Showing posts with label Umar Luqman. Show all posts
Showing posts with label Umar Luqman. Show all posts

Sep 2, 2016

Family Trip Seoul, Korea (16 - 21 Sept 2015)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya hidup di muka bumi ni, yang penting spending quality time with our kesayangan. Selain memperbanyakkan amal ibadah sebagai persiapan menghadapi pengakhiran yang kekal abadi nanti.

September 2015 diberi kesempatan olehNya melancong ke Seoul, Korea bersama 12 orang ahli keluarga. Tu pun abang sulung sekeluarga dan adik bongsu tak dapat ikut serta disebabkan kekangan masa dan urusan keluarga. Perjalanan kali ini kami menaiki penerbangan MAS pergi dan balik dan paling best sebab tak perlu pikir baggage overweight, seating serta makanan sepanjang perjalanan. Semua dah include kan...Selalu naik Air Asia jenuh nak pikir semua tu.

Penerbangan ke Seoul memakan masa lebih kurang 7 jam. Kami menaiki penerbangan lewat malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Umar pun tak meragam langsung dalam flight. Masa tu Umar 1 tahun 9 bulan. Kali ni rasa happy sebab suami dapat turut serta. Hehe barulah lengkap rasanya :-)

Masa kami pegi tu musim autumn. Siang hari biasa2 je tak panas tp tak sejuk sgt. Malam mmg sejuk, kena standby sweater or jacket if nak keluar. Nak story panjang-panjang pun dah ingat-ingat lupa sebab dah lama baru update dalam blog, haha so kita layan gambar je lah okay.

Delpino Golf and Resort.
Belakang kami tu Mount Soerak. Cantik sgt view
Pegi kali ni ambik dengan Kembara Sufi. So far ni travel agent paling terbaik! Package RM1850 per adult without flight ticket, tapi service memang tiptop. Accommodation A++ Hotel 5 star, Alhamdulillah puas hati sangat2.

Kadar tukaran wang time tu RM1 bersamaan 3.70 Korean Won. Parah jugak kan, takdelah sakan sangat nak shopping. Banyak beli skin care dan souvenirs je, hehe.. Melancong ke Korea tak sah tak grab skin care diorang kan.
Hadapan Delpino Golf & Resort, 1st night kitorang menginap kat sini.
Feeling Winter Sonata jap...boleh?
Ni kat Everland, macam Disneyland jugaklah
We are at Nami Island!!!
Myeongdong
On top of Mount Soerak
Alhamdulillah family trip kali ni berjalan lancar dan hero kesayanganku langsung tak meragam. Senang sikit bawak dia kali ni sebab dah boleh berjalan dan berlari kesana sini. Tapi Umar ni jenis suka duk dalam stroller, so most of the time tak menyusahkan kami suami isteri nak dukung dia, kekadang sgt babywearing tp tu pun kejap je sebab Umar dah besar, tak berapa muat dah dalam Ergo tu. hihi...



































Bagi kami suami isteri tak menyusahkan pun bwk anak kecik ni, sebab ada sesetengah orang ckp susah travel dengan anak kecik. Depends jugak kot kan, sebab lain anak lain tingkah lakunya. Paling penting kalau travel jauh esp naik flight kena pastikan anak dalam keadaan selesa dan dia tak bosan.

Alhamdulillah naik MAS kali ni ada entertainment, boleh gak on screen and pasang Hi-5 fav Umar. Haritu flight pun tak full so bolehlah suka suki nak duduk mana2 pun. Makanan pun agak mewah, steward layankan aje dan bagi makanan extra untuk kitorang :-)

Time to go back, good bye Seoul :-(

Dah nak balik Malaysia dah, huhu. Overall Seoul best esp kat Mount Soerak tu, view cantik sangat2. Jumpa lagi di lain post ya, babai :-)

Mar 30, 2016

Family Trip Shenzen - Hong Kong (October 2014)

Assalamualaikum...

Haihhh... Rinduuuu nak blogging balik. Dah bertahun takde post tp still jadi pembaca tegar blog-blog orang.

