Jul 30, 2012

TTC Naturally

Macam biasa cycle ni genap 28 hari cik P muncul, sempat puasa 5 hari je.. Sangat-sangat on time oke.. Frust..? Tak jugak sebab i'm waiting my fertile day cycle ni coz hubby Insya-Allah cuti sebulan bulan puasa ni, yeayyy.. Bukan senang tau nak carik masa yg betul2 ngam mcm ni..

Cycle ni aku dan hubby decide nak try to conceive naturally je.. Biasanye kalau hubby ada time aku fertile, aku akan amik Clomid tp kali ni cam malas dan nak try naturally je, harap2 berkat bulan Ramadhan ni ada rezeki untuk kami berdua dan tak lupa juga untuk rakan2 TTC yg lain, Insya-Allah...

Sweettt :-)
Harap2 telur-telurku membesar dengan jayanya tanpa Clomid sebab kalau time aku amik Clomid, cukup mekar dan comel je tumbesarannya.. Hehe tp tak jalan jugak sebabnya ALLAH dah aturkan yang terbaik buat aku dan suami.  Mesti ada hikmahkan..? Ya..positifkan diri dan tanak stress.. Chaiyok2..!!

Jul 25, 2012

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk 5 Ramadhan tapi baru berkesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan2 blogger..Sibuk bebenor ke aku ni..? Hehe..takde la bz pun cuma sekarang ni aku rasa mcm cepat sgt masa berlalu, nak buat itu dan ini mcm tak sempat je (nak update blog slalunye bergantung pd mood aku, hihi..) Walaupun dah lama tak update blog tp aku slalu je blogwalking so aku takde la tertinggal apa2 news esp my TTC's members...

Tambahan pula last week hubby aku dah balik, lagi la aku tak sempat nak buka lappy pun kat umah.  Siang hari keje, ptg balik buat itu dan ini..malam plak lagi2 bulan puasa ni kejap sgt masa berlalu.  Ni curik2 masa berblog time office hour :-)

Alhamdulillah awal Ramadhan thn ni aku dapat sambut dengan hubby tercinta..dan harap2 berterusan sampai Raya laa... Kena naik job time raya mmg kes nanya la..huhu..tanak pikir lg la psl tu kan, nnt tak pasal2 spoil mood aku.

Okay, melalut panjang plak dah.. Nak wish kepada semua rakan2 blogger Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  Semoga di bulan mulia ini semua amal ibadat kita di terima Allah SWT, agar kita semua diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepadaNya dan semoga Allah memakbulkan doa2 kita (dedicated to all my TTC frens) agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Janji Allah itu pasti.. Insya-Allah...

Jul 16, 2012

Hampir 1 purnama menyepi

Pejam celik...pejam celik...dah hampir 1 bulan tak menghapdate blog..
Sebenarnye banyak citer suka duka yang aku lalui tapi cuma pendamkan sahaja sebab tanak terlalu melayan perasaan..

Paling terkesan time ada yang tak sayang mulut cakap kat aku "Ermmm..takde anak dah dia..hihi..takde anak dah.." lebih kurang camtu la.. gileee semahunya aku nangis sbb amat sedih lagi2 keluar dari mulut seorang yang berpangkat nenek (sedara belah hubby aku)..

Arghhh..tanak ingat dah ayat maut dia tu.. cuma sekarang aku tunggu hubby balik, Insya-Allah esok.. Tak sabarnye..rinduuuu amat :-)