Showing posts with label Made with Passion. Show all posts
Showing posts with label Made with Passion. Show all posts

Aug 6, 2013

Entry Terkumpul Ramadhan 1434H

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk Ramadhan ke 28, tapi jauh di sudut hati rasa sedih sebab bulan yang penuh Barokah semakin melabuhkan tirai.. kejap sangat rasa puasa tahun ni.. Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita. In Shaa Allah, ameen, ameen, ameen...

Walaupun berpuasa di dalam keadaan yang sedikit lemah oleh kerana usia kandungan yang masih awal tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan saya terpaksa tinggal sehari puasa sebab perut sangat sebu disebabkan gejala sembelit. Sekarang dah masuk 14 weeks dan bermulalah Trimester Kedua, Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana saya tidak mengalami alahan sangat cuma keletihan yang agak ketara.

Actually entry kali ni merupakan entry terkumpul sepanjang Ramadhan, maklumlah tak sempat nak update blog sekerap orang lain.. Hehe, tapi takpelah yang penting entry ni mesti ada jugak.. Seperti biasa mestilah berkisar mengenai makan-makan and menu yang dirasakan best untuk tatapan umum.

Okay, 1st and foremost ni dia my first trial of making donut and ketam goreng cili bertelur. Walaupun rupa kurang memuaskan tapi rasa mabeles jugak lah..hehe..sebabnye orang yg bagi resepi donut ni boleh klik sini tak kedekut ilmu dan Alhamdulillah menepati selera kami sekeluarga.

Super lembut and gebus okay :-)
Tadaaaa..dah siap digoreng.. Ignore the bentuk ye, huhu..
Sume suka ketam goreng cili bertelur ni.. Lemak berkrim mmg best :-)

Haaa..ni pulak acara makan 'colek' with my siblings time diorang balik berpuasa cuti Nuzul Quran haritu. Acara makan colek ni mmg menjadi tradisi kat Kelantan. Boleh dikatakan majoriti kedai makan kat Kelate ni akan menjual pelbagai aneka colek di malam hari. Selalunya orang akan kuar makan lepas solat tarawikh hinggalah lewat malam. Suasana takyah citer lah, mmg happening sangat babe..!!

Colek yang dijual antaranya Colek Campur (paru, ayam, popia, keropok, tauhu dll), Colek Ayam, Colek Kerang dan Colek Buah. 

Time ni jam dah pukul 12 malam
Bawak my siblings pekena colek di Su Tomyam
Colek buah makan kat umah pun best jugak :-)
Colek buah dan kerang kat D'Classic White Coffee
Colek Campur
Kat bawah ni pulak merupakan kuih-muih tradisi kelantan. Sudah semestinya manis dan kebanyakan kuih kelantan berasaskan telur. Jom intai, serious best tau :-)

Tak sempat nak close-up la pulak.
Ada jala mas, tepung pelita, sekaya, seri muka, kuih beko, agar-agar santan,
cek mek dan yang paling 'rare' adalah taik itik (saya sendiri tak penah makan, hehe)
Actually ia diperbuat dari putih telur.
Family saya mmg mengamalkan makan kuih terlebih dahulu sebelum berbuka
Kuih cara homemade..mak bancuh, saya tolong bakar jerrr..
Puding caramel made by me, yummeh :-)
This is what we called 'Akok'
Kuih bakar ada inti serunding daging
Ni pulak 'Piana'.. suami sukeee tp saya kurang gemar.
Setelah mengenali beberapa jenis kuih tradisi kelantan, moh kite story psl berbuka puasa di beberapa restoran di Kelantan pulak. Tapi syg seribu kali sayang, ni je gambar yg ada dlm fon saya, yg lain en suami yg snap dan ada dlm fon dia.. Ehhh, macam nak promote kelate la pulak.. Hehe, tak kesah la kan.. saya bangga jadi warga Kelate walaupun pada hakikatnya saya dilahirkan di Pahang :-)

Boring makan kat umah, so bawak mak abah makan Nasi Arab
This is mine, Lamb Maghdud
Suasana sekitar Hotel Perdana, ramai betul org kat sini
Gerai Nasi Ambeng, Kuewteow Kerang and Ais Kacang
1st round
Variety of Kerabu 
Nice view
Tapi ada 1 perkara yang buat saya sangat ralat..sangat-sangat..
Sebabnye...? Saya langsung tak buat biskut raya mcm tahun2 lepas..!! Sedangkan raya lagi 2 hari tauuu.
Bukan malas tapi keadaan tak berapa mengizinkan, suami dan mak pun tak galakkan sbb takut lama sgt kat dapur dan saya mmg tak boleh terlalu lasak dan kena rehat secukupnya.

Stress..mmg stress sbb barang2 nak buat awal2 lg dah beli dan elok2 je duk dlm kabinet, hehe..nampaknye buat kek je lah mlm raya nnt.. Biskut ni makan masa nak membeleknye kan..sabau je lah.. Paling tak pun esok nak buat yang paling mudah and ringkas and cepat, tak lain tak bukan Honey Cornflakes (nak jugak buatttt, degil..!)

