Dec 6, 2011

Family Day

Alhamdulillah..dah masuk tahun baru bagi umat Islam iaitu 1 Muharram 1433H.  Wishlist utk Awal Muharram merangkap tahun baru 2012 yang dah tak berapa hari lagi ni pun masih belum ada.  Huhu...

Bersempena dengan Cuti Awal Muharram itu juga, aku dan family sempat meluangkan masa ke Sungkai, Perak.  Saje je kitorang stay kat homestay sana.  Besttt sgt tau sbb jauh dari hiruk pikuk kota, tempat yang tenang dan nyaman, surroundings by beautiful scenery ciptaan ALLAH Yang Maha Esa.  Belakang homestay kitorg plak akan nampak bukit bukau, saujana mata memandang :-)

Ni lah homestay yg dimaksudkan
Take a look at the bukit belakang sana..nice view!!
A very breath-taking view
Kitorang berkonvoi dari Rawang menuju ke sana sebanyak 3 biji kereta iaitu kereta Abg E, Abg Dan & Abg Edy.  Anak2 sedara aku punyala hepy dan excited sbb time cuti skolah and dapat berkumpul ramai-ramai.  Sampai je sana, kitorang teruja sbb homestay tu selesa dan memenuhi citarasa kami.  Sume ada disediakan termasuklah peralatan memasak, dapur, fridge, pinggan mangkuk dan tempat barbeque skali.  Hehe, bilik plak ada 4 dan harganya quite reasonable utk homestay selengkap itu :-)

Selesai je smyg zohor dan rehat jap kitorang terus ke Hot Springs Sg. Kelah.  Kat sini bermulalah aktiviti mandi-manda.  Hehe, mula2 kitorang mandi kat water park, tak kire lah kecik besar tua muda sume mandi kat situ.  Paling best sbb Abah dan Hannah pun mandi same.  Abah punye la seronok siap naik gelongsor air berulang kali.  Hehe, Hannah plak suke sgt main air, sikit pun x takutkan air.  Siap naik pelampung angry bird lg tu, so cute my dear Hannah.  Kakak fifah, fiqa, ejat, afiq, erfan n harith pun same...suke main air termasuk la cik su and pakcik skali...

Dah sampai...Yeayyy..
Then rehat jap kitorang ke kolam air panas plak, bersebelahan ngan water park tu je.  Adoiii, mmg panas la lg pun aku bru je mandi kat water park tu so bju aku basah and sejuk, nak masuk plak dalam air panas.. Tak sanggup! Mak dan abah pulak cute je duduk berdua rendam kaki.  Paling hebat Abg Edy dan Abg E la yang siap mandi paras dada lg tu...Kak Ida pada mulanya takut2 tp berjaya jugak mengikut jejak langkah suaminye.  Hehe..  Aku awal2 lg surrender rendam kaki je la ye.  Pdahal klau kat umah aku yg suka mandi air panas tak kire pg @ mlm..hampeh tul.

Sume dah kepenatan ni
Menaiki tram utk ke car park
Harith diapit oleh Tok Ayah dan Nenek
Gud Bye Hot Springs Sg. Kelah
Selesai sumenye kitorg bertolak balik ke homestay tp singgah beli durian dan isi perut kat kedai dulu.  Letih jugak sbb excited giler main air smpai sunburn kulit.  Hehe.. Sampai je homestay, rehat dan solat maka bermulalah acara seterusnya iaitu makan durian..!!  Kat Perak mmg tengah musim durian skrg ni.  Durian kampung plak tu, murah dan sedap tambahan pula kami 1 family mmg peminat tegar DURIAN.  Cuma ralat sbb hubby aku, K.Ira, Abg Padil and little Syapia tak dapat join.  Diorang juga penggemar durian, aku tgk durian je terus ingat hubby.  Huhu..but for K.Ira's family tak pe sbb Ulu Langat mmg selalu ada durian kan :-)

Marvellous
Ni dah acara penutup, dah clear sume baru ingat nak snap. Hehe.
Malam plak takde acara apa2 pun, cuma kitorang 1 buah kereta pegi beli satay kat bandar Slim River.  Lg pun tu je yg ada, kat sana bandar mati rupenye.  Tak banyak aktiviti pd waktu malam.  Selesai je mkn ramai yang masuk tdo sebab kepenatan lg pun esok ada acara seterunya iaitu ke Lumut.

