Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Jan 1, 2014

2013 Highlights

Assalamualaikum...

GOOD BYE 2013... HELLO 2014...!!!

Thanx u and Alhamdulillah for all the good and bad memories and hope 2014 will be more exciting for us..Let's pray for the best. In Shaa Allah, ameen, ameen, ameen...Ya Rabb..

Okay, let start with our short trip to Jakarta and Bandung on Jan 2013.. Actually lebih kpd business trip kot sbb pegi ambik stock kain sulam pasang Indon dan jugak beberapa barang untuk kaum lelaki.. Hubby ambik stock jeans, belt dan jugak t-shirt untuk kengkawan dia. Hehehe..

Okay..selfie dalam cab :-)














Then on March 2013, we went to Bali for our Honeymoon Celebration. Alhamdulillah, i had so much fun and i love Bali soooo much ♥ ♥ ♥


Penghujung Mac 2013 jugak dapat good news..!! Bukan setakat good tapi rasanya berita yang paling ditunggu-tunggu sejak berkahwin.. I AM PREGNANT..!!

Believe it or not after 4 years of waiting patiently :-) Syukur Alhamdulillah...

Tapiiiii... diuji oleh ALLAH SWT lagi.. kandungan cuma mampu bertahan selama 7 minggu sahaja.. Sedih..? Memang sangat, teramat sedih.. Mujur Alhamdulillah saya cepat recover dari segi fizikal dan emosi. Million thanx to my family, husband and also my friends and colleagues yang banyak bagi semangat. 

May 2013 selepas 1 cycle period, disahkan hamil sekali lagi.. Syukur, syukur, syukur kerana Allah cepat ganti rezeki yang 1 ini..
Scan masa 12 weeks
4D Scan masa 25 weeks, saje kasi blur sket..hehe
Me at 23 weeks
nampak la sket baby bump yerk wpun dah 5 bulan lebeh..haha
30 weeks, sedikit chubby di situ..ngeh3..
Latest pic time picnic cuti krismas haritu at 35 weeks
NOW I am 35 weeks.. In Shaa Allah permata hati kami akan lahir pada penghujung tahun ini.. Semoga dipermudahkanNya...

August 2013 dapat anak sedara baby girl, Nur Damia Syafinaz..The cutest baby girl i ever met..hehehe..


Okay, nilah serba sedikit coretan diari kehidupan ku bagi tahun 2013.. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu rahmat dan keberkatan dalam diri dan hidup kita semua.. Terus berdoa agar Allah permudahkan urusan kita.. In Shaa Allah :-)

Dec 12, 2013

Kedudukan baby songsang..?

Kandungan dah masuk 32 minggu, syukur tak terhingga sebab berjaya sampai tahap ni dengan kesihatan saya dan baby yang Alhamdulillah ok melainkan rasa penat yang kebanyakkan para ibu hamil akan lalui benda yang sama.

Last scan kat Hospital Pakar Perdana on 9 Dis 2013 membuatkan saya sedikit risau. My baby is in breech position..!! Huhu, before this kalau scan kepala baby mmg menghala ke bawah start from week 19 lagi.. Tup2 dah masuk 32 minggu ni boleh pulak baby pusing kepala ke atas. Doctor bagi masa 3 minggu untuk tengok balik kedudukan baby.. Dup dap dup dap, risau sangat..harap2 baby pusing balik ye sayang..In Shaa Allah ruang yang ada still cukup untuk baby comel ni pusing balik..


Air ketuban, uri dan baby Alhamdulillah ok. Baby skrg dah 2 kg.

Tak tahu la kedudukan baby comel skrg yg mana 1
atau pun melintang macam ni :-(
Doctor pun ada bagitau yg kebiasaannya baby akan pusing balik tapi biasala dalam hati ni asyik pikir bukan2 je, lagi2 ni first time kan, mcm2 la bermain kat kepala ni.. Sekarang ni tengah cuba relax kan diri dan minda, banyak doa dengan Allah, banyak search kat google dan yakin baby akan pusing balik. In Shaa Allah...
Ni contoh doctor yg berpengalaman pusing kedudukan baby dalam rahim.
Doctor ada pesan tak perlu jumpa bidan untuk betulkan kedudukan bayi sebab takut ada effect lain pulak, ye lah bidan mmg mampu untuk betulkan tapi takut ada kebarangkalian tali pusat terbelit or sebagainya. So, to be safe tak perlu la kot. Ingat next week memang nak panggil bidan untuk urut2 bahagian paha dan betis yang lenguh2 ni tapi takut pulak dia cek baby then nak betulkan..huhuhu..

Takpe..relax..relax Intan..sekarang bagi masa untuk baby pusing dengan sendiri, doa banyak2 dan buat exercise cam sujud lama-lama sikit dalam solat tu..

Macam ni..hehehe..


Ape2 pun berserah dan yakin pada Allah.. Semoga Allah permudahkan, ameen3 ya rabb..

Nov 27, 2013

Solat Hajat...bila dah masuk 30 minggu

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah Majlis Solat Hajat sempena kandunganku yang dah masuk 30 minggu (7 bulan setengah) selamat diadakan pada Jumaat lepas 22 Nov 2013.

