Showing posts with label EmOsI. Show all posts
Showing posts with label EmOsI. Show all posts

Jul 9, 2014

Pray For GAZA

Hati dan perasaan benar-benar diterjah dengan kesedihan yang amat sangat.

Saat kita di sini gembira, happy dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal tak lama lagi, tapi mereka-mereka saudara seIslam kita bermandikan darah saban hari.

Paling terkesan sebab mangsa-mangsa adalah bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.. Ya Allah, Selamatkan Gaza, Selamatkan Islam...


Kita tak mampu menolong mereka..memang tak mampu..!! 

Kita cuma mampu berdoa untuk mereka.. Berdoa tanpa henti.. Jangan pernah lupa nasib mereka saudara seIslam kita di sana..

#prayforgaza #prayforislam #freepalestine #prayforhumanity

Jun 12, 2013

Rindu Mak, Rindu Suami :-(

Boringgggnyeee mak dan hubby takde kat umah...!!

Hubby dah naik job dekat 3 minggu, episod PJJ bermula lagi setelah hampir 2 bulan hubby bercuti sebaik sahaja aku lepas keguguran hari tu.

Mak pulak ke KL hantar anak2 buah ku yg dah pulang ke pangkuan mama dan baba diorang..Yelah, haritu cuti sekolah diorang berkampung dirumah Tok Ayah and Nenek kat Kelantan ni.

Sekarang tinggal abah dan adik bongsu (dah besar and keje dah pun) kat umah. Alahaiiii, tak tau nak borak ngan sape..selalunye aku akan pot pet pot pet ngan mak time blk keje and malam. Nak makan pun susah tauuuu..huhu, selalunye mak masak.. Tambahan pulak keadaan aku yang sangat la tak larat semenjak dua menjak ni.. Ya Allah, sabar je lah...


Mak In Shaa Allah balik 16hb ni, hubby plak maybe akhir bulan...

Bersabarlah wahai hati...sob, sob, sob...

Apr 15, 2013

Al-Kisah Happy, Sedih dan Redha

Assalamualaikum buat semua...

Entry kali ini agak panjang sebab lately banyak sangat pahit manis yang terjadi ke atas diri ini.. Permulaan yang sangat baik bagi kami, disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan yang bercampur-baur.. happy + excited + teruja, semua dalam 1 package. 

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Pun kami suami isteri bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami peluang yang begitu lama kami nantikan, begitu juga pasangan suami isteri yang lain iaitu ingin mempunyai zuriat sendiri.

15 Mac 2013 merupakan tarikh yg tak mungkin aku lupakan, tambahan pula Wedding Anniversary aku yg ke-4 jatuh pd 14 Mac. Suppose aku period on 11 Mac tp tunggu dulu takut delay 2, 3 hari namun masuk hari ke-4, hati dan fikiran mula menimbulkan tanda tanya.
On 15 Mac buat urine test dan kuar DOUBLE LINE...!! Tapi sangat blur.. Ya Allah, rasa cam mimpi je, dah lama sangat tunggu nak tengok double line.. tapi aku masih was2 sbb mcm tak percaya.


Time tu maghrib, hubby balik masjid tunjuk kat dia result, dia mcm sedikit blur sbb tak phm kot..haha..aku explain yang double line maksudnya aku pegnen.. :-)
Kami hepy tp still nak pegi klinik jugak, nak betul2 confirm. Kat mak abah pun still rahsiakan lagi.

16 Mac = Refer gynae yg slalu rawat aku tu. Pelik sbb dia tak buat urine test, dia terus scan perut aku dan ckp 50/50 sbb tak nampak apa dlm rahim aku..hurmmmm..pd pndapat aku mmg la sbb maybe terlalu awal, aku cuma nak confirm btul ke aku ni pregnant, tu je..

Kami diminta datang balik next week (23 Mac) makkk aiihhh lame bebenor aku rasa nak tngu minggu dpn.. Balik rumah, lagi skali buat urine test..result positive tp still blur.