Keesokan harinya lepas subuh Abg E dan Kak As joging kat sekitar homestay.  Aku, Mak, K.Ida dan Harith plak morning walk je.  Seriously aku suke sangat pemandangan dan persekitaran kat situ.

Mak dan Harith sempoi je pkai baju tido kan :-)
Lepas breakfast kat homestay kitorang bersiap-siap untuk ke Lumut.  Saje je nak pegi sebab dah alang2 sampai sana kan, boleh gak beli ikan bilis, sotong kering dan souvenir sket.  Sampai sana dah tengahari, kitorang benti lunch then shopping ape yg patut.  Abis shopping kitorang menuju ke Teluk Batik, anak2 sedara nak main pasir, aduyaiiii..orang KL kan jarang jumpa pantai.  Layan je la :-)

Hepy ye anak2 buah Cik Su ni
Me and Lily
Erfan dan Harith
Selesai sume kami pun bertolak balik ke KL.  On the way balik jumpe lg buah durian.  Ape lg, hampar tikar dan terus berkelah mkn durian kat situ plak.  Hehe, mmg puas ati lah..


Sampai KL lebih kurang jam 11 mlm, aku stay umah K.Eli kat Setia Alam sbb esoknye aku nak shopping sket then mlm akan terus balik ke KB.  Lusa dah start keje.  Mencikkk...

Apapun, i've so much fun with my family.  Insyallah kalau umur panjang dan ada rezeki kitorang akan berkumpul buat family day lg :-)

Nov 19, 2011

Dah memang periuk nasi kami

Hurrmmm..mengeluh panjang aku kalau memikirkan masalah yg satu ini..
Aku hanya mampu berdoa "Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusanku dan suamiku...Amin.."

Tiada apa yang boleh kami buat kerana Allah telah tentukan rezeki suamiku nun jauh di lautan.  Dah memang rezekinya dapat keje offshore, so nak atau tidak suami aku kene jugak kerja..takan lah aku plak yg nak tanggung dia kan..? Impian nak keje di darat tu mmg ada, bukan selama-lamanya dia nak keje offshore tu tp buat masa sekarang itulah periuk nasi kami.  Bkn dia tak apply keje gomen @ private sector tp takde rezki lg, so wat more can i say.. kekadang tu stress jugak sbb orang ikut suka mulut je nak ckp apa tanpa memikirkan perasaan dan tak tau hujung pangkal kehidupan kami.

Suara2 sinis kedengaran "kalau duit banyak tp duduk berjauhan pun apa gunanya".  Helloooo..mcm la suami aku tu keje offshore sbb nak kejar duit semata2.  Tak paham la dengan mentaliti sesetengah orang ni.  Sape tanak hidup sebagai pasangan suami isteri normal yang lain kan, kami juga ada cita2 dan impian kami sendiri.  Tak perlu lah aku story one by one perancangan kami tp seperti yang aku tekankan, buat masa sekarang kami hanya mampu bersabar dan berkorban sedikit masa kami.  Insya-Allah pengorbanan kami ini berbaloi dan mendapat ganjaran daripada Allah.

Jadi kpd orang2 di luar sana janganlah anda sesuka hati menghakimi @ menilai kehidupan orang lain.  Ambil tahu dan prihatin itu sgt jauh berbeza dari buzy body @ suka jaga tepi kain org.  Tak semestinya berjauhan dari suami tidak bahagia dan tidak mempunyai zuriat itu tidak bahagia.  Lambat @ cepat je dan biar masa yg menentukan.  Allah dah tentukan yg terbaik buat hambaNya dan jika itu adalah yang terbaik buat kita, kita harus redha. (Ya Allah kuatkan lah hati dan semangat hambaMu ini, ameen...)

