Showing posts with label Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwang. Show all posts

Jun 9, 2012

4 weeks = 30 days

Pejam celik, pejam celik..tup2 dah 30 hari hubby aku pegi job..
Kengkawan jgn silap sangka ye tengok title entry kali ni :-)
1 masa yg cukup panjang bagi pasangan suami isteri lain tp agak biasa bagi aku memandangkan aku dah biasa 'ditinggalkan' paling lama 59 hari..(mmg tiap2 hari WAJIB kira tau)

Bab rindu tu tak yah citer la hanya Tuhan saje yang tau..
Lebih parah kalau time takde line tepon, adussshhh mau gile rasenye tak dpt kabar berita langsung..!!
Tp takde la smpai berbulan-bulan tak dpt berita, plg koman seminggu pegi job then kitorang dah boleh communicate through email, fb or call..

Dari sudut lain, aku bersyukur dan bangga dgn diri sendiri sbb Allah menjadikan aku setabah dan secekal ini..




Ikut perancangan tgh bulan ni Insyallah hubby aku balik..tup2 dapat call dr dia yg job extend pulak dah..!! Tetiba perasaan sebak datang serta-merta..sedih yg amat sgt sbb ingatkan dia tepon ckp job dah abis dan ready utk balik..punyela control aku ckp ngan dia sbb tanak dia dgr yg aku dah start nangis..

Aku sebolehnye tak mau membebankan dia klau dia tau aku sedih, walaupun pada hakikatnya dia  sgt tau aku jenis mcmana (puteri air mata), kalau aku nangis, confirm hubby aku akan sedih jugak..dia perlukan kekuatan aku utk dia kuat juga..as my previous entry kat sini

Hurmm..Hubby blk nnt kitorang tanak buang masa, nak terus sambung TTC plan kami..

Oohhh ye, berdasarkan kajian aku (cewaahhh..buat statistik plak dah)  start Jan - Jun 2012, hanya 1 bulan  (Mac) shj yg kami betul2 boleh bersama waktu  aku fertile..huhuhu.. Memandangkan peyed aku regular so aku bleh monitor bile time aku fertile, tu yang bleh buat statistik tu..hehehe..

Memang ini sume kuasa Allah dan ujian buat kami berdua cuma ini sekadar utk rekod aku.. At least aku tahu apa step yg perlu aku lakukan seterusnya, takde la duk diam tanpa sebarang usaha :-) Hubby balik tgh bulan ni pun aku baru lepas fertile (ohhh, sungguh aku tension dlm diam..)
Apepun semoga semuanya berjalan lancar dan Allah mempermudahkan urusan kami suami isteri, Insyallah...

Apr 22, 2012

You're The Best I Ever Had

Alhamdulillah..di saat aku sgt2 memerlukan sokongan moral, he always there for me.. Sometimes aku boleh handle my own feelings alone..but sometimes aku rasa sgt down dan macam takleh nak terima kenyataan.. Yeappp..kenyataan yg skrg aku masih belum ada baby lg..still takde rezeki untuk menimang cahaya mata..

Aku selalu +ve kan diri dan sedaya upaya cuba utk memujuk diri agar tidak menyalahkan takdir.  Aku tahu Allah dah tentukan nasib diri aku dan suami sejak dari azali tp nama lagi manusia kan, terkadang tu mmg aku rasa sedikit down, sedih, geram dan macam2 lagi lah.. 

Yang jadi mangsa hubby aku la sbb aku akan attack dia dengan berbagai reason kenapa kitorang susah nak dpt baby.. Topik yang wajib aku sentuh adalah sebab dia keje offshore jauh di lautan sana and me alone at our home town..!! Ya Allah, kejamnye aku kerana mempersoalkan tempat cari makan hubby aku dan aku sgt pasti dia lagi stress..

Lepas je aku datang bulan baru ni, aku takde la frust sgt tp aku frust sbb tak boleh terus berTTC.. planning nak buat IUI juga tergantung mcm tu je..mcm mana nak buat dah si suami takde..Huhu, tensen..!! Suppose hubby ada time fertile April ni tp ada problem plak kat kapal dia, so kena extend.. Time tu la aku mengamuk dan marah2 hubby aku (actually i didn't mean to do that)..