Ni adelah belas ehsan kakak tersayang buat jugak tart nenas yang mmg jd fav family time raya... Ok lettewww..


Okay, puas hati berjaya jugak update entry di saat2 akhir Ramadhan ni..Esok dah start cuti and this is my last day keje before raya.. mood plak lately mmg takde langsung utk keje, nak2 kat ofis ni lagu raya je duk dengar saban hari...mau tak tensen..

SELAMAT HARI RAYA di ucapkan buat kawan2 blogger, kawan2 TTC dan strangers yang sudi baca entry kali ni.. Maaf andai ada silap salah or terkasar bahasa..
Have fun ye :-)

Jul 18, 2013

Finally.. Butter Prawn in the house..

Yeayyy..akhirnya setelah masuk Ramadhan ke-9, barulah ada gambar menu berbuka kat blog ni.. Hehe..mcm tak best je tak upload gambar makanan kan, walaupun saya tahu menu ni hanyalah biasa2 je dan gambar pun takde la hebat.. tapi tu lah nak gak share sbb hasil air tangan sendiri dan untuk rujukan hari-hari mendatang.

Tadaaaa.. ni dia my first trial of making Butter Prawn..!! 


Memang sblm ni sukeee sgt makan butter prawn dan selalunya order kat restoran je sbb ingatkan susah nak membuatnya sehinggalah dapat resepi dari owner resepi, cik yatie ni mmg sume resepi dia best2 tau.. TQ sbb sudi share resepi ni.

Walaupun ala kadar je yg mampu saya buat tapi masih berbangga (cewahhh..nampak sgt mmg tak terer bab masak, hahaha) dgn hasilnye.. cuma saya terlebih letak daun kari kot sbb rasa kari agak kuat dan udang yang digunakan hanyalah bersaiz sederhana, sbb tu je yg ada dlm fridge :-) But overall ok la, en suami ckp dah leh masuk restoran 4 star gitu.. Iye lettewww..

Okay, jom semak resepi mudah ni :-)

Bahan-bahan :

·                     12 ekor udang saiz besar (kecik pun ok je)
·                     2 sudu besar butter
·                     3 biji kuning telur
·                     sedikit daun kari
·                     sedikit cili padi
·                     serbuk kunyit & garam
·                     minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1.  Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak. Bila udang hampir masak, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
2.  Dengan menggunakan minyak yg sama (saya guna minyak baru dlm 1/2 cawan) 
3.  Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
4. Matikan api bila minyak tu betul2 panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning, tgn kanan pegang garfu... tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan letak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.

Jun 20, 2012

N3 Orang Saket

Salam my dear frens...

Memandangkan mood sedey melanda diri sehari dua ni (hubby dah naik job, parents lak pegi makan angin), so aku post entry makan2 la untuk menenangkan hati yg sedikit lara ni..sob3..

Tambahan pulak aku tak berapa sihat ni, demam selsema (argghh..sgt tak suke lagi2 klau takde org kat umah mcm skrg ni).

Exceli aku dah lama buat ni cuma tak post dlm blog ni je.  Jom la layannn :-)

Chicken Puff yang belum wrap
Ready to bake
Hot from oven...gebusss tak..? Hehe..
Blueberry Muffin
Strawberry Cheese Tart
Order from my office mate, ada jamuan kecil2an
Kalau tgk resepi2 dalam blog-blog org yg terror buat menu itu dan ini mmg teringin nak buat tp klau time dah blk keje, badan dah penat...so, keinginan tu terkubur camtu je..huhu..

Papepun, Insya-Allah aku ingat nak buat chocolate cake or muffin weekend ni.  Lagipun anak2 buah aku ada balik umah KB, so takdela sunyi sgt weekend ni.  Harap2 kesihatan aku bertambah baik.. Insya-Allah..

Jan 30, 2012

Home Made

Entry makan2 ye kawan2..dah lame buat tp nak upload tu ambik masa sket..mcm byk sgt keje mengalahkan kaum ibu kan.. hehe..

Hari tu Intan ada buat Pie Sardin dan juga Apam Polkadot.  Pie sardin tu sangat2 senang cara nak membuatnya, kulit plak guna yg segera jugak.  Sebab tu la suke dan rajin nak buat, hehe..

Apam polkadot tu pulak buat masa hubby nak pegi job ari tu..dapat jugak dia bawak bekal, sampai la jugak kuih apam aku ke negara orang :-)  Hubby jugak tolong decorate apam tu ikut suke die..takpela yg penting rasa tetap sama dan yummyyy...

Pie sardin..kembang semacam je, makan 1 pun dah kenyang..hehe
Our apam..perfectly done by us :-)

Nov 15, 2011

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

Hepinye aku bulan ni sbb byk betul cuti...  Duk kira2 cuti am bulan ni 4 hari plus cuti yang aku apply plak 2 hari.  Hehe, kan best klau tiap2 bln ada cuti mcm ni :-)  Akhir bulan ni plak Cuti Awal Muharram then aku apply sehari sbb time tu kitorang ada buat family day kat Perak.  Yeayyyy tak sabarnye walaupun family tak cukup korum...adik, k.ira, abg padil, shafia dan hubby aku tak turut serta.  Huhu, so sad :-(  Takpelah at least masa aku sedikit terisi di samping family tersayang.  