Nov 15, 2011

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

Hepinye aku bulan ni sbb byk betul cuti...  Duk kira2 cuti am bulan ni 4 hari plus cuti yang aku apply plak 2 hari.  Hehe, kan best klau tiap2 bln ada cuti mcm ni :-)  Akhir bulan ni plak Cuti Awal Muharram then aku apply sehari sbb time tu kitorang ada buat family day kat Perak.  Yeayyyy tak sabarnye walaupun family tak cukup korum...adik, k.ira, abg padil, shafia dan hubby aku tak turut serta.  Huhu, so sad :-(  Takpelah at least masa aku sedikit terisi di samping family tersayang.  

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan ari tu aku tak pegi mana2 pun cuma servis umah slps raya haji ari tu.  Hehe, kebetulan hari panas boleh la laundry towel, cadar dan kain baju.

Petang plak aku sempat buat Chicken Pie, abah asyik request nak mkn, so aku buat la boleh mkn utk tea time :-)  Chicken Pie kali ni aku guna resepi Cik Nah (aunty aku dari sarawak) tapi pastry aku guna yang segera je, yang penting cepat tapi sedap..!!

Telah siap dibakar..panas..panas..
Close up my Chicken Pie
Siap utk dimakan tp kali ni tak sapu kuning telur kat atas :-)

Oct 31, 2011

Musim Tengkujuh

Sekarang dah nak masuk bulan November dan musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur sudah pun bermula.  Time ni mood asyik nak tdo dan malas buat keje.  Hehe, yelah nak bgn pagi punya la susah apabila diri diselimuti comforter dan bunyi hujan yg masih lebat dari luar rumah.  Kdg2 tu terbabas jugak sbb en. suami takde nak tlg kejutkan.  Maklumlah aku ni mmg kaki tdo, hehe...


Hot shower plak rosak kot sbb asyik tanak kuar air je so lg la sejuk aku nak mandi, pas ni kena masak air dulu sblm mandi sbb aku ni mmg 'penyejuk' orangnye.  Time hubby ada ari tu takde plak dia buat hal, hampeh...  Tp bila dah mandi and solat tu rasa dah semangat sket nak pegi keje.


Next week Insyallah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.  Harap2nya hujan tak berpanjangan nanti susah plak nak korban, raya pun jadi kurang meriah dan mmg hakikatnya raya haji tahun ni kurang meriah bg aku sbb hubby terpaksa beraya di lautan.  Sape tak sedih wooo..huhu..dan buat pertama kalinya kami tak beraya bersama sebagai suami isteri.  Namun aku masih bersyukur kerana adanya parents dan family disisi di saat suka duka.  FAMILIES ARE FOREVER :-) 

Oct 30, 2011

Hobby Baru

Semenjak dua menjak ni mood masak makin menjadi-jadi.  Time laki aku ada kat umah ari tu takde la aku rajin mcm ni.  Agaknya time tu aku rasa nak duk 24 jam bwh ketiak dia kot.  Hehe, almaklumlah bkn senang nak duk lama2 mcm ari tu.  Almost 3 month jugak dia tak naik job. 

Macam yg aku janji dalam entry sblm ni yang aku akan cuba jugak buat Cheese Tart and the result is....MARVELOUS..!! Serious :-) Hehe..  Chicken Pie pulak ok cuma agak muak sket sbb inti dia taruk susu cair tp abah aku suke je.