Lama betul post ni hanging.. bertahun dah asyik draft jek sampai dah lupe nak tulis ape..hikhik..tapi kena share jugak, memandangkan dah lama gile so post gambar je lah.. Nak jugak aku post sebab boleh tengok2 balik dan sebagai rujukan kepada sesape yang nak ke Shenzen or Hong Kong nanti.

Actually this is my first vacation dengan buah hati pengarang jantungku Umar Luqman, masa ni dia baru 9 bulan. Sedihnya sebab hubby aku tak pegi sama sebab ada job time tu. Sabarrrr je lah ya, burn camtu je ticket flight...ahaha dah keberapa kali burn pun aku tak tau. Nasib baik ni family trip so kami 10 orang sumenya. Dapat la juga bergilir dgn kakak aku dukung and jaga Umar. Alhamdulillah...

Trip kali ni kami naik Air Asia yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Kitorang guna travel agent dari Al-Quds Kota Bharu.

Jom cuci mata tengok gambar dulu :-)
Alhamdulillah safely arrived
Window of the World
Belakang tu diorang tiru Niagara Falls 

Eiffel Tower tipu, hiks
Ni kat luar sebelum entrance
Hong Kong Disneyland
Ni masa tengah tunggu parade at Hong Kong Disneyland

Yeah, tu dia boleh berdiri je. Jalan belum boleh :-)

Tengok tu, tido aje keje dia Zzzz

Hello Hong Kong Disneyland!
Best giler Disneyland ni, berbaloi dan wajib ke sini kalau ke HK
With beloved Mak
Lupe dah nama tempat ni
With Kakak Hannah, Umar's Cousin
Ni baru lepas show Burung Kakak Tua, best!


Windows of the World ni best sebab semua tempat2 best seluruh dunia ada dipamerkan kat sini. Diorang buat replika. Nama lagi China kan, semua benda akan dia tiru :-)

Umar baru 9 bulan time ni, bawak dia tak byk ragam sbb masih baby lagi. Jalan pun belum boleh lagi.  Most of the time Umar duk dan tido dalam stroller. Kekadang aku dukung or babywearing. Yang penting travel bawak baby ni kena sediakan susu secukupnya dan diapers dia. Kalau breastfeed lagi senang. Yang leceh time dia poopoo, nak pulak kat China kan, toilet takde air, tak bersih pulak tu. Huhu, klau ke restoran or tempat solat, time tulah aku tukar diapers dan bancuh susu siap2.
Time ni tgh tunggu nak shopping di Dongmen Night Market,
sebelum Umar poopoo.
Ada juga sekali tu kena Umar poopoo time kat shopping kat Luohu. Luohu ni macam shopping plaza, kat sini best ada byk sgt jual handbag dan baju2.. Seksa betul kat Luohu ni dgn toilet takde tempat baby changing diapers, sedih tau hampar changing mat atas lantai dan lap guna wet tissue. Paling sadis kat Dongmen Shopping Street, kitorang jalan kaki je ke Dongmen tu sebab dekat je ngan hotel. Gigih betul aku dalam hujan rintik2 halus menolak stroller nak shopping kunun, dah la hubby takde. Sampai je area shopping Umar bukan setakat poopoo tp siap dah meleleh-leleh tepi seluar, aiyarkk!! Nak tak nak balik la semula ke Hotel ngan kakak aku. Yang lain2 teruskan misi shopping tu. Hahaha antara pengalaman tak akan dilupakan travel ngan si kecik ni.

Umar dalam flight back to KL, seat hubby yang kosong.
So boleh letak Umar
Dalam flight dari KL ke Shenzen ok je tapi perjalanan balik ke KL Umar mengamuk. Time tu malam, tak silap flight jam 9.40 mlm. Aduhai, panik jugak aku. Mana taknye, tgh best2 tido boleh dia terjaga dan nangis semahunya, dah tak tau nak buat apa dah, sume orang dia tak nak. Tok Ayah, Nenek, Pakcik, Cik Da and Cik Li sume tak layan... Huaaa!! ada kot setengah jam aku cuba tenangkan dia, last2 tertido dalam tangisan. Scary jugak time tu, nasib baik la ngan family, tak la kecut perut sangat. Apapun Alhamdulillah family trip berjalan lancar.

