Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 9, 2014

Solat Tarawih bersendirian di rumah

Assalamualaikum semua...

Dah masuk 11 Ramadhan pun kite..cepat betul aku rasa Ramadhan tahun ni.. rasa diri ni tak sepenuhnya manfaatkan bulan penuh mulia.. masih banyak yg tak sempat nak buat. Masih byk masa tak di isi dengan amal jariah.

Tambahan pula tahun ni merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan dengan permata hati Umar Luqman. 

Masa yg ada terlalu singkat.. Pagi kerja, balik kerja nak bermanja dgn Umar pun aku rasa tak puas. Nak masuk dapur lagi prepare utk juadah berbuka... Kononnye la kannnn..haha masak la sgt...hehe

Syukur sebab duduk ngan mak abah.. So, mak akan masak menu yg berat, selebihnye aku yg buat, paling tidak beli kat PaRam je ye.. Tapi lately mak juge kurang sehat, begitu juga dgn abah...

Aku salute toink2 la kat ibu2 yang boleh bahagikan masa diorg tu, aku ni maybe dlm proses nak blaja lg.. Al-maklum lah dah tua2 ni baru ade anak..hekhekhek.. Alhamdulillah rezeki dari Allah tak boleh jangka.

Kalau last year, acap kali juga ke Masjid solat tarawih berjemaah..masa tu kandungan dlm 3 bulan... Tahun ni aku tetap nak solat tarawih...tapi di rumah je lah.. tak kesah la yg penting buat walaupun hanya Solat Sunat Tarawih, sebab bukan senang nak cari pahala berganda setahun sekali ni kan..

Panjang pulak intro.. Huhu.. Okay, ni sekadar perkongsian.. Sebabnye dulu aku tak pernah nak solat sendiri kat umah, dah ada Baby Umar ni, kena la amik tau macamana nak Solat Tarawih bersendirian kat rumah ni.


NIAT SOLAT TARAWIH :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

"Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bilangan rakaat ikut kemampuan, paling ringkas 8 tarawih dan 3 witir.  Lakukan setiap 2 rakaat 1 salam dan seterusnya.  Witir pula 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Yang wajib adalah Surah A-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan di luar solat seperti selawat, doa tidak termasuk amalan solat tarawih tetapi hanya selingan antara solat. Tiada larangan untuk berselawat atau berdoa dan ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA : 

Sekiranya solat bersendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjemaah di masjid umum, maka pendapat terpilih mengatakan bacaan imam harusla ringkas yang terdiri  dari 5 atau 6 ayat untuk satu rakaat. 

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.  Hukum solat sunat witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat witir adalah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya 1 rakaat sahaja.

NIAT SOLAT SUNAT WITIR (2 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


NIAT SOLAT SUNAT WITIR (1 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala"

ZIKIR SELEPAS SOLAT WITIR

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca 3 kali sebelum membaca doa solat witir.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai...

Sangatlah mudah kan, tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih disebabkan tidak dapat ke surau / masjid. Dan tiada alasan bagi yang ada anak-anak kecil (oh, mohon diriku sendiri terasa, hukhuk). Boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Marilah sama2 berubah ke arah yang lebih baik... In Shaa Allah...

 * Aku pun amik dari website orang jugak ni, sharing is caring... jika ada mana2 yg silap tlg perbetulkan ye *

Jun 29, 2014

Salam Ramadhan

♥ Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan ♥

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan penuh keberkatan Bulan Ramadhan...

Sama-sama kita rebut peluang memperbanyakkan lagi amal ibadah dan semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat beribadat dgn lebih sempurna... Aminnnn...

Aug 6, 2013

Entry Terkumpul Ramadhan 1434H

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk Ramadhan ke 28, tapi jauh di sudut hati rasa sedih sebab bulan yang penuh Barokah semakin melabuhkan tirai.. kejap sangat rasa puasa tahun ni.. Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita. In Shaa Allah, ameen, ameen, ameen...

Walaupun berpuasa di dalam keadaan yang sedikit lemah oleh kerana usia kandungan yang masih awal tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan dan saya terpaksa tinggal sehari puasa sebab perut sangat sebu disebabkan gejala sembelit. Sekarang dah masuk 14 weeks dan bermulalah Trimester Kedua, Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana saya tidak mengalami alahan sangat cuma keletihan yang agak ketara.

Actually entry kali ni merupakan entry terkumpul sepanjang Ramadhan, maklumlah tak sempat nak update blog sekerap orang lain.. Hehe, tapi takpelah yang penting entry ni mesti ada jugak.. Seperti biasa mestilah berkisar mengenai makan-makan and menu yang dirasakan best untuk tatapan umum.

Okay, 1st and foremost ni dia my first trial of making donut and ketam goreng cili bertelur. Walaupun rupa kurang memuaskan tapi rasa mabeles jugak lah..hehe..sebabnye orang yg bagi resepi donut ni boleh klik sini tak kedekut ilmu dan Alhamdulillah menepati selera kami sekeluarga.

