Mac 2013 lalu.

Keguguran pada 30 Mac 2013 merupakan detik yang tak mungkin dilupakan, kehilangan kandungan yang pada masa tu berusia lebih kurang 7 minggu cukup menyedihkan bagi kami sekeluarga. Namun Alhamdulillah aku cepat pulih dari segi emosi dan fizikal. Aku berpantang selama sebulan lebih dan sempat 1 cycle period pada 26 April 2013.

Pada 21 Mei 2013, tetiba kuar spotting. Time tu terdetik adakah ini 'Implantation Bleeding' sebab ianya berlaku 2 hari sebelum tarikh jangka period. Balik keje terus beli UPT dan cek mmg naik double line tapi masih samar2. Terus bgtau hubby tapi dalam hati seakan tak percaya sebab baru sempat sekali period after miscarriage. Namun semua kuasa Allah, Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Then pegi refer doctor and confirm pregnant, aku amik early step on pregnancy. Doctor bekalkan Duphaston dan aku juga kena ambik injection kuatkan rahim once a week sebab ada sejarah gugur and spotting.

Now baru masuk 8 weeks, aku dan suami sedar perjalanan kami masih jauh. Walaupun happy dengan kehamilan kali ini namun perasaan aku more to berjaga-jaga memandangkan aku risau sejarah mungkin berulang. Selain follow nasihat doctor, aku dan suami juga tak putus2 berdoa agar kandungan kali ini selamat dan rezeki memihak kepada kami. In Shaa Allah..



Kepada rakan2 seperjuangan, teruskan berusaha.. Daku sentiasa mendoakan agar kita semua diberi peluang menjadi seorang ibu dan percayalah percaturan Allah adalah sebaik-baiknya.

Lots of luv, Intan :-)

Jun 12, 2013

Rindu Mak, Rindu Suami :-(

Boringgggnyeee mak dan hubby takde kat umah...!!

Hubby dah naik job dekat 3 minggu, episod PJJ bermula lagi setelah hampir 2 bulan hubby bercuti sebaik sahaja aku lepas keguguran hari tu.

Mak pulak ke KL hantar anak2 buah ku yg dah pulang ke pangkuan mama dan baba diorang..Yelah, haritu cuti sekolah diorang berkampung dirumah Tok Ayah and Nenek kat Kelantan ni.

Sekarang tinggal abah dan adik bongsu (dah besar and keje dah pun) kat umah. Alahaiiii, tak tau nak borak ngan sape..selalunye aku akan pot pet pot pet ngan mak time blk keje and malam. Nak makan pun susah tauuuu..huhu, selalunye mak masak.. Tambahan pulak keadaan aku yang sangat la tak larat semenjak dua menjak ni.. Ya Allah, sabar je lah...


Mak In Shaa Allah balik 16hb ni, hubby plak maybe akhir bulan...

Bersabarlah wahai hati...sob, sob, sob...