Next aku story lagi ye, boleh share sikit tips and tricks travel ngan baby ni :-)

Sep 21, 2014

Chicken Pox..??

Di usia menginjak 8 bulan, Umar dah kena Chicken Pox.. Huhu kesian anak ibu ye, tapi tulah kata orang chicken pox ni akan kena jugak sorang sekali seumur hidup kan...


Pada mulanya tak tahu yang Umar ni kena chicken pox atau pun ore kelate cakap 'Bertih'.. Cuti Sekolah hari tu kitorang ada buat Family Day kat Bukit Gambang Waterpark, sewa homestay kat sana 3 hari 2 malam..

Everything went smoothly Alhamdulillah, sampailah dah balik rumah pun sume ok, cume keesokan harinya aku perasan ada biji merah agak besar kat dahi belah kiri Umar. I thought mst kena gigit ngan semut kot sebab besar jugak kesannya klau nyamuk mmg mustahil.

Kat klinik dengan nenek
Belek2 kat kepala Masya-Allah..!! Dah banyak kat kepala Umarrr, nerves dah ibu ni, biji ape la kat kepala Umar niii.. Malam tu terus ke Pakar Kulit, tanak ke klinik biasa kononnya aku sangkakan ni mesti mandi kat Waterpark tu air kotor... Doc pun cam confident ckp 'haaa ni kudis, mandi kat waterpark air kotor tarak tukar itu air" deng...arghhh..

Balik tu malam tu jugak kemain la ibu sapu ngan ubat.. pagi esok dah nampak kat muka mula dah naik bintik2 merah.. Okay, ni dah bukan kudis dah ni.. Mak abah cakap ni bertih kot ni.. What..??? Kesian umar baby lagi tp dah naik chicken pox, huwaaaa...

Paling banyak naik kat kepala dan muka, kat badan ada la sket..kat tangan and kaki ada tp tak banyak pun, entahlaaa..orang tua2 ckp dia akan kuar abis sampai tapak kaki baru betul2 akan recover.. Kat muka dan badan Umar pun dah kering.
Haaa ko...dah pandai panjat, baru 7 bulan nak oiii
Alhamdulillah Umar langsung tak merengek walaupun chicken pox.. Umar tak yah cakap la aktif yg amatttt, mau pingsan ibu...hehe.. Demam pun tak kuat, tu pun waktu tdo malam je dan dia as usual tak berjaga malam melainkan nak susu..

Semoga anak ibu cepat sembuh ye nak, doa2kan anak ibu ni agar cepat sembuh ye aunty2 cayang :-)

Aug 6, 2014

Aqiqah dan Majlis Kesyukuran Umar Luqman

Alhamdulillah Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Umar dah selesai. Kitorang buat on raya ke 3, kebetulan adik beradik, sanak saudara dan kenalan masih lagi ade kat KB so ramai yang dapat hadir.
Kad Jemputan kite buat sendiri je :-)
Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis.

Tapi ada jugak yang tak sempat hadir, biasalah time raya mmg jalan jammed sangat nak-nak kalau menghala ke KB, ada jugak tak sempat hadir sebab ada jemputan majlis kawin dan sebagainya. Apapun syukur semua berjalan lancar dan majlis memang meriah, Alhamdulillah....


Simple decoration, saje letak baby cot untuk photo2 kat sini.. Buat dengan Cantik Gallery and Bridal.. padahal simpel je pun, nampak sangat aku yang tak kreatif..hahaha..