Million thanx to the tuan punye resepi yg mmg baik hati bg resepi yg sgt2 sedap dan tak kedekut ilmu (En. Mat Gebu dan Pn. Azita)  Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki kalian.  Bermacam jenis resepi yg boleh didapati kat blog diorang tu tp yang paling menarik perhatian sudah semestinya aneka kek dan appertizer.  Bab lauk-pauk tu pintu hati masih belum terbuka luas utk mencuba, baik aku bedal masakan mak aku lg bestttt...  Family aku pun mmg dah sedia maklum yg aku terror bab2 masak yg jenis 'ini', klau jenis 'itu' paham2 la, setakat goreng oke lah :-)

Tanak bebel panjang2, kat bawah ni ada aku snap gmbar Cheese Tart dan Chicken Pie yg aku buat sempena Cuti Deepavali and weekend.  Tadaaaa...

Blueberry Cheese Tart

Chicken Pie (wrap dgn kulit pastry segera..hehe)
Gambar kurang memuaskan sbb camera cap ayam je :-)

Oct 25, 2011

Song Of The Week

Jiwang Mode :-)
Minggu ni merupakan minggu yg menyedihkan lah..  Terasa sgt dgn ketiadaan hubby, walaupun baru nak masuk seminggu dia start keje.  Huhu..and i have to wait another 2 months to meet him again..!! (mengikut perkiraan my hubby la)  Sabar, sabar and sabar.  Aku hanya perlu bersabar dan kuatkan semangat menempuh hari2 mendatang.  "Sayang abe ni kuat, syg perlu kuat semangat..barulah abe akan jadi kuat juga.."  Tulah antara kata2 semangat hubby aku sblum kitorang berpisah ari tu.

Ni aku ada nak post 1 lagu yg sgt3 aku suka.  Lagu ni hubby tujukan khas kepada aku, u're so sweet honey.

LAST NIGHT ON EARTH - Green Day


I text a postcard, sent to you
Did it go through?
Sending all my love to you.
You are the moonlight of my life every night
Giving all my love to you
My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

With every breath that I am worth
Here on Earth
I'm sending all my love to you.
So if you dare to second guess
You can rest
Assured that all my love's for you

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
Did I ever make it through? 


Oct 20, 2011

Finally I've Made It

Yeayyy..alhamdulillah finally berjaya jugak aku dengan misi membuat Fruit Tart dan Apam Polkadot tu.  Family aku suka sgt and also my hubby yg sempat juga mkn sblm dia naik job.  Puas hati sbb dapat bagi dia rasa jugak hasil air tangan aku :-)

Nak buat tu takde la rumit sgt dan mulai dari sekarang tak perlu lagi nak beli sbb dah boleh buat sendiri. Cuma satu lagi yang belum cuba buat iaitu Cheese Tart.  Tungguuu ye.  Hehe..ni ada sket rupa fruit tart dan apam yang aku buat tu.  Apam tu aku tak berapa reti nak decorate lg cuma dot dot je yg aku reti.  Al-maklum lah my first try tp rasanya sgt2 yummy oke dan aku letak filling blueberry.

Selamat menjamu mata semua, sape2 nak tempah tu dialu-alukan ye..hehe..

Decoration bercorak polkadot & suka-suki decoration 

Fruit tart with fresh fruits topping

Strawberry, peach and grape topping

Oct 18, 2011

It's time to say GooD ByE

Sayu... hati dan perasaan telah mula sedih memandangkan husband akan kembali bekerja setelah hampir 3 bulan 'berehat' di rumah.  Owhhh..lama jugak suamiku 'berehat' ye.  Hehe, dgn kata lain hubby akan mula 'naik job' dengan company baru.  Hopefully his new company will be much more better.  Insya-Allah...