Majlis serba sederhana bermula sejurus selesai Solat Jumaat dihadiri lebih kurang 30 orang jemaah surau dan beberapa orang ahli keluarga terdekat.   

Alhamdulillah penuh jugak satu ruang tamu para jemaah solat hajat 
Simple menu untuk para hadirin
Singgang daging, ayam masak merah, daging kerutuk, acar timun,
ikan kering, sambal, kueh ambong dan cream puff
Suamiku :-)
Look at me..tembam..bam..bam..!!
Keesokan harinya, mak panggil bidan untuk tengok2 kan kedudukan perut saya. Bidan tu kitorang panggil Moksu. Dia pegang2 je perut saya dan urut bahagian paha, betis dan juga pinggul. Menurutnya urutan tu untuk melembutkan urat2 lagi pulak ni merupakan anak pertama saya. Kebetulan malam sebelum tu betis saya cramp, so mmg best moksu tu urut tapi sakit tak yah cakap la sebab katanya urat sedang membengkak. Moksu guna minyak kelapa dara yang saya beli set bersalin Tanamera haritu untuk mengurut, best sgt bau dan rase lembut je kulit.. Hehehe..

First time moksu tgk perut saya, dia dah tau baby boy or girl.. Tekaannya same cam doctor cakap, In Shaa Allah :-) Tapi yang tak best, katanya kedudukan baby agak ke bawah sedikit dan maybe saya bersalin awal 2 @ 3 minggu dari due date.. Yang lain-lain sume ok, kepala baby mmg dah menghala ke bawah, Alhamdulillah...

Apapun, saya dan suami berharap agar semuanya dipermudahkan Allah. Makin lama makin berdebar pulak, nak2 lately baby super aktif sampaikan henyot2 perut dan kadang2 rasa sakit. Saya pun confius antara tendangan atau baby mengeras sbb lain macam je bila dah masuk minggu ke-30 ni..huhu.. Doakan saya dan kandungan selamat ye...

Nov 14, 2013

Preparation setakat 7 bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kesihatan dah makin ok, last week selsema dan sakit tekak. Walaupun tak serius tapi cukup buat kite tak selesa, dapat MC sehari. Boleh rest2 relax kat umah dan nasib baik 2 minggu ni Kelantan ada banyak cuti termasuk cuti am, cuti peristiwa dan cuti perayaan :-)

Kandungan sekarang Alhamdulillah dah 7 bulan. Serious cepat sgt saya rasa..tinggal lebih kurang 2 bulan lagi lahirlah cahaya mata yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama, In Shaa Allah dan semoga semua berjalan lancar.

Barang baby 90% dah ready, sume keperluan basic dah beli cuma tinggal pampers (duk tgh survey brand ape plg elok utk newborn) dan jugak baby crib / playpen. Tapi crib ni rasanya nak beli after deliver sbb awal2 tdo ngan baby, senang nak breastfeed. Stroller and baby rocker pulak mmg nak beli after deliver sebab awal2 ni mmg tak jenjalan kemana pun, so stroller bukan satu kemestian masa dlm pantang..begitu juga baby rocker. Walker pulak tak masuk dalam list sebab ramai ckp tak elok guna walker utk tumbesaran baby. Actually terpulang kepada ibubapa jugak kan :-)

Haaa kau..dah siap2 letak dalam almari gitu..
Actually, tu gambar masa belum basuh lagi baju2 baby tu.. Semalam dah setel basuh sume baju, seluar, rompers, mitten and booties, towel, bedung dan barut baby :-)

Ni plak serba sedikit keperluan baby..
Ni ada senarai untuk newborn setelah ambik panduan dan rujukan dari magazine dan juga blog-blog berkaitan. Rase cam dah cukup kot, sebab ramai pesan baby cepat besar..kalau baju tu tak perlu beli byk utk newborn. Ni pun saya beli yang newborn dan jugak size 3-6 months sebab depends on brand jugak. Sesetengah brand tu utk newborn pun mcm dah besar :-)

Checklist keperluan for our newborn :
  • Baju lengan panjang  ~ 10 helai 
  • Baju lengan pendek ~ 3 helai
  • Seluar panjang ~ 11 helai
  • Seluar pendek ~ 2 helai
  • Rompers ~ 2 helai
  • Baby Tights ~ 2 helai
  • Mitten + Booties ~ 9 pasang
  • Topi ~ 3
  • Barut ~ 8
  • Bib ~ 2
  • Towel ~ 2 helai
  • Towel muka kecik ~ 5 helai
  • Kain Bedung ~ 5 helai
  • Wet Tissue
  • Nail Clipper
  • Berus botol susu
  • Botol susu
  • Brush + hair comb
  • Nasal aspirator + Ear syringe set
  • Toiletries (set mandian beli yg travel set sbb takut kulit baby tak sesuai)
  • Beg baby
  • Krim ruam lampin 
  • Nappy Liner
  • Pampers / Diapers 
  • Baby Cot 
  • Baby bottle drying rack (optional)
  • Cecair pencuci pakaian baby (optional)
Botol susu standby beli yang kecik punye cukup utk 5 oz.
In case klau baby tanak breastfeed or susu tak kuar.
Beli brand Tommee Tippee sbb ramai mommy ckp ok disebabkan putingnya seakan-akan puting ori ibu.
Me in 6 months ++ preggy, perut sgt kecik hokey :-)
Suami yg excited pilih baju utk baby, hehe..
Jamu mata dan survey playpen / crib utk baby
Checklist untuk ibu selepas bersalin / dalam pantang :
  • Set bersalin ~ ( √ ) Beli Set Bersalin Tanamera, baca testimony ramai yg suggest dan ckp set ni elok as my previous entry Klik Sini
  • Breast pump ~ ( √ ) try guna yang kakak je dulu ok ke tak
  • Kain batik / sarung ~ ( √ ) amik yang mak punye jer 
  • Tungku ~  ( √ ) dah ada 2 yg turun temurun
  • Maternity pad ~ ( √ ) 
  • Nursing pad ~ ( √ ) 
  • Disposable underwear ~ ( √ ) kat hospital nanti guna yg disposable je senang
  • Beg hospital ~ ( √ ) 
  • Nursing bra  ~ ( √ ) 
  • Baju blouse (butang depan) ~ senang nak breastfeed  ~ ( √ ) 
  • Stoking  ~ ( √ ) 
  • Minyak urut / panas  ~ ( √ ) 
  • Toiletries + penjagaan diri di hospital  ~ ( √ ) 
* last updated 16 Jan 2014 at 37 weeks *