Kami bertiga Alhamdulillah, Syukur Ya Allah :-)
Dessert Table - pulut kuning, pulut bakar, tepung pelita, apam polkadot,
whoopie pie, aneka biskut raya dan kerepek
2 ekor kambing selamat di golek :-)
Package catering hari tu amik dengan Bil Hanaa, menu yang disediakan :
1) Nasi putih
2) Nasi minyak
3) Ayam masak merah
4) Ikan bilis 
5) Acar timun
6) Sambal
7) Air minuman
8) Tembikai

Gulai daging dan daging singgang pulak upah orang masak sebab suami nazar lembu seekor. Aku sendiri tak tahu yang dia bernazar. Lepas Umar lahir, baru dia cakap yang dia bernazar seekor lembu, so kitorang upah orang masak.

Kambing pulak 2 ekor kami buat kambing golek, mmg tu yang paling jadi tumpuan..hehe, cepat je orang serbu :-)


Ni doorgift.. Aku suke gile la dgn doorgift ni..mmg dari dulu lagi pasang impian nak bagi doorgift cute2 camni kat tetamu, Alhamdulillah tercapai gak hasrat mak.. Dalam tu aku letak gula2 pastu ada jugak doorgift kotak bulat untuk hadirin juge. Tapi sayangggg tak sempat snap gambar, duk kalut2 haritu mmg lupe nak snap.
With Hannah and Harith, anak sedara
Antara kenalan yang hadir
My kakak
Umar pun Alhamdulillah tak meragam, sempat tdo 2 kali dalam baby cot, 2 kali dalam buai.. Orang tak kenal pun boleh dukung dia..hehe..tp bila petang dia dah penat, mengamuk la sikit awe donde tu..

Aku pulak lepas tu kesihatan kurang mengizinkan, tak terlayan tetamu yang hadir lepas tu. Maaf sangat2 apa yang terkurang tu ye. Terima kasih tak terhingga di atas kehadiran dan juga yang bagi Umar banyakkkk duit raya, Alhamdulillah rezeki anak ibu :-)

Jul 22, 2014

Umar's New Progress

Alhamdulilah anak ibu Umar Luqman dah nak masuk 6 bulan pun... Dah besar anak ibu, rasa cam baru je lahirkan Umar tau..

Umar dah bukan macam baby lagi, tak suke dukung dia ala-ala baby. Letak atas katil pun mesti nak pusing badan nak meniarap lepas tu angkat montot tinggi2.. Nampak gaya cam dah nak merangkak tapi tangan tak kuat lagi. Sekarang asyik undur belakang je..hehehe..


Suara pun makin kuat, marah betul klau orang tak angkat dia nak2 klau dia dah boring duk dalam baby cot. Mainan lama pun dah tak suke, boring gamaknye..hehe, nantilah ibu dan abah beli mainan baru ye nak..

Sekarang Umar tunggu masa nak makan..Cukup 6 bulan boley la start makan solid food. Tak sabar betul abah ngan tok ayah dia nak bg Umar makan. Sume benda yang dia dapat sume nak masuk dalam mulut, beli jugak teether kat Umar tapi dia macam tak puas je geget mendalah tu. Kadang2 kesian tgk air mulut tu menitik sampai basah baju, anak ibu gatal gusi nak tumbuh gigi ye...

Gaya fav time tido..kepala mmg suka teleng camtu :-)
Pola tido Umar pun dah berubah lately. Mentang2lah nak masuk 6 bulan pandai pulak dia tido lambat. Klau dulu Umar memang sangat disiplin. Jam 7 or 8 malam dah start tido. Bangun tak bangun pagi esok la jam 8 pagi. Haaaa skrg dah takde dah, tdo jam 7.30 malam then kul 8 bangun.  Pkul 10 lebih baru tdo pulak... 

Memang tak bergerak la kain baju kat umah aku tu, yang tak berlipat pun sebakul besar, kadang2 pinggan mangkuk di sinki pun suami yang tolong basuh, bulan2 pose ni paham-paham la kan.. Umar pulak time malam la nak bermanja-manja ngan aku, mmg dia nak didukung and kena layan dia je la. Memang malam aku tak sempat buat ape dah nak2 sume orang pegi tarawikh, lps jam 11 aku mmg surrender lagi pulak nak bangun utk sahur pulak.  Huhu anak ku nan sorang ni.. Lain anak lain ragamnye kan tapi papepun syukur sebab Umar membesar tanpa masalah, Alhamdulillah...