19 Mac = Hubby naik job, but aku akan selalu inform dia apa2 news.

21 Mac = Ketidaksabaran semakin membuak-buak..buat lagi skali urine test dan Alhamdulillah, zassss cepat je naik double line dan kali ni sangat clear :-)



23 Mac = Sepertimana appointment, aku jumpa gynae tu. Lagi skali dia scan perut dan juga ikut bawah (TVS) pun tak nampak cume ada dot dot hitam tp sgt la kecik..hishhh..and still doc tak buat urine test..aku kena pegi lagi next week.. Aku macam...Oooo WTH tanak buat urine, asyik nak scan je..!! Aku just nak confirmation je at least dpt la amik early preparation on pregnancy.


Tidak puas hati..!! Mlm tu aku pegi lagi ke Klinik lain..kiranya ni klinik biasa, bukan klinik pakar yg aku refer sbelum ni.. Sonang citer je, xde byk songeh..ckp kat dia dah delay period and dia suh wat urine test. And the result is POSITIVE :-) Mak aku ape lagi, menangis air mata gembira, Alhamdulillah.

26 Mac = Kat ofis jam lbh kurang 11 pg aku ke toilet dan ada kesan coklat gelap di panty liner.. Tekejut, takut dan risau sume ada.. Tghari aku balik rumah, kira halfday sbb aku nak rehat. Aku dah agak yg aku mst kena bedrest. Lain org lain caranye, aku mst tergolong dalam org yg perut lokek (sume ni andaian sendiri, byk surf tenet dan pengalaman org2 terdahulu dr aku)

Malam terus jumpa gynae aku tu. Dia scan lagi skali and this time baru nampak janin dlm rahim aku.. Syukur Alhamdulillah tapi dia sgt kecik, Doc estimate dlm 5 weeks tp klau ikut calculation from period dah 6 weeks ++. Biaselah doc kira tgk size janin tu. Dia ckp bleeding tu normal dan dia bagi aku Duphaston utk kuatkan rahim dan Vitamin Prenavit.


27 Mac = Aku MC sbb rasa tak selesa dan sedikit lemah. Darah still kuar dan semakin banyak. Malam  aku ke klinik lagi. Boleh dikatakan everyday aku gi klinik. Huhu.. Doc terus scan (yg ke brapa kali ntah) dan dgr jawapan dia sgt menyedihkan. Dia boleh cakap aku period sbb darah byk dlm rahim..Omaaaiiii..!! Baru last nite ckp aku PREGNANT hokehhh.. Aku rasa dia silap..tak pule dia ckp aku gugur tp PERIOD..?? Then terus bagi aku Clomid sbb nak bg subur balik.. Serious aku mmg pening gilerrr ngan gynae tu.. Betul2 Pakar kah dia..?? 

Balik je klinik perut aku sakit sgt..memulas dan sakit di ari2.. Tuhan je tahu kesakitan aku time tu.. darah still kuar tp this time mcm darah period tapi takde la byk sgt. Takleh tdo malam tu sbb sgt2 sakit. Bgtau hubby aku kat atas kapal nun jauh di Jakarta. Kesian plak dia sbb nak turun kapal sbb emergency. Nasib baik la job tu tak jauh sgt dari darat, so dapat la dia turun and amik flight terus ke KL then KB. Aku plak cuma bertahan dgn makan Panadol Actifast, Alhamdulillah makan 2 bijik je dan sakit mmg hilang.

29 Mac = Ke Klinik Komuniti (mmg tak refer dah ngan gynae aku yg sebelum ni tu, huh..!!) Story kat dia serba-sedikit dan dia scan. Tuhan Maha Kaya, elok2 je baby dalam kantung dia..dan aku dah boleh nampak dgn mata sendiri heart beat dia..Doc ckp 7 weeks ++ (camane la gynae aku yg sblm ni ckp aku peyed eh, hurmmm) But aku still bleeding, keluar mcm fresh blood. Tapi aku tau it must be something wrong sbb non stop bleeding and Doc jugak ckp skrg dalam peringkat Threatened Abortion. Chances 50/50.