Agak cepat jugak settle kan barang baby dan diri sendiri sebab sekarang masih larat nak jenjalan shopping walaupun kekadang mmg rasa mengah dan penat berdiri lame2.. dan jugak sementara hubby masih tak naik job. Yelah tu, padahal diri sendirik yg excited...hehe.. nurse pun ade pesan kena prepare awal2 jugak in case terbersalin awal ke, tak ke naya..huhu.. tapi harap2 baby kuar bila cukup waktu la ye... In Shaa Allah :-)

Oct 28, 2013

Tanamera PostNatal Care Set

Uiksss..over ke..? 

Rase cam over plak sbb dah beli Set Bersalin.. Hekhek, padahal baru 6 bulan 2 minggu..Poyo nye raseee..

Dah sampai pun :-)
Huhu..sebenarnya memang takde niat pun nak beli lagi set-set bersalin ni.. Tapi haritu ada TERRRpandang satu iklan kat fb pasal Set Bersalin Tanamera ni..

Tengok dan baca testimony mcm best je lagipun ada limited time promo. Harga asal RM360, promo jadi RM330. Klau ikutkan takde la byk sgt less tp entahla dah jatuh cinta kot dgn testimony yang di buat, esp kelebihan VCO dia tu.

Menurut pengguna, penggunaan VCO Tanamera ni dapat mengelakkan koyakan ketika bersalin atau sesetengah tu koyakan yang minima sahaja. Kalau ditakdirkan kena caeser tu nak buat camne kan tp harap2 dpt bersalin normal. In Shaa Allah.. Ape lagi, bgtau kat hubby then dapat green light so ON je lah..
Consists of 11 items
Set Bersalin ni termasuklah :
1. Virgin Coconut Oil (VCO)
2. Brown Formulation Body Soap
3. Boreh Body Scrub
4. Herbal Bath
5. Herbal Massage Oil
6. Feminine Herbal Wash
7. Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
8. Firming Paste (Tapel)
9. Herbal Tea
10. Bengkung
11. Lavender Floral Water

Sebelum bersalin pun ibu hamil boleh gunakan 4 items seperti Herbal Massage Oil (utk urut bahagian2 yg lenguh esp betis dan pinggang), Brown Formulation Body Soap (sabun ni boleh digunakan untuk mengurangkan / menghilangkan kesan gelap kat celah2 badan ni, paham2 la kat mane yek dan jugak boleh hilangkan sel2 kulit mati sebab sabun ni ala2 scrub). Ibu hamil jugak boleh menggunakan VCO bermula minggu ke-30 kehamilan. VCO ni boleh sapu dekat bahagian 'perenium' (sila gugel utk info lanjut, hehe) agar bahagian tu lembut dan mudah terbuka sepenuhnya ketika proses bersalin. Then bermula minggu ke-37, para ibu boleh mula minum VCO tu hingga saat melahirkan. Dan satu lagi Lavender Floral Water kiranya mcm facial mist la.. Sembur kat muka untuk mendapatkan kesegaran segera..! 

Actually 11 items tu termasuk bengkung jugak tapi saya exchange bengkung dengan VCO. So, saya dapat 2 botol VCO..hehe, bengkung nanti nak pakai yang Premium Beautiful tu je, siap dgn Infra-Red lagi kan..