May 22, 2014

Umar, Ibu dan Stroller

Sejak ade si kecik Umar ni mmg asyik nak cerciter pasal dia je lah kan. memang lumrah kot..hehe, dolu-dolu bercerita psl TTC..

Alhamdulillah masa kami dah tiba, pada yang masih berusaha jangan pernah putus asa ok sayang2ku.. Allah Maha Mendengar...

Mmg betul la orang cakap klau dah ada baby mmg asyik nak beli barang baby je kan.. Tak bleh tgk barang baby...MESTIIII nak beli jugak..huh, nafsu2..

Awal2 dulu stroller bukan keutamaan, ingat Umar dah nak masuk 6 bulan baru nak beli.

Tapi seawal umur Umar 40 hari aku dah sebok cari stroller.. Hah hamik ko.!! Hahah, alasannya cuti berpantang 90 hari tu kan lama.. So, aku nak la bawak Umar jenjalan umah adik-beradik aku kat KL nun..

Cukup 50 hari aku dah bawak Umar pegi KL tp naik flight la, so takde la lame nak travel dari KB ni..

First beli stroller Quinny Zapp Xtra 2.0 sebab dari dulu lagi memang bekenan stroller ni.. Beli online je melalui ig ni murah sket dari kat kedai.. Okey, mmg puas hati beli sebab Umar mmg nak duk dalam stroller dan pengendalian stroller ni pun best, smooth je tolak dan agak compact jugak. Letak dalam boot kereta mmg tak mkn space melainkan agak berat la for me. 

Time ni kat IKEA..dr tghari sampai ptg haku kat ctu.
Masa ni umar 2 bulan, naseb baik tak merengek penat.
Berat Quinny Zapp ni lebih kurang 9 kg..berpeluh jugak la nak angkut turun naik bonet kete..nak2 aku kan PJJ ngan hubby, so aku la kena angkut lg pulak aku mmg kaki jalan.. weekend je kuar la kejenya even hubby takde..

Umar pulak mmg takde perangai langsung, Alhamdulillah...Tu yang ibu dia kemain lagi bawak dia sana sini sebab tak byk karenah.. Alhamdulillah, anak ibu mmg betul2 memahami :-)

Berbalik pada citer stroller nih, aku ada la pulak bekenan 1 stroller ni pulak.. NUNA PEPP, mmg agak kurang familiar, tp dari kebayakan review yang aku baca, Nuna Pepp ni best jugak.. Harga pun murah sket dari Quinny, pon beli online jugak...

Umar's new ride
 Ape lagik, aku beli la jugak Nuna Pepp ni..Ha..anak ibu dah ada 2 stroller ye, umur baru nak masuk 4 bulan..Hehe.. Tapi Quinny tu aku let go kat member.. Melampau la kan nak guna dua2 sekali.. Nasib hubby tak bising beli yang Nuna ni.. Fuhhh..

For me Nuna Pepp ni mmg best mcm Quinny Zapp Xtra 2.0 jugak.. pengendalian best, berat lebih kurang je, baby Umar nampak selesa je duk dlm tu...

TAPI bezanya Nuna Pepp lagi senang nak fold dan buka. Kalau nak buka tu guna sebelah tangan je boley.. Lagi satu Nuna Pepp tak boleh facing parents tapi Quinny Zapp Xtra tu boleh facing parents :-) So dua2 ada pros n cons.

Haaa..kan best boleh facing parents camni..
Ni hubby and my mom :-)
Quinny Zapp Xtra 2 pulak ada byk step nak fold dan buka.. Jenuh makkk..Walaupun ni yang latest buleh fold skali dia punya seat tp rumit gak la kan.. Aku ni nak express je.