30 Mac = Ke Perdana Specialist Hospital sbb hubby nak aku dapatkan penjagaan yg paling rapi memandangkan aku still bleeding dan sakit perut menyerang lagi. Jumpa gynae Dr Zana dan dia scan aku..Blood clogs dah makin banyak dan sakit makin memuncak. Berita yg tanak kami dengar namun kami terpaksa akur. Janin dah keluar dari kantungnya dan dia dah tak boleh survive. Aku dah MISCARRIAGE..!! Ya Allah, sekali lagi dugaan yg perlu kami tempuhi. 4 tahun menunggu dgn penuh sabar namun Allah telah atur yang terbaik buat aku dan suami. Aku redha walaupun pada mulanya sedikit emosi. Mujur suami dan mak aku byk menenangkan aku.


Tengahari tu jugak aku kena buat D&C. Doc kena cuci sbb janin tanak kuar sendiri.

Sekarang aku baru habis MC selama 2 minggu dan still berpantang. Kami tetap bersyukur walaupun aku keguguran namun Allah sudi meminjamkan kepada kami nikmat yang tidak terhingga itu. Aku yakin Allah itu Maha Adil dan percaturannya adalah terbaik.

Buat rakan TTC, aku doakan jugak agar impian dan doa2 kita sebelum ni dimakbulkan Allah. Jangan putus asa dan terus berusaha, In Shaa Allah :-)

Aug 13, 2012

Tolong..tolong..saya sudah hilang focusss..!!

Over kah aku..? Sebab dah post pasal mood rayer..? Huhu.. tapi ni memang hakikat, hakikat yang sekarang aku mmg dah hilang fokus keje2 kat office ni.. rasa macam 1 bebanan yang besar sebab banyak lagi yang tak settle kat umah.

Sebenarnya jauh disudut hati aku rasa sayu dan sedih sebab Ramadhan bakal meninggalkan kita.. Entah tahun2 mendatang dapat lagi kah kita bertemu Ramadhan.  Yang pasti rakan2 di luar sana especially my TTC's fren mesti tak melepaskan peluang menggandakan ibadah dan berdoa semahunya kehadrat Ilahi agar memakbulkan doa2 kita yang menantikan Anugerah Terindah.. Insya-Allah...

Wokeyh2...berbalik pada ketiadaan mood untuk keje aku rasa normal kot..hehe..minggu2 terakhir ni sume orang pikir nak balik kampung la, nak prepare untuk raya la, nak shopping la, bla, bla, bla...

Ehsan Gugel
Macam aku  rasa takde mood sebab kat umah tu banyak lagi tak beres.  Insya-Allah start hari rabu ni rumah dah riuh-rendah dengan kepulangan kakak2 dan abang aku.. tak lupa jugak 8 orang anak-anak buah kesayanganku.  Mana nak kemas2 umah, nak buat lagi sejenis dua biskut raya.  Sebabnya Jumaat dan Sabtu ni konpem aku bz membuat kek dan last touch up ruang tamu dan ruang makan... Adooiii, stresss.. Jenis aku ni mmg akan pastikan sumer well-prepared..!! 
Comey je si genit ni stress :-)
Rasa sangat membuang masa kalau takde keje kat office ni... Kalau kat umah boleh buat itu dan ini.. Mahu je aku apply cuti start khamis ni tapi mcm nampak sangat advance oke.. Padahal rumah dekat je, bukannye kampung jauh pun.. Hahaha..

Kalau hari keje memang aku dah takleh nak sentuh ape dah kat umah.  Balik keje dah ptg, get ready utk berbuka je then solat tarawikh.  Abis solat dah pkul 10, kemas2 dapur then mata pun ngantuk je.. kalau nak buat biskut raya tu mau aku tak pegi keje esok.. Yelah hari cuti malam sabtu lepas, aku start buat Biskut Arab dalam pukul 10.30 dan jam 2.30 pagi baru siap... padahal tu biskut yang gentel2 je, kalau buat Mama Carey ke, Tat Nenas ke mau rapat ke sahur baru siap.. Hehehe..