Nanti kandungan dah masuk 8 bulan, ingat nak beli set bersalin khas untuk kesihatan dalaman pulak macam kapsul2 untuk pulihkan dalaman sebab roughly Set Bersalin Tanamera ni lebih kepada kesihatan fizikal atau luaran je. Sape2 ada pengalaman atau nak suggest mana yang bagus boleh la share :-)

Oct 23, 2013

Kisah mild anemia dan minum air gula

Mild Anemia atau anemia ringan biasa terjadi di kalangan ibu hamil. Sepertimana yang saya alami sekarang, setiap kali checkup kat Klinik Kesihatan (KK) paras hb saya semakin menurun, lagi2 dah masuk Trimester kedua ni... 1st checkup masa 6 weeks Hb 11.9, latest checkup masa 25 weeks Hb 9.4. Huhu, walaupun dalam kategori anemia ringan tapi doctor dan nurse kat KK Kota Bharu ni pandang permasalahan ni agak serius :-)

Berikut antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah kekurangan zat besi (saya ambil info dr google) :
  • Lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.
  • Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut.
  • Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan darah ketika hamil).
  • Lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin.
* Mintak2 dijauhkan lah dari komplikasi di atas *

Doctor dan nurse sarankan agar makan makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Vitamin dan pemakanan yang saya dah amalkan adalah :
  • Jus Delima Gulsan
  • Iberet Folic 500
  • Makan hati lembu, daging merah, jambu batu.. Tembikai + kerang + kekacang pulak jarang2 saya makan.
  • Madu + Kurma (setiap pagi)

Punnnn paras hb saya tak stabil, turun naik dan tak sampai paras normal iaitu 11. Padahal saya dah amik Iberet Folic 500 yang mmg dah tinggi dosage dia.. Hehe, andaian saya adalah sebab saya amik caffeine kot.. TAPI.. bukan lah everyday tau, selang sehari saya akan minum nescafe atau tea pada sebelah pagi waktu breakfast. Hehe.. tp dah selang 2,3 jam baru saya makan vitamin and rasanya takde kaitan kan, still vitamin tu boleh diserap sebaik mungkin sebab dah ada gap masa :-)

Akibatnya, last checkup masa 25 weeks (21/10/13) saya kena ambik 3 botol darah sebab doc nak check takut ada masalah lain. Rasa nak pengsan hokehhh..!! Dah la kena suntikan kancing gigi kat bahu on the same day, mmg tak prepare mental and fizikal kena inject dan amik darah sebanyak tu time tu.. Mau saya tak gabra, dan2 pening and nak pitam.. Saya mmg sangat takut dengan JARUM..!! 

Seminggu sebelum tu 14/10/13 saya diwajibkan untuk minum air gula disebabkan faktor umur kot walaupun berat badan tak naik mendadak dan tiada sejarah kencing manis dikalangan ahli keluarga. Kesan amik darah dikedua-dua lengan masih lagi berbekas lebam kebiruan sebab haritu nurse tak jumpe cari uratku..Huhuhu.. Seminggu kemudian kena lagi cucuk utk amik 3 botol darah, lengan ni macam kena gigit dracula dah kot.. Hurmmmm... sabar je lah, duk pujuk hati demi si kecik tersayang dalam rahim ni :-)

Haaa...lupelak, masa jumpa doc haritu dia ada suggest saya makan Shaklee sebab dia pun agent Shaklee.. hehe, tp dia jual yg trial pack utk patient dia try. Dia bungkus pack kecik2 cukup utk 2 minggu. Doc tu bagi saya VITALEA dan B-Complex (RM35 both). Saya pun try je lah, kot2 makan Shaklee ni paras hb naik :-)



Papepun, next appointment lagi 2 weeks dan harapannya result sume ok dan paras hb will be back to normal, In Shaa Allah..

Sep 30, 2013

Craving for SCONES

Alahai..nape la semenjak 2 menjak ni teringin sangat nak makan scones.. 

Mengidam plak scones yang kat Cameron Highland tu okeyyy, taruk jem strawberry yang fresh gituuu.. Makan plak panas-panas di dalam kedinginan udara Cameron... Arghhh tak tahan.. (over..!!)


Nak pegi Cameron sekarang mmg tak la jawabnye sebab SAY NO TO TRAVEL kan, jarak KB ke Cameron memakan masa lebih kurang 4 jam stgah.. agak jauh dengan condition saya sekarang ni, plus jalan yang berbukit-bukau and bersimpang siur..huhu..

Pagi td try suggest kat hubby, walaupun dalam hati mmg dah agak dia takan setuju punye..haha.. Dia tak menghalang cuma ayat dalam whatsApp dia tu memberikan seribu satu makna "try la tanya mak", "jauh jugak tu", "tak yah amik risiko la"... Hehe, dalam kelembutannye penuh makna dan saya cukup paham.. Last2 dia suggest nak bawak saya stay kat Tok Aman Bali Beach Resort je, paling jauh saya boleh pegi adalah kat situ, lebih kurang 40km from KB, ahaaaiii... Agaknye kesian kot sebab saya masih tak paham bahasa nak jugak jenjalan, walaupun aktiviti cuti-cuti cinta kami terpaksa dihentikan sejurus sahaja saya disahkan hamil. Mak pun pernah perli yang dah 4 tahun asyik honeymoon je, cukup la tu, haha..


Berbalik pada cerita SCONES itu, kat KB ni takde lagi kot yang jual scones. Last sekali saya makan di Sweet Chat kat Setia City Mall, heavennnnye time tu dpt menikmati scones..! Tu pun last year la..

Tengahari td dah google resepi dan duk belek2 takde la susah sgt, hehe..tak tau la jadi ke tak.. Try je lah buat, mane tau sedap dari kat Cameron Highland tu kan..! En. suami jugak nak try buat dan katenye beli je cream puff and taruk inti jem strawbery, boleh gituuu..?? (buat lawak la pulak) 

Okeyh, nanti dah try buat kite story kat sini ye..jadi ke tak jadi.. SCONES oh SCONES...