Tapi yang paling ringan dan senang nak travel Babyzan Yoyo or Quinny Yezz la kan.. Memudahkan kita ibu bapak yang suke travel ni tp keselesaan anak agak kurang sebab Yoyo boleh recline stkat 140° je, tegak la jugak baby nak tdo dlm tu..huhu.. Yoyo boley masuk cabin, boleh sangkut kat bahu camtu jer, berat 5.8 kg je uollss..mmg sesuai sgt la nak bwk gi travel :-)
Babyzen Yoyo

Quinny Yezz
Ehhh, tapi nanti2 la dulu, tunggu Umar beshar sket baru nak travel jauh2, pastu baru la ade reason nak beli Babyzen Yoyo.. Hekhek..

(Ni ibu ke anak yang nak naik) Conpius sat..hahaha..

Apr 27, 2014

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum...

Dah cukup 3 bulan pun anakanda Umar Luqman pada 24 April 2014.. Ibu pun dah start keje..

Nak kongsikan pengalaman bersalin kat blog ni lah, pengalaman yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. TQ ALLAH kerana di beri peluang untuk menjadi seorang ibu. Percaturan Mu adalah sebaik-baiknya. ALHAMDULILLAH

24 Januari 2014 (Jumaat) @ 39 weeks

Malam tu dah rasa lain sebab perut kuat sgt bergerak.. Baby kat dalam perut lain mcm gerakannya.. Masuk tido awal sket jam 11 malam (consider awal sbb saya biasa tdo lewat, hehe..)

Nak lelapkan mata agak susah sebab baby banyak buat aksi kot..Suruh hubby pegang and baca ayat2 suci Al-Quran..lastly lena gak tp tak tau la pukul brapa..

3.30 a.m : Bangun utk ke toilet buang air kecil pastu tdo balik.

4.00 a.m : Bangun lagi sbb cam sakit perut nak buang air besar...tapi masuk toilet takde kuar ape pun.. 2,3 kali jugak masuk toilet last2 nampak 1 titisan darah kat dlm mangkuk tandas...Tegezut makkk..!! dah tau tu mst tanda nak beranak.. Cepat2 kejutkan hubby tp time tu saya tak rasa sakit pun.. Bgtau mak nak ke hospital tp mak cakap tunggu subuh dulu. Saya dan hubby dah start gelabah.

7.30 a.m : Ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, perut ada memulas sket2 kadang2..kontraksi tak tetap.. Di bawa ke labour room dan cek CTG. Dup dap dup dap...dalam hati..eh, dah nak bersalin ke aku ni.. Neves..

Odw ke hospital dah minum air selusuh.. baca ape yg saya hafal sebelum ni.. Doa Nabi Yunus, selawat dan baca ayat2 suci Al-Quran.

10.00 a.m : Doc cek bukaan jalan baru 1 cm. Saya di bawa ke ward sebab doc jangka maybe ptg or malam baru bersalin memandangkan ini anak pertama selalunya bukaan jalan agak lambat (1 jam = 1 cm)

11.00 a.m : Sakit dah macam kerap dan teratur..rasanya selang 10 - 15 minit sakit tu.. Nurse bagi injection tp saya rasa injection langsung tak membantu sebab sakit tetap sama. Cuma kita akan rasa mengantuk, walaupun tak boleh tido lelap sebab sakit tp dapat rest la atas katil tu..

Saya langsung tak berjalan kesana kemari sbb perut ada alat CTG tu. Orang ckp nak mudah bersalin dan cepatkan bukaan kena rajin berjalan. Huh, saya tak terdaya la nak jalan..hehe

1.30 p.m : Nurse cek bukaan jalan dah 4 cm. Terus dibawa ke labour room.. Hubby pulak pegi semayang jumaat.. dalam hati sempat ke tidak ni sbb perut makin sakit.

Masa tu jugak la rasa nak terkencing, tp tahan dulu sbb kononnya nak suruh suami yg pimpin ke toilet.. Tetiba hamik ko..terkencing atas katil..haha..sbb rasa tak tahan cam nak kuar skali ngan baby.. Nurse ckp jgn teran sbb nanti miss V akan membengkak lg susah nak bersalin..