So Sweet :-)
Dengan tenang dan sabar hubby aku SMS aku (klau gaduh kitorang takleh ckp fon).. Kata2 hubby buat aku terus cool, sedih dan rasa nak peluk dia tang tu jugak (klau la dia ada depan aku..!!)
" Allah taknak bagi rezeki lagi..blum smpai waktu, kalau Allah nak bagi sekelip mata pun dapat, tawakal kepada Allah, mungkin lepas ni ada rezeki, sabar ok...setiap yg berlaku ada hikmahnya, Allah nak menguji kita, Insya-Allah sampai waktunya..kita kena yakin dgn Allah.." Huwaaa...

Moral of the story, aku kena lebih berhati-hati dgn kata2 aku agar tidak lagi mengguris hati dan perasaan hubby aku..Aku kena lebih bersabar dan tanak lagi stress (boleh ke..?) dan kena lebih redha..Insya-Allah..

Semoga Allah menguatkan semangat aku dan hubby, memakbulkan doa-doa kami dan tak lupa juga doa-doa kawan2 TTC sume :-)

Jom mari berdoa :

" Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisiMu zuriat (keturunan) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa" (Surah Al-Imran 3:38)

Aamiin...

Feb 8, 2012

Finally..decided..

Owhh..i really cant wait..about 10 days more..seingat aku ni la plg lama aku berjauhan ngan hubby..duk kire2 tu adalah dlm 51 hari (as at 8 Feb 2012) and there'll be another 10 days to go..kirenye 60 hari jugak la..2 bulan tu..

Alhamdulillah Allah SWT telah menjadikan aku setabah dan secekal ini walaupun kadang2 tu aku rasa down dan sgt2 rindu kat hubby aku..tp aku kena kuat semangat sbb hubby aku sgt2 memerlukan kekuatan aku untuk dia kuat juga (aku akan selalu ingat kata2 dia yg satu ini :-)

Dalam duk tunggu hubby balik ni, dia dah bagi green light ke mana kitorang akan honeymoon kali ni..kire honeymoon la ye sbb masih berdua, sob, sob, sob... Kebetulan Air Asia ada buat jualan utk travel bulan Feb dan Mac..so, ape lagi dia suh pilih la nak gi mane.. Punyela pening aku nak buat keputusan, last2 aku pilih Phuket je la, tak jauh sgt kan..



Insyallah kami pegi 3 hari 2 malam je memandangkan aku akan guna byk lagi cuti utk hari2 mendatang.. yang tak bestnye kami dari KB akan ke KL dulu baru la bleh ke destinasi..sbb tu la kena prepare cuti utk pegi dan balik skali.

Percutian kali ni hampir2 time aku peyed, aku pilih 25 Feb iaitu 1 week before period due.  Nak awal dr tu tak bleh la pulak sbb hubby aku balik maybe dlm 20 Feb camtu.  Nasib la kan, kali ni hubby balik pun aku baru je lps fertile..timing slalu tak kena (macam nak bg alasan kan tp seriously tu la masalah terbesar aku dan hubby skrg)  Usaha kami nak baby mmg sentiasa ada tp kalau duk pikir2 macam makan ubat dan supplement tu tak tau berhasil ke tak sebab kami jarang dapat bersama.  Dari sudut nak +ve kan diri, aku pikir ini salah satu ujian Tuhan buat kami berdua.  Lain orang lain pulak cara ujianNya.  Kami kena sentiasa redha dan kuat semangat.

The most important, aku tanak stress..nak spend time ngan hubby puas2 sebab kami tak mcm org lain yg tiap2 hari boleh berkepit je kan..Untung kwn2 yg dpt duk sesame tu ek.. :-)   

Oct 25, 2011

Song Of The Week

Jiwang Mode :-)
Minggu ni merupakan minggu yg menyedihkan lah..  Terasa sgt dgn ketiadaan hubby, walaupun baru nak masuk seminggu dia start keje.  Huhu..and i have to wait another 2 months to meet him again..!! (mengikut perkiraan my hubby la)  Sabar, sabar and sabar.  Aku hanya perlu bersabar dan kuatkan semangat menempuh hari2 mendatang.  "Sayang abe ni kuat, syg perlu kuat semangat..barulah abe akan jadi kuat juga.."  Tulah antara kata2 semangat hubby aku sblum kitorang berpisah ari tu.