Sep 22, 2013

Tiket burn lagi ke...??

Salam sayang semua..

Tension, tension, tension den...
Mane tidaknye, on 28 Sept suppose ke Kota Kinabalu (KK) ngan mak abah, kakak-kakakku dan anak sedara..
Tapi dalam dilema la pulak kan, nak pegi ke tanak pegi, boleh pegi ke tak boleh...???

Klau tanya tuan empunye badan, mmg la nak pegi.. tiket booked awal Januari lagi tau..
Time tu promo RM55 sehala utk sorang ke KK, so dgn tamak halobanya dah booked untuk 8 adults dan 2 kids..
Cilok dr Google.. Ya Allah, I love the view
Memang la kan booked tiket awal-awal ni ade baik buruknye, yg baik dpt rege murah sket then yg tak best silap2 haribulan burn..hehe, akhir tahun lepas dah burn tiket ke Jakarta sebab time tu rasenye hubby kena naik job, melayang la jugak dekat RM700 lebih plus tiket KL -Jakarta, KL-KB sumenye 2 hala :-)

Kali ni nampak gayanya camtu lah, burn lagi skali..huhu, sedih bukan ape sbb mmg suke sgt travel ngan family ni.. Mak dah lama teringin ke KK, hurmmm takpelah nasib baik kakak2ku ade leh bwk mak abah jenjalan sana..

Sebab musabab saya confius nak pegi ke tak atau dengan lebih tepat lagi BOLEH pegi ke TAK BOLEH adalah kerana i'm pregnant..! It sounds like errr so what..? Memang secara umumnya takde masalah ibu mengandung naik flight kan, tapi for certain case like me, naik flight boleh menimbulkan komplikasi walaupun saya rasa saya sekarang berada di dalam fasa paling selamat iaitu di dalam Trimester Kedua.

Being pregnant again for the second time membuatkan saya satu family sangat berjaga-jaga dalam segala aspek. Mane tidaknya, keguguran pada akhir Mac lalu ramai yang membuat andaian bahawa saya keguguran disebabkan saya naik flight ketika ke Bali pertengahan Mac lalu..! Susah nak terangkan pada semua pihak, klau ikutkan waktu penerbangan tersebut, saya belum lagi hamil.. Ketika tu saya baru 3 minggu lepas period.. Saya cuma beranggapan tiada rezeki kami dan doctor sendiri mengesahkan mmg baby tak develop start from early stage. Lagipun ramai yang naik flight waktu early pregnancy tp ok je, kwn sy sendiri ada ke Korea dan beliau sendiri tak sedar yang dia sedang hamil waktu tu (maybe dlm 5-6 weeks pregnancy) dan kandungan selamat, kini telah 7 bulan hamil :-) Yelah, rezeki masing-masing kan..

My 21 weeks pregnancy, Alhamdulillah
Jadi untuk ke KK walaupun saya rasa saya cukup fit dan kandungan telah kuat namun ramai yang menasihatkan agar tidak menaiki pesawat, huhuhu.. Saya rasa saya ok je sebab ke KK takde la lama sangat, makan masa lbh kurang 2 jam setengah je.. Demi memuaskan hati semua pihak dan demi kandungan tersayang ini juga saya membuat keputusan utk tidak ikut serta family trip kali ni (walaupun dlm hati saya nak sangattttt pegiiiii...)

In Shaa Allah kalau ade rezeki lagi pada masa2 akan datang, boleh pegi lagi.. In Shaa Allah boleh bawak baby sekali kan.. (tengah pujuk hati lettewww, hehehe) Papepun kesihatan diri dan baby paling penting buat masa sekarang, tabahlah wahai hati..nak2 pulak tengok mak abah baek punye packing beg nak ke sana, huwaaaaa...

Sep 8, 2013

19 weeks, Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah hari ahad nan indah.. kat Kelantan hari ni keje, kengkawan yang lain mst best cuti weekend ngan family and hubby masing2 kan.. Bulan Syawal dah abis dah, so open house pun rasenye dah takde kot. Kat office last day hari khamis hari tu, grand jugak la dgn kehadiran tetamu VVIP dan ada live band :-) 

Mengenai progress kehamilan pula, Alhamdulillah sume berjalan lancar setakat ni. Kandungan dah masuk 19 minggu, dah nak masuk 5 bulan pun, syukur...
19 weeks of pregnancy
Selera makan saya bertambah dan setakat ni berat badan saya dah bertambah 2.5kg lebih kurang. Tak tau la normal ke tak, hehe takpelah yg penting takde pape masalah dan setiap kali scan, size baby mst lebih dr sepatutnya.. Contoh last scan semalam 7 Sept at 19 weeks tp size baby dah mcm 20 weeks 3 days, doctor ckp baby agak besar dah 330gram. Suppose baru 200 gram ++ 