Post kali ni lebih berkisar tentang aku dan suami ye, maklumlah dlm mood sedih mcm ni nak citer psl lain pun dh tak excited.  Buat korang yg masih tak tau, kitorang akan kembali start PJJ plak dah..adooiii..sedihnye :-(  Nak buat mcmana sebab kerjanya mmg mcm tu.  Yang penting rezeki tu halal and we trust each other.  Walaupun jarak yg memisahkan kami tp kasih sayang tetap utuh malah lebih teguh dari hari ke hari.  Bak kata pepatah, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan.. (nak sedapkan ati sebenarnye..huhu)
Usia perkahwinan kami dah masuk 2 tahun setengah dan umum mengetahui kami masih belum dikurniakan cahaya mata.  Siapa taknak anak kan tp tu semua kuasa Tuhan dan kita tiada hak untuk mempertikaikan tentang itu.  Dah mmg takde rezeki kami lg buat masa sekarang untuk menimang cahaya mata walaupun kami telah disahkan doktor pakar tiada masalah dan kami telah cuba berikhtiar dan akan terus berusaha kerana Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa.

So, kepada sesiapa yang suka memerli dan suka menyakitkan hati aku tu, aku hanya mampu berdiam diri dan berdoa kpd Allah agar menguatkan semangat aku untuk menghadapi semua itu.  Aku tidak mampu untuk terangkan kepada semua orang apa yang terbuku dihati ini.  The most important thing, my husband was very understanding, supporting and loving. Begitu juga dgn family aku yg begitu faham situasi mcm ni.  Seriously, hanya org yg senasib denganku saja tau perasaan ni.

Ehhh, emo la plak aku kali ni.. Haha..okeyh, back to normal.  Citer psl hubby aku, hari ni dia buat Bosiet kat JB then mlm ni naik train ke KB.  Sampai esok pagi then malam plak naik bus ke KL, sampai sana pagi akan terus ke KLIA untuk ke Labuan.  Then ke Singapore and lastly heading to Papua New Guinea.  Berbelit2 and it seems so complicated kan. Hehe..penat la sket mngu ni sbb kesana kemari, maklumla dh lama sgt relax :-)  Job kali ni maybe memakan masa lebih kurang 2 bulan.  Alahai, sabau je lah Intan ye..  Nasib baik la aku stay ngan parents, so aku tak terasa sgt ketiadaan hubby lebih2 lg klau time keje.  Weekend tu terasa la jugak sbb klau tak aku akan selalu dating ngan hubby.  Takpe, kuatkan semangat dan Insya-Allah pengorbanan ini tidak akan sia2.

Lastly, for my beloved hubby, keje baik2 tau.  Jaga solat dan makan minum.  I'm here waiting 4 u and I'm gonna miss u so much :-*

Oct 6, 2011

Cooking Mood

Heee..mcm best je title post kali ni kan..
Urmm..mmg betul semenjak dua menjak ni aku sgt teruja utk buat Fruit Tart, Cheese Tart dan juga Apam Polkadot yg mana sumenye mmg my favourites.  Rupenye pun dh nampak sgt yummy kan...?

Hehe, resepi dh dpt dan brg2 acuan serta bahan2 dah beli cuma tunggu weekend ni je nak buat.  Hopefully menjadi la ye.  Nak kata aku ni seorang yg suka masak tu tidak juga sbb hanya certain2 masakan shj yg aku suka buat @ cuba utk buat dan dari pemerhatianku mostly western food or appetizer yg mencuri tumpuan ku utk mencuba...  Ngeee...Agaknya sbb tak rumit sangat berbanding masakan melayu kot (I mean segala jenis kari, kerutuk, gulai and all that kind of meals) Tp jgn salah faham ye, masakan melayu mmg aku makan cuma nak membuatnye tu kurang mahir..hehehe..

Tak sabar betul nak tngu weekend ni, nak cuba buat dan harap2 resepi tu menjadi.  Nanti dan siap buat boleh la post kat sini sebagai tatapan korang sume.  Ok, tadaaaa...  :-)

Sep 21, 2011

Weekend Trip Penang dan Kedah

Alhamdulillah, hari ni dh masuk hari rabu.  Weekend ari tu jadi jugak pegi ke Penang then ke Sg Petani dan  lastly kenduri ke Kuala Nerang, Kedah.  Percutian singkat selama 3 hari cukup membuatkan aku hepy walaupun tak banyak tempat yg kami sempat pegi.  Yg penting skali nak mkn2 dan pusing2 kat Penang je.. Hehe..  Kali ni aku dan hubby bawak mak ikut skali sbb mmg mak dah lama nak ke Penang dan Kedah memandangkan mak pernah tinggal disana.  Mak nak mengimbau memori la tu.  Hehe.. 

