Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Apr 24, 2013

Yeayy dah nak abis pantang

Assalamualaikum semua...

Dah 3 minggu lebih selepas detik yang tak dapat dilupakan itu berlalu. Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah swt dalam menempuhi hari-hari yang indah seperti biasa, dan aku seakan-akan 'terlupa' yang aku baru sahaja kehilangan sesuatu yang amat aku dan suami nantikan.

Serious aku hampir tidak percaya yang aku tabah dan secekal ini...mungkin aku redha dengan kehilangan anugerah dari Allah itu dan disamping sokongan keluarga dan sahabat handai yang banyak membantu aku. 

Sekarang dah pun habis berpantang sbb dah start keje..turun naik tangga dan kurang rehat tidak seperti dalam pantang. Tapi aku masih berpantang dari memakan makanan sejuk2, tak buat kerja berat / angkat benda berat dan masih belum drive..!! Nasib baik hubby ada lagi skrg ni, so every day dia akan hantar dan ambik aku dari tempat keje.

Dah cukup 30 hari after miscarriage ni nak focus kpd TTC lagi. In Shaa Allah masa tu badan dah fully recover, sihat luar dan dalam. Skrg pun tunggu cycle baru yg masih belum kunjung tiba, harapnya regular mcm sebelum ni :-)


Oct 7, 2012

Berpantang

Salam semua...

Hari ni dah masuk 17 hari aku berpantang.. berpantang kat sini maksudnya aku takleh minum ais, takleh makan sayur2an atau buah2an sejuk (timun, kacang panjang, kubis, tembikai dan yg seangkatan dengannya), dan jugak takleh angkat benda2 berat.

Citernya camni, 21 Sept hari tu aku ada pegi mengurut (pegang2 perut je) kat Machang. Tu pun sedara aku bgtau. Kebetulan hubby aku ada so kitorang pegi la, ikhtiar kot2 cara ni berkesan pulak.

Memula akak tu suh aku baring then dia pegang tapak kaki dan kaki aku sambil berselawat.  Akak tu ckp aku bermasalah dekat rahim..dia pegang pulak perut aku dan katanya kedudukan rahim aku agak senget (ketepi). Sambil baca ayat-ayat suci Al-Quran dia pegang perut aku dan seolah-olah mcm betulkan kedudukan rahim aku. Aku juga disuruh berselawat byk2.. Katanya Alhamdulillah sebab rahim aku telah kembali ke tempat asal.. Menurutnya aku bernasib baik sebab kedudukan rahim tak berapa teruk dan cepat je kembali ke tempat asal.. Alhamdulillah syukur..

Contoh Retroverted dan Anteverted Uterus
Betullah aku jumpa doktor pakar pun dia cakap mcmtu, Retroverted Uterus (RU - kebelakang / terbalik).  Kalau bahasa akak aku pegi mengurut tu ia senget ketepi. Maknanya sama la kan..hehe.. So, aku dinasihatkan agar tak minum ais, benda2 sejuk dan angkat benda2 berat.. same cam orang dlm pantang la pulak.. Aku kena jumpa akak tu lagi seminggu sebelum next period, nak tgk kot2 rahim aku kembali ke tempat sengetnye itu (got it what i mean..? hihi) Sebelum balik, akak tu ada bagi air tawar untuk aku dan suami minum dan jugak untuk mandi.

So, aku dlm proses berpantang skrg tp weekend hari tu aku dah start wat keje2 rumah cam vacum, kemas2 rumah.. harap2 itu tak tergolong dalam keje berat la..huhu.. dan harap sangat ada berita baik untuk aku dan suami lepas ni, InsyaAllah kalau dah sampai waktunya...