Super lembut and gebus okay :-)
Tadaaaa..dah siap digoreng.. Ignore the bentuk ye, huhu..
Sume suka ketam goreng cili bertelur ni.. Lemak berkrim mmg best :-)

Haaa..ni pulak acara makan 'colek' with my siblings time diorang balik berpuasa cuti Nuzul Quran haritu. Acara makan colek ni mmg menjadi tradisi kat Kelantan. Boleh dikatakan majoriti kedai makan kat Kelate ni akan menjual pelbagai aneka colek di malam hari. Selalunya orang akan kuar makan lepas solat tarawikh hinggalah lewat malam. Suasana takyah citer lah, mmg happening sangat babe..!!

Colek yang dijual antaranya Colek Campur (paru, ayam, popia, keropok, tauhu dll), Colek Ayam, Colek Kerang dan Colek Buah. 

Time ni jam dah pukul 12 malam
Bawak my siblings pekena colek di Su Tomyam
Colek buah makan kat umah pun best jugak :-)
Colek buah dan kerang kat D'Classic White Coffee
Colek Campur
Kat bawah ni pulak merupakan kuih-muih tradisi kelantan. Sudah semestinya manis dan kebanyakan kuih kelantan berasaskan telur. Jom intai, serious best tau :-)

Tak sempat nak close-up la pulak.
Ada jala mas, tepung pelita, sekaya, seri muka, kuih beko, agar-agar santan,
cek mek dan yang paling 'rare' adalah taik itik (saya sendiri tak penah makan, hehe)
Actually ia diperbuat dari putih telur.
Family saya mmg mengamalkan makan kuih terlebih dahulu sebelum berbuka
Kuih cara homemade..mak bancuh, saya tolong bakar jerrr..
Puding caramel made by me, yummeh :-)
This is what we called 'Akok'
Kuih bakar ada inti serunding daging
Ni pulak 'Piana'.. suami sukeee tp saya kurang gemar.
Setelah mengenali beberapa jenis kuih tradisi kelantan, moh kite story psl berbuka puasa di beberapa restoran di Kelantan pulak. Tapi syg seribu kali sayang, ni je gambar yg ada dlm fon saya, yg lain en suami yg snap dan ada dlm fon dia.. Ehhh, macam nak promote kelate la pulak.. Hehe, tak kesah la kan.. saya bangga jadi warga Kelate walaupun pada hakikatnya saya dilahirkan di Pahang :-)

Boring makan kat umah, so bawak mak abah makan Nasi Arab
This is mine, Lamb Maghdud
Suasana sekitar Hotel Perdana, ramai betul org kat sini
Gerai Nasi Ambeng, Kuewteow Kerang and Ais Kacang
1st round
Variety of Kerabu 
Nice view
Tapi ada 1 perkara yang buat saya sangat ralat..sangat-sangat..
Sebabnye...? Saya langsung tak buat biskut raya mcm tahun2 lepas..!! Sedangkan raya lagi 2 hari tauuu.
Bukan malas tapi keadaan tak berapa mengizinkan, suami dan mak pun tak galakkan sbb takut lama sgt kat dapur dan saya mmg tak boleh terlalu lasak dan kena rehat secukupnya.

Stress..mmg stress sbb barang2 nak buat awal2 lg dah beli dan elok2 je duk dlm kabinet, hehe..nampaknye buat kek je lah mlm raya nnt.. Biskut ni makan masa nak membeleknye kan..sabau je lah.. Paling tak pun esok nak buat yang paling mudah and ringkas and cepat, tak lain tak bukan Honey Cornflakes (nak jugak buatttt, degil..!)

Ni adelah belas ehsan kakak tersayang buat jugak tart nenas yang mmg jd fav family time raya... Ok lettewww..


Okay, puas hati berjaya jugak update entry di saat2 akhir Ramadhan ni..Esok dah start cuti and this is my last day keje before raya.. mood plak lately mmg takde langsung utk keje, nak2 kat ofis ni lagu raya je duk dengar saban hari...mau tak tensen..

SELAMAT HARI RAYA di ucapkan buat kawan2 blogger, kawan2 TTC dan strangers yang sudi baca entry kali ni.. Maaf andai ada silap salah or terkasar bahasa..
Have fun ye :-)

Jul 18, 2013

Finally.. Butter Prawn in the house..

Yeayyy..akhirnya setelah masuk Ramadhan ke-9, barulah ada gambar menu berbuka kat blog ni.. Hehe..mcm tak best je tak upload gambar makanan kan, walaupun saya tahu menu ni hanyalah biasa2 je dan gambar pun takde la hebat.. tapi tu lah nak gak share sbb hasil air tangan sendiri dan untuk rujukan hari-hari mendatang.

Tadaaaa.. ni dia my first trial of making Butter Prawn..!! 


Memang sblm ni sukeee sgt makan butter prawn dan selalunya order kat restoran je sbb ingatkan susah nak membuatnya sehinggalah dapat resepi dari owner resepi, cik yatie ni mmg sume resepi dia best2 tau.. TQ sbb sudi share resepi ni.

