Sep 2, 2016

Seoul, Korea Trip (16 - 21 Sept 2015)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya hidup di muka bumi ni, yang penting spending quality time with our kesayangan. Selain memperbanyakkan amal ibadah sebagai persiapan menghadapi pengakhiran yang kekal abadi nanti.

September 2015 diberi kesempatan olehNya melancong ke Seoul, Korea bersama 12 orang ahli keluarga. Tu pun abang sulung sekeluarga dan adik bongsu tak dapat ikut serta disebabkan kekangan masa dan urusan keluarga. Perjalanan kali ini kami menaiki penerbangan MAS pergi dan balik dan paling best sebab tak perlu pikir baggage overweight, seating serta makanan sepanjang perjalanan. Semua dah include kan...

Penerbangan ke Seoul memakan masa lebih kurang 7 jam. Kami menaiki penerbangan lewat malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Umar pun tak meragam langsung dalam flight. Masa tu umur Umar 1 tahun 9 bulan. Kali ni rasa happy sebab suami dapat turut serta. Hehe barulah lengkap rasanya :-)

Masa kami pegi tu musim autumn. Siang hari biasa2 je tak panas tp tak sejuk sgt. Malam mmg sejuk, kena standby sweater or jacket if nak keluar. Nak story panjang-panjang pun dah ingat-ingat lupa sebab dah lama baru update dalam blog, haha so kita layan gambar je lah okay.

Delpino Golf and Resort.
Belakang kami tu Mount Soerak. Cantik sgt view
Pegi kali ni ambik dengan Kembara Sufi. So far ni travel agent paling terbaik! Package RM1850 per adult without flight ticket, tapi service memang tiptop. Accommodation A++ Hotel 5 star, Alhamdulillah puas hati sangat2.
Hadapan Delpino Golf & Resort, 1st night menginap kat sini.
Feeling Winter Sonata jap...boleh?
Ni kat Everland, macam Disneyland jugaklah
We are at Nami Island!!!
Myeongdong
On top of Mount Soerak
Alhamdulillah family trip kali ni berjalan lancar dan hero kesayanganku langsung tak meragam. Senang sikit bawak dia kali ni sebab dah boleh berjalan dan berlari kesana sini. Tapi Umar ni jenis suka duk dalam stroller, so most of the time tak menyusahkan kami suami isteri nak dukung dia, kekadang sgt babywearing tp tu pun kejap je sebab Umar dah besar, tak berapa muat dah dalam Ergo tu. hihi...



































Bagi kami suami isteri tak menyusahkan pun bwk anak kecik ni, sebab ada sesetengah orang ckp susah travel dengan anak kecik. Depends jugak kot kan, sebab lain anak lain tingkah lakunya. Paling penting kalau travel jauh esp naik flight kena pastikan anak dalam keadaan selesa dan dia tak bosan. Alhamdulillah naik MAS kali ni ada entertainment, boleh gak on screen and pasang Hi-5 fav Umar. Haritu flight pun tak full so bolehlah suka suki nak duduk mana2 pun. Makanan pun agak mewah, steward layankan aje dan bagi makanan extra untuk kitorang :-)

Good Bye Seoul

Okay bersambung next entry, In Shaa Allah..babaiiii...