Ni aku ada nak post 1 lagu yg sgt3 aku suka.  Lagu ni hubby tujukan khas kepada aku, u're so sweet honey.

LAST NIGHT ON EARTH - Green Day


I text a postcard, sent to you
Did it go through?
Sending all my love to you.
You are the moonlight of my life every night
Giving all my love to you
My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

With every breath that I am worth
Here on Earth
I'm sending all my love to you.
So if you dare to second guess
You can rest
Assured that all my love's for you

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
Did I ever make it through? 


Oct 18, 2011

It's time to say GooD ByE

Sayu... hati dan perasaan telah mula sedih memandangkan husband akan kembali bekerja setelah hampir 3 bulan 'berehat' di rumah.  Owhhh..lama jugak suamiku 'berehat' ye.  Hehe, dgn kata lain hubby akan mula 'naik job' dengan company baru.  Hopefully his new company will be much more better.  Insya-Allah...

Post kali ni lebih berkisar tentang aku dan suami ye, maklumlah dlm mood sedih mcm ni nak citer psl lain pun dh tak excited.  Buat korang yg masih tak tau, kitorang akan kembali start PJJ plak dah..adooiii..sedihnye :-(  Nak buat mcmana sebab kerjanya mmg mcm tu.  Yang penting rezeki tu halal and we trust each other.  Walaupun jarak yg memisahkan kami tp kasih sayang tetap utuh malah lebih teguh dari hari ke hari.  Bak kata pepatah, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan.. (nak sedapkan ati sebenarnye..huhu)
Usia perkahwinan kami dah masuk 2 tahun setengah dan umum mengetahui kami masih belum dikurniakan cahaya mata.  Siapa taknak anak kan tp tu semua kuasa Tuhan dan kita tiada hak untuk mempertikaikan tentang itu.  Dah mmg takde rezeki kami lg buat masa sekarang untuk menimang cahaya mata walaupun kami telah disahkan doktor pakar tiada masalah dan kami telah cuba berikhtiar dan akan terus berusaha kerana Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa.

So, kepada sesiapa yang suka memerli dan suka menyakitkan hati aku tu, aku hanya mampu berdiam diri dan berdoa kpd Allah agar menguatkan semangat aku untuk menghadapi semua itu.  Aku tidak mampu untuk terangkan kepada semua orang apa yang terbuku dihati ini.  The most important thing, my husband was very understanding, supporting and loving. Begitu juga dgn family aku yg begitu faham situasi mcm ni.  Seriously, hanya org yg senasib denganku saja tau perasaan ni.

Ehhh, emo la plak aku kali ni.. Haha..okeyh, back to normal.  Citer psl hubby aku, hari ni dia buat Bosiet kat JB then mlm ni naik train ke KB.  Sampai esok pagi then malam plak naik bus ke KL, sampai sana pagi akan terus ke KLIA untuk ke Labuan.  Then ke Singapore and lastly heading to Papua New Guinea.  Berbelit2 and it seems so complicated kan. Hehe..penat la sket mngu ni sbb kesana kemari, maklumla dh lama sgt relax :-)  Job kali ni maybe memakan masa lebih kurang 2 bulan.  Alahai, sabau je lah Intan ye.. Nasib baik la aku stay ngan parents, so aku tak terasa sgt ketiadaan hubby lebih2 lg klau time keje.  Weekend tu terasa la jugak sbb klau tak aku akan selalu dating ngan hubby.  Takpe, kuatkan semangat dan Insya-Allah pengorbanan ini tidak akan sia2.

Lastly, for my beloved hubby, keje baik2 tau.  Jaga solat dan makan minum.  I'm here waiting 4 u and I'm gonna miss u so much :-*