Tu pun sy ada skip amik vitamin sbb time breakfast sy gemar minum minuman berkafein, so kena jarakkan masa time nak mkn vitamin sebab takut kurang berkesan plak. Tapi klau dah time tengahari mmg saya akan lupe terus nak mkn, hehe tu yg adakalanya ter'skip' mkn vitamin :-) Susu pun mmg langsung saya tak minum, rasanya bulan2 pertama je mnum susu tu pun on off.. Huhu tp baby Alhamdulillah membesar dgn jayanya. Doc nak scan plak next month dan harap takde la baby terlebih laju dr progress sebab takut gak ada effect kemudian hari. Tapi perut maintain kecik lg, still bleh pakai baju kurung pegi keje cuma dah takleh pasang cangkuk, haha..kene zip je lah ye :-)

My all time favourite, arghhh tak ley tahan..!!
Monthly checkup kat KKIA plak so far ok la cuma HB sy turun dari 11.9 ke 10.7.  Takde la byk kan, tu pun sbb sy stop amik iron tablet masa puasa haritu disebabkan sembelit. Then skrg dah continuos makan. Nurse kata ok lg sebab baru sekali turun bwh 11 tp doc dah refer saya jumpa dietician..!! Huhu..macam kes berat je kan..dah la masa dia set tarikh utk jumpa dietician tu dia refer HB sy yang lama, kirenye result 2 minggu sblm tu, bg saya ianya tak relevant langsung..!!

Apapun sy tetap bersyukur kerana setakat ni Allah permudahkan kehamilan saya. Saya dan suami tak putus2 berdoa agar kehamilan kali ni selamat hingga akhirnya dan dipermudahkan. In Shaa Allah...

Jul 14, 2013

Entry 1st di bulan Ramadhan, Ngeh3...

Dah masuk 5 Ramadhan, satu entry pun blum buat lg.. Asyik duk baca entry blogger yang update pasal makan2 dan menu berbuka yang sumenye best2 dan mabelessss...

Tengok menu rasa cam sume nak try.. salin resepi tu takyah cakap le cuma buat tu belum lagi..hehe.. Klau sebelum pose pun mmg rajin mengoogle resepi, ni kan pulak bulan pose kan, sume nampak sedap je..

Hari keje sorry to say la sbb mmg tak sempat nak masak, kuar office dah kul 5, sampai umah dah hampir pkul 6. Secara automatisnye mmg aku sempat buat air je lah..hehe, nasib baik stay ngan parents.. Jadi sume menu berat2 mak yang sediakan, paling tidak pun aku akan tolong goreng2 and prepare juadah utk berbuka je lah..

Weekend ok la sbb boleh berkarya la sket buat menu untuk berbuka esp bab kuih-muih.. Menu Iftar pun masih belum keudara di blog aku ni, hahaha..takde yg special utk dipertontonkan.. Lagipun sapelah nak tgk kan.. Tak kesah la yg penting kite buat ape yg kite suke kan :-)


Dan tak lupe juga Syukur Alhamdulillah sebab masih diberi kekuatan untuk berpuasa penuh sebab si kecik ni langsung tak meragam.. and now dah masuk 11 minggu (syukur, syukur, syukur). Walaupun makan dlm kuantiti yg kecil sewaktu berbuka dan sahur tp Alhamdulillah masih boleh bertahan. Cuma keletihan tetap terasa dan risau tetap ada memikirkan takut si kecik ni tak dapat nutrien yang mencukupi. Harap2 sume ok dan dipermudahkan Allah. In Shaa Allah...
Kehamilan 11 Minggu
Okey, berbalik kepada menu berbuka, hari ni rasa cam nak makan nasi ayam.. Dah call mak td and request nasi ayam for today :-) klau smpat kite buat entry lagi yek.. Assalamualaikum...

Jul 7, 2013

Ramadhan dan Kehamilan

Assalamualaikum wbr...

Cepat betul masa berlalu kan, dah pun masuk Julai then tak lama dah nak puasa.  Duk kira2 ni lagi 2 hari Ramadhan akan menjenguk kita...

Harapannye aku dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Sekarang ni plak kesihatan tak berapa baik, dgn letih dan penat yang amat sangat even tak buat keje ape pun. Selera makan yang makin berkurangan ditambah pula dengan lenguh2 pinggang.

Tapi aku tetap bersyukur kerana alahan aku tak la kuat sangat berbanding orang lain. Sekarang Alhamdulillah dah masuk 10 minggu dan aku langsung tak pernah muntah cuma mual2 menjelang waktu petang. Sebelah pagi plak aku takde rasa papepun, so aku mmg tak merasa mcmana 'morning sick'. Harapannya agar kesihatan aku bertambah baik bila masuk Trimester Kedua nanti. In Shaa Allah...


Semalam pulak perut meragam, rasanya aku makan biase2 je. Perut memulas dan sakit sangat sampai rasa nak muntah. Kesakitan tu seolah-olah keracunan makanan, ntah la maybe perut masuk angin kot. Pagi ni kat ofis pun rasa pedih ulu hati. Dan melalui pembacaan aku, mmg wanita hamil akan rasa kerap pedih ulu hati bila masuk Trimester Kedua sebab rahim makin membesar dan menekan organ2 dalaman tubuh.

Kehamilan 10 minggu :-)
Papepun aku berharap sangat agar dapat mengerjakan puasa dengan sebaik mungkin dan dapat buat amal-ibadat se'maksima' mungkin. Rindu sangat dengan bulan Ramadhan kan..? Rasa tak sabar nak bertarawikh di malam hari dan paling best time nak berbuka..hehe.. 