1st day ke Penang kitorg stay kat B-Suite.  Sampai sana dah petang so malam tu kitorg ke Batu Feringghi.  Dinner kat Restoran Tarbush (kesedapan makanannye tak sama dgn Restoran A.M. Tarbush kat Kelantan..huhu) dan window shopping kat Night Market kat situ.  Pagi esoknya breakfast roti canai kat Original Kayu Nasi Kandar then beli jeruk buah2ah yg sgt best kat tmpat pembekal.  Buah2ah kat situ fresh x macam yang dibeli di pasar.  Pastu kitorg ke Queensbay Mall kejap, cari baju sehelai dua :-)  Dah nak masuk tengahari kitorg ke Georgetown, kali ni nak pekena Nasi Kandar Line Clear yg femes tu.  Byk kali jugak pusing nak cari kedai and parking, nasib baik ada GPS (kdg2 tu x betui jugak direction yg dia bg..hampeh..)  Kesedapan mmg menjilat jari cuma dari segi kebersihan agak kureng sket, lg pun kedai dia kat tepi2 lorong je tp punyelah ramai org Q nak makan kat situ.  Pas tu ke Padang Kota Lama, tgk2 pemandangan kat situ then pekena pulak Pasembur kat Medan Selera Renong.  Perut dah rasa ketat gileee tp nak sumbat jugak mknan selagi buleh...Ish3 paroksss..ahahaha..

Mabeles...shedappp..!!
Seyesnye muke 'abe' saya :-)
@ Restoran Tarbush Batu Feringghi
Dah kenyang and puas mkn, bermulalah misi ke Sg Petani.  Kat sana stay kat umah Zul (kwn sekapal abe :-) Beria2 dia suh stay umah dia sbb dia ngan wife dia je yg ada, bilik kosong pun byk.  Malam tu Zul bawak kitorg tgk Kem Askar tmpat mak penah tinggal dan jugak area umah sewa mak dulu di Bakar Arang.  Then kitorang dibawa pekena Char Keow Tiau Special.  Fuhhh, terangkat..dengan udang besar dan telur mata pun ada.  Lepas makan kitorg pegi mcm ala2 uptown gtu, tp kejap je sbb brg sama mcm kat Wakaf Che Yeh lg pun mak dah x larat nk jalan.  Balik rumah dan rest, teramat penat...

On the 3rd day, kenduri di rumah Bob kat Kuala Nerang.  Pagi breakfast kat umah Zul then kitorg di bawa melawat ke Hutan Paya Bakau, Muzium Arkeologi dan Kaki Gunung Jerai.  Singgah sebentar di rumah keluarga Zul di Pokok Sena sbb nak ambik ikan pekasam.  Selepas tu kitorang terus menghala ke tempat kenduri yg memakan masa lebih kurang 20 minit dari Pokok Sena.  Kenduri kat sana meriah juga sama macam KB jugak sbb ada DJ dan lagu2 kahwin disamping menu yg sangatlah byk.  Nasi minyak dan lauk pauk, kuih-muih, laksa penang, mee goreng dan juga minuman panas dan sejuk.  Selesai hubby berborak dan amik gmbar ngan pengantin kitorg terus bertolak balik ke KB pd pkul 3 ptg.

Me and Mak..suke sgt pemandangan kat sini
Me and Hubby, 2nd time stop kat sini..alhamdulillah
On the way balik, singgah kat Hentian Titiwangsa (amik gambar dulu, WAJIB..hehe) Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan kami selamat tiba di rumah jam 10.30 mlm setelah berhenti mkn malam di Kbg Kerian, pekena roti canai kari tulang.  Hehehe...ALHAMDULILLAH.