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan ari tu aku tak pegi mana2 pun cuma servis umah slps raya haji ari tu.  Hehe, kebetulan hari panas boleh la laundry towel, cadar dan kain baju.

Petang plak aku sempat buat Chicken Pie, abah asyik request nak mkn, so aku buat la boleh mkn utk tea time :-)  Chicken Pie kali ni aku guna resepi Cik Nah (aunty aku dari sarawak) tapi pastry aku guna yang segera je, yang penting cepat tapi sedap..!!

Telah siap dibakar..panas..panas..
Close up my Chicken Pie
Siap utk dimakan tp kali ni tak sapu kuning telur kat atas :-)

Oct 30, 2011

Hobby Baru

Semenjak dua menjak ni mood masak makin menjadi-jadi.  Time laki aku ada kat umah ari tu takde la aku rajin mcm ni.  Agaknya time tu aku rasa nak duk 24 jam bwh ketiak dia kot.  Hehe, almaklumlah bkn senang nak duk lama2 mcm ari tu.  Almost 3 month jugak dia tak naik job. 

Macam yg aku janji dalam entry sblm ni yang aku akan cuba jugak buat Cheese Tart and the result is....MARVELOUS..!! Serious :-) Hehe..  Chicken Pie pulak ok cuma agak muak sket sbb inti dia taruk susu cair tp abah aku suke je.

Million thanx to the tuan punye resepi yg mmg baik hati bg resepi yg sgt2 sedap dan tak kedekut ilmu (En. Mat Gebu dan Pn. Azita)  Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki kalian.  Bermacam jenis resepi yg boleh didapati kat blog diorang tu tp yang paling menarik perhatian sudah semestinya aneka kek dan appertizer.  Bab lauk-pauk tu pintu hati masih belum terbuka luas utk mencuba, baik aku bedal masakan mak aku lg bestttt...  Family aku pun mmg dah sedia maklum yg aku terror bab2 masak yg jenis 'ini', klau jenis 'itu' paham2 la, setakat goreng oke lah :-)

Tanak bebel panjang2, kat bawah ni ada aku snap gmbar Cheese Tart dan Chicken Pie yg aku buat sempena Cuti Deepavali and weekend.  Tadaaaa...

Blueberry Cheese Tart

Chicken Pie (wrap dgn kulit pastry segera..hehe)
Gambar kurang memuaskan sbb camera cap ayam je :-)

Oct 20, 2011

Finally I've Made It

Yeayyy..alhamdulillah finally berjaya jugak aku dengan misi membuat Fruit Tart dan Apam Polkadot tu.  Family aku suka sgt and also my hubby yg sempat juga mkn sblm dia naik job.  Puas hati sbb dapat bagi dia rasa jugak hasil air tangan aku :-)

Nak buat tu takde la rumit sgt dan mulai dari sekarang tak perlu lagi nak beli sbb dah boleh buat sendiri. Cuma satu lagi yang belum cuba buat iaitu Cheese Tart.  Tungguuu ye.  Hehe..ni ada sket rupa fruit tart dan apam yang aku buat tu.  Apam tu aku tak berapa reti nak decorate lg cuma dot dot je yg aku reti.  Al-maklum lah my first try tp rasanya sgt2 yummy oke dan aku letak filling blueberry.

Selamat menjamu mata semua, sape2 nak tempah tu dialu-alukan ye..hehe..

Decoration bercorak polkadot & suka-suki decoration 

Fruit tart with fresh fruits topping

Strawberry, peach and grape topping

Oct 6, 2011

Cooking Mood

Heee..mcm best je title post kali ni kan..
Urmm..mmg betul semenjak dua menjak ni aku sgt teruja utk buat Fruit Tart, Cheese Tart dan juga Apam Polkadot yg mana sumenye mmg my favourites.  Rupenye pun dh nampak sgt yummy kan...?

Hehe, resepi dh dpt dan brg2 acuan serta bahan2 dah beli cuma tunggu weekend ni je nak buat.  Hopefully menjadi la ye.  Nak kata aku ni seorang yg suka masak tu tidak juga sbb hanya certain2 masakan shj yg aku suka buat @ cuba utk buat dan dari pemerhatianku mostly western food or appetizer yg mencuri tumpuan ku utk mencuba...  Ngeee...Agaknya sbb tak rumit sangat berbanding masakan melayu kot (I mean segala jenis kari, kerutuk, gulai and all that kind of meals) Tp jgn salah faham ye, masakan melayu mmg aku makan cuma nak membuatnye tu kurang mahir..hehehe..

Tak sabar betul nak tngu weekend ni, nak cuba buat dan harap2 resepi tu menjadi.  Nanti dan siap buat boleh la post kat sini sebagai tatapan korang sume.  Ok, tadaaaa...  :-)