Aug 6, 2014

Aqiqah dan Majlis Kesyukuran Umar Luqman

Alhamdulillah Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Umar dah selesai. Kitorang buat on raya ke 3, kebetulan adik beradik, sanak saudara dan kenalan masih lagi ade kat KB so ramai yang dapat hadir.
Kad Jemputan kite buat sendiri je :-)
Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis.

Tapi ada jugak yang tak sempat hadir, biasalah time raya mmg jalan jammed sangat nak-nak kalau menghala ke KB, ada jugak tak sempat hadir sebab ada jemputan majlis kawin dan sebagainya. Apapun syukur semua berjalan lancar dan majlis memang meriah, Alhamdulillah....


Simple decoration, saje letak baby cot untuk photo2 kat sini.. Buat dengan Cantik Gallery and Bridal.. padahal simpel je pun, nampak sangat aku yang tak kreatif..hahaha..

Kami bertiga Alhamdulillah, Syukur Ya Allah :-)
Dessert Table - pulut kuning, pulut bakar, tepung pelita, apam polkadot,
whoopie pie, aneka biskut raya dan kerepek
2 ekor kambing selamat di golek :-)
Package catering hari tu amik dengan Bil Hanaa, menu yang disediakan :
1) Nasi putih
2) Nasi minyak
3) Ayam masak merah
4) Ikan bilis 
5) Acar timun
6) Sambal
7) Air minuman
8) Tembikai

Gulai daging dan daging singgang pulak upah orang masak sebab suami nazar lembu seekor. Aku sendiri tak tahu yang dia bernazar. Lepas Umar lahir, baru dia cakap yang dia bernazar seekor lembu, so kitorang upah orang masak.

Kambing pulak 2 ekor kami buat kambing golek, mmg tu yang paling jadi tumpuan..hehe, cepat je orang serbu :-)


Ni doorgift.. Aku suke gile la dgn doorgift ni..mmg dari dulu lagi pasang impian nak bagi doorgift cute2 camni kat tetamu, Alhamdulillah tercapai gak hasrat mak.. Dalam tu aku letak gula2 pastu ada jugak doorgift kotak bulat untuk hadirin juge. Tapi sayangggg tak sempat snap gambar, duk kalut2 haritu mmg lupe nak snap.
With Hannah and Harith, anak sedara
Antara kenalan yang hadir
My kakak
Umar pun Alhamdulillah tak meragam, sempat tdo 2 kali dalam baby cot, 2 kali dalam buai.. Orang tak kenal pun boleh dukung dia..hehe..tp bila petang dia dah penat, mengamuk la sikit awe donde tu..

Aku pulak lepas tu kesihatan kurang mengizinkan, tak terlayan tetamu yang hadir lepas tu. Maaf sangat2 apa yang terkurang tu ye. Terima kasih tak terhingga di atas kehadiran dan juga yang bagi Umar banyakkkk duit raya, Alhamdulillah rezeki anak ibu :-)

Aug 4, 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya buat rakan blogger dan readers kat luar sana...

Harini dah 8 Syawal, kejapnyeee tak puas lagi raya tapi dah kena start keje...huhu

Raya tahun ni ada suke, duke, meriah, happening, hepy dan jugak sedih..kire balance la kan..

Familia without abang sulung and kakak no.3
Yang paling best dan hepy sebab first time sambut bertiga, klau 4 tahun lepas kami still berdua tapi kali ni Alhamdulillah ada Umar Luqman penyeri raya kami (opsss selain anak2 buah kesayanganku :-)


Rendang ayam dan lontong mak di pagi raya..Fuhhh best..!!

Meriah, happening, memang best sebab time ni la dapat berkumpul reramai tapi abang aku kat Shah Alam tak balik sebab kakak ipar aku bersalin 2 hari before raya so tak dapat balik la kan, nak travel by car mmg tak la.

Nak naik flight ke KB pun sah-sah tiket sold out dan baby kecik mane leh naik flight, so terpaksa rela la beraya di perantauan :-(

On 3 Syawal pulak aku ada buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Umar Luqman, nnt sambung next entry ye...