Tapi walaupun tak teran automatically kita akan rasa cam nak teran jugak..tp tahan je lah..huhu.. Nasib baik la nurse ok je aku kencing atas katil..dia siap ckp kalau nak buang air besar skali pun takpe..Hehe..mentang2 la private hosp.. klau gov dah lama kena sound agaknye..

2.30 p.m : Suami sampai dan masuk labour room. Sebelum tu mak yang temankan. Saya ingat2 lupe je sebab nurse bagi gas utk kurangkan sakit dan kita akan jd ngantuk even rasa sakit tu mmg still terasa.. Sakit tu takyah cakap, susah nak describe tp ingat balik best la beranak ni..Hehe, bolehhh..??

3.00 p.m : Get ready nak beranak.. Rasa cam nak push terus je baby tp doc pulak tak sampai2 lg.. Huh, bengang gak memula tu.. Doc tak sangka saya akan deliver secepat itu..

Terdengar nurse call doc bgtau yg patient dah full bukaan and boleh bersalin bila-bila masa je.. Dan ada jugak dgr diorang nak standby doc ganti in case doc wanita yg saya booked tu tak sempat sampai.. Masa tu saya tak pikir ape dah, rasa nak push terus je.. 

Nurse siap cakap kat mak ngan hubby yang rambut baby dah nampak dah.. Means that yg mmg bukaan dah full la kan.. Masa tu rasa excited sgt nak push.

Yang paling saya ingat, saya pegang erat tangan hubby dan tgk dia tak berenti mulut terkumat kamit dan suruh saya terus berselawat ke atas nabi. Baju melayu yang dia pakai kuat saya tarik.

Suami : Mmg macam ni ye sakitnya nak bersalin..?
Nurse : Biasa la tu, jangan sampai terkoyak baju tu dah laaa..hehe..tu pun kira ok, Intan tak berbunyi pun suara dia.. Kalau orang lain lama dah terpekik sakit..

Dalam hati Alhamdulillah, diberi kekuatan oleh Allah..syukur.

Yang bestnye mak dan hubby ada same2 dalam labour room tu. Dua2 bagi semangat dan nurse juga sangat baik dan service mmg tiptop :-)

3.15 p.m : Doc dah sampai.. Ape lg diorang terus suruh saya push dan rasanya 2 kali push baby umar dah selamat dilahirkan.. Memula dgr doc ckp push lg dah nampak dahi baby then saya boleh pulak stop sbb takut nak ambik nafas, alasannya takut baby masuk balik..Semua orang tgk saya time tu..haha..Kelakar lak klau ingat. 

Doc : Intan, awak tahan nafas tu, push! teran!
Mak : Tan..anak tan nak kuar dah ni..

Suami saya stay sebelah saya je, dia awal2 lg cakap tak berani nak tgk saya bersalin...dia mabuk darah..huhu

Okay, sedar diri balik..push lg then kuar la Baby Boy :-)

♥ Umar Luqman ♥ Berat 2.95kg ♥ Panjang 52cm



Alhamdulillah, Allah permudahkan kelahiran Umar Luqman.. Saya tidak menanggung kesakitan yg lama dan bukaan jalan begitu cepat walaupun ini anak pertama. Saya juga tidak memerlukan jahitan yg banyak kerana sedikit sahaja luka. Alhamdulillah...

Sebaik Baby Umar dilahirkan, terus dia diletakkan di atas dada saya..tangisannye sangat comel time tu, Ya Allah..sungguh besar nikmat yang Kau kurniakan..

Hubby terus-terusan mengucup dahi saya..tangisan suami, ibu dan baby cukup membahagiakan ketika itu.. Sejurus selepas tu, abah pulak yang masuk dalam labour room dan menitiskan air mata kegembiraan. Semua orang macam tak percaya yang saya dah selamat melahirkan seorang anak..

5 tahun... Ye 5 tahun kami tunggu Umar Luqman dengan penuh sabar..


♥ TERIMA KASIH ALLAH..ALHAMDULILLAH ♥