Kepada sahabat alam maya ini dan juga yg mengenali diri ni, aku ingin memohon kemaafan seandainya ada terkasar bahasa atau pape post yang kurang menyenangkan hati kalian. Aku doakan agar Ramadhan yang akan tiba ni membawa seribu makna dan kebaikan buat diri kita. Sama-sama kita manfaatkan :-)


Jun 23, 2013

Kun FaYa Kun

Assalamualaikum wbr...

Sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana, namun aku sedar entry ini harus ada di dalam blog ni, blog mengenai journal hidup aku.

Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberiku sekali lagi peluang untuk merasai nikmat untuk dapat 'Double Line' atau dengan lebih tepat lagi hamil buat kali kedua.

Sebelum itu aku berharap rakan2 TTC yang sama2 berjuang sebelum ini tidak menyalah-erti entry pada kali ini, bukan niat untuk berbangga apatah lagi mengguris perasaan kalian. Rezeki masing2 telah ditentukan Allah SWT, cuma masa kalian belum tiba lagi...who knows esok or lusa kan :-)


Memang sangat2 tidak menyangka rezeki datang begitu cepat setelah keguguran akhir Mac lalu.  Manakan tidak, aku dan suami pernah menunggu selama 4 tahun untuk disahkan hamil buat pertama kali pada 15 Mac 2013 lalu.

Keguguran pada 30 Mac 2013 merupakan detik yang tak mungkin dilupakan, kehilangan kandungan yang pada masa tu berusia lebih kurang 7 minggu cukup menyedihkan bagi kami sekeluarga. Namun Alhamdulillah aku cepat pulih dari segi emosi dan fizikal. Aku berpantang selama sebulan lebih dan sempat 1 cycle period pada 26 April 2013.

Pada 21 Mei 2013, tetiba kuar spotting. Time tu terdetik adakah ini 'Implantation Bleeding' sebab ianya berlaku 2 hari sebelum tarikh jangka period. Balik keje terus beli UPT dan cek mmg naik double line tapi masih samar2. Terus bgtau hubby tapi dalam hati seakan tak percaya sebab baru sempat sekali period after miscarriage. Namun semua kuasa Allah, Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Then pegi refer doctor and confirm pregnant, aku amik early step on pregnancy. Doctor bekalkan Duphaston dan aku juga kena ambik injection kuatkan rahim once a week sebab ada sejarah gugur and spotting.

Now baru masuk 8 weeks, aku dan suami sedar perjalanan kami masih jauh. Walaupun happy dengan kehamilan kali ini namun perasaan aku more to berjaga-jaga memandangkan aku risau sejarah mungkin berulang. Selain follow nasihat doctor, aku dan suami juga tak putus2 berdoa agar kandungan kali ini selamat dan rezeki memihak kepada kami. In Shaa Allah..



Kepada rakan2 seperjuangan, teruskan berusaha.. Daku sentiasa mendoakan agar kita semua diberi peluang menjadi seorang ibu dan percayalah percaturan Allah adalah sebaik-baiknya.

Lots of luv, Intan :-)

Apr 15, 2013

Al-Kisah Happy, Sedih dan Redha

Assalamualaikum buat semua...

Entry kali ini agak panjang sebab lately banyak sangat pahit manis yang terjadi ke atas diri ini.. Permulaan yang sangat baik bagi kami, disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan yang bercampur-baur.. happy + excited + teruja, semua dalam 1 package. 

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Pun kami suami isteri bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami peluang yang begitu lama kami nantikan, begitu juga pasangan suami isteri yang lain iaitu ingin mempunyai zuriat sendiri.

15 Mac 2013 merupakan tarikh yg tak mungkin aku lupakan, tambahan pula Wedding Anniversary aku yg ke-4 jatuh pd 14 Mac. Suppose aku period on 11 Mac tp tunggu dulu takut delay 2, 3 hari namun masuk hari ke-4, hati dan fikiran mula menimbulkan tanda tanya.
On 15 Mac buat urine test dan kuar DOUBLE LINE...!! Tapi sangat blur.. Ya Allah, rasa cam mimpi je, dah lama sangat tunggu nak tengok double line.. tapi aku masih was2 sbb mcm tak percaya.


Time tu maghrib, hubby balik masjid tunjuk kat dia result, dia mcm sedikit blur sbb tak phm kot..haha..aku explain yang double line maksudnya aku pegnen.. :-)
Kami hepy tp still nak pegi klinik jugak, nak betul2 confirm. Kat mak abah pun still rahsiakan lagi.

16 Mac = Refer gynae yg slalu rawat aku tu. Pelik sbb dia tak buat urine test, dia terus scan perut aku dan ckp 50/50 sbb tak nampak apa dlm rahim aku..hurmmmm..pd pndapat aku mmg la sbb maybe terlalu awal, aku cuma nak confirm btul ke aku ni pregnant, tu je..

Kami diminta datang balik next week (23 Mac) makkk aiihhh lame bebenor aku rasa nak tngu minggu dpn.. Balik rumah, lagi skali buat urine test..result positive tp still blur.