Walaupun ala kadar je yg mampu saya buat tapi masih berbangga (cewahhh..nampak sgt mmg tak terer bab masak, hahaha) dgn hasilnye.. cuma saya terlebih letak daun kari kot sbb rasa kari agak kuat dan udang yang digunakan hanyalah bersaiz sederhana, sbb tu je yg ada dlm fridge :-) But overall ok la, en suami ckp dah leh masuk restoran 4 star gitu.. Iye lettewww..

Okay, jom semak resepi mudah ni :-)

Bahan-bahan :

·                     12 ekor udang saiz besar (kecik pun ok je)
·                     2 sudu besar butter
·                     3 biji kuning telur
·                     sedikit daun kari
·                     sedikit cili padi
·                     serbuk kunyit & garam
·                     minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1.  Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak. Bila udang hampir masak, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
2.  Dengan menggunakan minyak yg sama (saya guna minyak baru dlm 1/2 cawan) 
3.  Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
4. Matikan api bila minyak tu betul2 panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning, tgn kanan pegang garfu... tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan letak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.

Jul 14, 2013

Entry 1st di bulan Ramadhan, Ngeh3...

Dah masuk 5 Ramadhan, satu entry pun blum buat lg.. Asyik duk baca entry blogger yang update pasal makan2 dan menu berbuka yang sumenye best2 dan mabelessss...

Tengok menu rasa cam sume nak try.. salin resepi tu takyah cakap le cuma buat tu belum lagi..hehe.. Klau sebelum pose pun mmg rajin mengoogle resepi, ni kan pulak bulan pose kan, sume nampak sedap je..

Hari keje sorry to say la sbb mmg tak sempat nak masak, kuar office dah kul 5, sampai umah dah hampir pkul 6. Secara automatisnye mmg aku sempat buat air je lah..hehe, nasib baik stay ngan parents.. Jadi sume menu berat2 mak yang sediakan, paling tidak pun aku akan tolong goreng2 and prepare juadah utk berbuka je lah..

Weekend ok la sbb boleh berkarya la sket buat menu untuk berbuka esp bab kuih-muih.. Menu Iftar pun masih belum keudara di blog aku ni, hahaha..takde yg special utk dipertontonkan.. Lagipun sapelah nak tgk kan.. Tak kesah la yg penting kite buat ape yg kite suke kan :-)


Dan tak lupe juga Syukur Alhamdulillah sebab masih diberi kekuatan untuk berpuasa penuh sebab si kecik ni langsung tak meragam.. and now dah masuk 11 minggu (syukur, syukur, syukur). Walaupun makan dlm kuantiti yg kecil sewaktu berbuka dan sahur tp Alhamdulillah masih boleh bertahan. Cuma keletihan tetap terasa dan risau tetap ada memikirkan takut si kecik ni tak dapat nutrien yang mencukupi. Harap2 sume ok dan dipermudahkan Allah. In Shaa Allah...
Kehamilan 11 Minggu
Okey, berbalik kepada menu berbuka, hari ni rasa cam nak makan nasi ayam.. Dah call mak td and request nasi ayam for today :-) klau smpat kite buat entry lagi yek.. Assalamualaikum...

Jul 7, 2013

Ramadhan dan Kehamilan

Assalamualaikum wbr...

Cepat betul masa berlalu kan, dah pun masuk Julai then tak lama dah nak puasa.  Duk kira2 ni lagi 2 hari Ramadhan akan menjenguk kita...

Harapannye aku dapat berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Sekarang ni plak kesihatan tak berapa baik, dgn letih dan penat yang amat sangat even tak buat keje ape pun. Selera makan yang makin berkurangan ditambah pula dengan lenguh2 pinggang.

Tapi aku tetap bersyukur kerana alahan aku tak la kuat sangat berbanding orang lain. Sekarang Alhamdulillah dah masuk 10 minggu dan aku langsung tak pernah muntah cuma mual2 menjelang waktu petang. Sebelah pagi plak aku takde rasa papepun, so aku mmg tak merasa mcmana 'morning sick'. Harapannya agar kesihatan aku bertambah baik bila masuk Trimester Kedua nanti. In Shaa Allah...


Semalam pulak perut meragam, rasanya aku makan biase2 je. Perut memulas dan sakit sangat sampai rasa nak muntah. Kesakitan tu seolah-olah keracunan makanan, ntah la maybe perut masuk angin kot. Pagi ni kat ofis pun rasa pedih ulu hati. Dan melalui pembacaan aku, mmg wanita hamil akan rasa kerap pedih ulu hati bila masuk Trimester Kedua sebab rahim makin membesar dan menekan organ2 dalaman tubuh.

Kehamilan 10 minggu :-)
Papepun aku berharap sangat agar dapat mengerjakan puasa dengan sebaik mungkin dan dapat buat amal-ibadat se'maksima' mungkin. Rindu sangat dengan bulan Ramadhan kan..? Rasa tak sabar nak bertarawikh di malam hari dan paling best time nak berbuka..hehe.. 

Kepada sahabat alam maya ini dan juga yg mengenali diri ni, aku ingin memohon kemaafan seandainya ada terkasar bahasa atau pape post yang kurang menyenangkan hati kalian. Aku doakan agar Ramadhan yang akan tiba ni membawa seribu makna dan kebaikan buat diri kita. Sama-sama kita manfaatkan :-)