Sep 14, 2011

Cuti-Cuti Hari Malaysia

Yeaahoooo...

Pantang ade je cuti mesti planning nak gi jenjalan tp kat Kelantan 16 Sept jatuh pada hari jumaat, so xde la kelebihan Hari Malaysia tu pd kitorang.  Kebetulan kwn hubby ada buat kenduri kahwin kat Kuala Nerang, Kedah pd hari sabtu so kitorang ingat nak amik kesempatan tu dgn pusing2 bandar Sg. Petani, xpun ke Penang terus..hehe..

Dalam kepala ni punyalah banyak planning nak ke Langkawi la, Penang la @ duk area Sg. Petani or Alor Setar.  Last2 stay kat Penang la kot.  Insyallah kami bertolak esok, cuti pun dh apply cuma nak smbung ahad xleh la plak sbb ada Jamuan Aidilfitri besar2an kat office.

Nasib baik hubby x naik job lg, dapat la spend time bercuti sbb sebelum ni x gi mana2 pun sbb bulan puasa then raya. So, masa yg ada HARUS digunakan sebaik mungkin.  Betul tak..? hehe..

Oh, lupe lak..td bru dpt call dr Kak Eli, maybe dia juga akan ke Penang.  Nnt bleh la jumpe kat sana ye, we'll spend time and having fun together, Insyallah :-)

Sep 12, 2011

Month of BIG Festive!!

Assalamualaikum wbr..

Hari ni genap 2 mngu kita merayakan telah Hari Raya Aidilfitri..  Mak aihh, begitu cepat masa berlalu.  Rasanye baru je mengerjakan ibadah puasa, bersembahyang terawih dan merasa nikmat makanan yg snguh yummy disediakan oleh ibunda tercinta.

Raya thn ni tak sebegitu meriah memandangkan hanya keluarga Kak Eli turn beraya di Kelantan namun mujur gak on 3rd Eid Kak Ida balik beraya jugak after beraya di Terengganu on 1st and 2nd day of Syawal. Harith and Hannah jd penyelamat kerinduan kami pada si kecil yg lain :-)

Tapi raya tetap raya.  Kami macam biasa buat biskut, kek and mknan special utk raya.  Aku buat 4 jenis biskut iaitu Mama Carey,  Honey Conflakes dan 2 jenis biskut turun-temurun iaitu Biskut Tapak Kuda (spatutnya berbentuk spt tapak kuda namun aku buat bentuk bunga then tabur badam, sgt cute oke..hehe) dan Biskut Mangkuk.  Kak Eli plak sempat buat Tart Nenas yg mmg jadi my family favourites!!  Kek plak 2 biji disediakan oleh Kak Eli iaitu Kek Oren dan Kek Kukus Lapis Pelangi dan aku menyediakan Kek Coklat.  Mak pula seperti biasa menyediakan menu yang lebih 'berat' iaitu Rendang Daging and Lontong on 1st day, Mee Kari on 2nd day and Soto on 3rd day.  Cuma request aku utk mkn Sate Goreng x sempat disediakan mak kerana tiap2 hari ada menu best, ditambah pula open house di rumah sanak-saudara. It's ok mom..saya suka semua masakan mak tau :-)

My 1st time of making Mama Carey
Moist Chocolate Cake
Biskut Mangkuk
Tart Nenas
Alhamdulillah tahun ni juga masuk tahun ketiga aku beraya sebagai seorang isteri.  Kami mengenakan tema biru pada tahun ini walaupun kaler sbenarnye sedikit out of theme, haha..tu la dh pilih baju sendiri then baju hubby bli tanpa bawa contoh.  Kaler dh sdikit lari ma..tp hubby sporting..ok aje :-)

Okeyh, ni ada sedikit gambar utk tatapan korang sume.  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada terkasar bahasa serta salah dan silap.  PEACE NO WAR :-)