19 Mac = Hubby naik job, but aku akan selalu inform dia apa2 news.

21 Mac = Ketidaksabaran semakin membuak-buak..buat lagi skali urine test dan Alhamdulillah, zassss cepat je naik double line dan kali ni sangat clear :-)



23 Mac = Sepertimana appointment, aku jumpa gynae tu. Lagi skali dia scan perut dan juga ikut bawah (TVS) pun tak nampak cume ada dot dot hitam tp sgt la kecik..hishhh..and still doc tak buat urine test..aku kena pegi lagi next week.. Aku macam...Oooo WTH tanak buat urine, asyik nak scan je..!! Aku just nak confirmation je at least dpt la amik early preparation on pregnancy.


Tidak puas hati..!! Mlm tu aku pegi lagi ke Klinik lain..kiranya ni klinik biasa, bukan klinik pakar yg aku refer sbelum ni.. Sonang citer je, xde byk songeh..ckp kat dia dah delay period and dia suh wat urine test. And the result is POSITIVE :-) Mak aku ape lagi, menangis air mata gembira, Alhamdulillah.

26 Mac = Kat ofis jam lbh kurang 11 pg aku ke toilet dan ada kesan coklat gelap di panty liner.. Tekejut, takut dan risau sume ada.. Tghari aku balik rumah, kira halfday sbb aku nak rehat. Aku dah agak yg aku mst kena bedrest. Lain org lain caranye, aku mst tergolong dalam org yg perut lokek (sume ni andaian sendiri, byk surf tenet dan pengalaman org2 terdahulu dr aku)

Malam terus jumpa gynae aku tu. Dia scan lagi skali and this time baru nampak janin dlm rahim aku.. Syukur Alhamdulillah tapi dia sgt kecik, Doc estimate dlm 5 weeks tp klau ikut calculation from period dah 6 weeks ++. Biaselah doc kira tgk size janin tu. Dia ckp bleeding tu normal dan dia bagi aku Duphaston utk kuatkan rahim dan Vitamin Prenavit.


27 Mac = Aku MC sbb rasa tak selesa dan sedikit lemah. Darah still kuar dan semakin banyak. Malam  aku ke klinik lagi. Boleh dikatakan everyday aku gi klinik. Huhu.. Doc terus scan (yg ke brapa kali ntah) dan dgr jawapan dia sgt menyedihkan. Dia boleh cakap aku period sbb darah byk dlm rahim..Omaaaiiii..!! Baru last nite ckp aku PREGNANT hokehhh.. Aku rasa dia silap..tak pule dia ckp aku gugur tp PERIOD..?? Then terus bagi aku Clomid sbb nak bg subur balik.. Serious aku mmg pening gilerrr ngan gynae tu.. Betul2 Pakar kah dia..?? 

Balik je klinik perut aku sakit sgt..memulas dan sakit di ari2.. Tuhan je tahu kesakitan aku time tu.. darah still kuar tp this time mcm darah period tapi takde la byk sgt. Takleh tdo malam tu sbb sgt2 sakit. Bgtau hubby aku kat atas kapal nun jauh di Jakarta. Kesian plak dia sbb nak turun kapal sbb emergency. Nasib baik la job tu tak jauh sgt dari darat, so dapat la dia turun and amik flight terus ke KL then KB. Aku plak cuma bertahan dgn makan Panadol Actifast, Alhamdulillah makan 2 bijik je dan sakit mmg hilang.

29 Mac = Ke Klinik Komuniti (mmg tak refer dah ngan gynae aku yg sebelum ni tu, huh..!!) Story kat dia serba-sedikit dan dia scan. Tuhan Maha Kaya, elok2 je baby dalam kantung dia..dan aku dah boleh nampak dgn mata sendiri heart beat dia..Doc ckp 7 weeks ++ (camane la gynae aku yg sblm ni ckp aku peyed eh, hurmmm) But aku still bleeding, keluar mcm fresh blood. Tapi aku tau it must be something wrong sbb non stop bleeding and Doc jugak ckp skrg dalam peringkat Threatened Abortion. Chances 50/50.

30 Mac = Ke Perdana Specialist Hospital sbb hubby nak aku dapatkan penjagaan yg paling rapi memandangkan aku still bleeding dan sakit perut menyerang lagi. Jumpa gynae Dr Zana dan dia scan aku..Blood clogs dah makin banyak dan sakit makin memuncak. Berita yg tanak kami dengar namun kami terpaksa akur. Janin dah keluar dari kantungnya dan dia dah tak boleh survive. Aku dah MISCARRIAGE..!! Ya Allah, sekali lagi dugaan yg perlu kami tempuhi. 4 tahun menunggu dgn penuh sabar namun Allah telah atur yang terbaik buat aku dan suami. Aku redha walaupun pada mulanya sedikit emosi. Mujur suami dan mak aku byk menenangkan aku.


Tengahari tu jugak aku kena buat D&C. Doc kena cuci sbb janin tanak kuar sendiri.

Sekarang aku baru habis MC selama 2 minggu dan still berpantang. Kami tetap bersyukur walaupun aku keguguran namun Allah sudi meminjamkan kepada kami nikmat yang tidak terhingga itu. Aku yakin Allah itu Maha Adil dan percaturannya adalah terbaik.

Buat rakan TTC, aku doakan jugak agar impian dan doa2 kita sebelum ni dimakbulkan Allah. Jangan putus asa dan terus berusaha, In Shaa Allah :-)