Minggu ni masih berbaki 3 hari lagi bekerja... Sungguh aku tak sabar untuk cuti sebab CUTI dan AKU memang tak dapat dipisahkan..Hehe..

Ohhh..lupe plak, satu hal lagi sebab cinta hati aku dah kena naik job raya kedua ni.. Sedih takyah cakap la tapi aku sangat2 bersyukur sbb tahun ni cukup sebulan hubby aku dapat berpuasa kat rumah, Alhamdulillah... Jadi haruskah aku start cuti Khamis ini memandangkan hubby cuma beberapa hari lagi ada kat umah..? Pening kepala tau... hati dan perasaan mmg nak cuti awal tapi pikir2 takut la plak bos cakap aku ni terlebeh excited nak raya..huhu..sabau jelah :-(

Jun 17, 2012

Sedikit Sentap

Jeng3..hubby dah balik after meninggalkan aku selama 35 hari..Ngeeee..seyes excited sgt2 :-)
Hepy, excited, teruja, malu...sume perasaan tu ada kat aku hari mula2 hubby balik.. Hahaha, sangat mengada-ngada oke..

Entry ni suppose happy ending punye story tapi yang citer yg aku nak share ni agak emo bagi aku..Dussshhh, mmg takleh lari la perasaan sebegini :-(

Disebalik 'kehepian' aku tu, ada jugak terselit sedikit perasaan sayu dan sedih.

Nape tidaknye, hubby aku balik berempat ngan geng2 sekapal dia and sume geng dia dah ada anak..  Alhamdulillah for them cuma aku macam sedih sbb orang lain duk tunggu hubby masing2 dengan anak tp aku seorang diri..seyes sedih gilerrrr..waaaaa..!!

Aku jemput hubby aku kat airport jam 8.30 malam, aku just tunggu dalam kete sbb susah nak paking dan aku jumpelah salah sorang dari wife kwn hubby aku tu.  Dia ok dan aku agak rapat dgn dia.  Anak dia sgt comel (dan sume baby adalah comel bg aku), then tetiba hubby dia datang dan bermulalah aksi2 comel dia dan anak dia.. Aku mmg suke tgk :-)

Kitorang pun borak2 jap sementara tunggu aku hubby solat kat airport tu.. after a while dia pun minta undur diri dah nak balik dah.. Selang beberapa minit muncul la my cinta hati..hehe, berbunga-bunga hati time tuh..gedixsss...

Dalam kete, aku tanyalah hubby geng2 lain balik terus ke..? Dia pun jawab ye dan bagitau la yang anak kawan dia yg 1st tu hepy tgk bapak dia.  Anak dia baru setahun lebih tp bini dia dah pegnen dah.. Oppss..sentap..!!

Pastu dia citer la yg sorang lg plak anak dia nanges sbb tak berapa cam bapak dia kot.. tetiba aku rasa sayu dan sedih.. Aku tau hubby aku secara spontan je citer psl tu tp secara tak langsung, aku rasa sayu sbb kami tak mcm tu.. Cepat2 aku cover kesayuan hati ni sbb nnt spoil plak mood aku.. hehehe..

Bila renungkan balik, aku pasti aku dan hubby pun akan rasai detik tu jugak.  Insyallah.. Takmo emo sgt lah, nak hepi2 sementara hubby ada kat umah ni :-)

Jun 9, 2012

4 weeks = 30 days

Pejam celik, pejam celik..tup2 dah 30 hari hubby aku pegi job..
Kengkawan jgn silap sangka ye tengok title entry kali ni :-)
1 masa yg cukup panjang bagi pasangan suami isteri lain tp agak biasa bagi aku memandangkan aku dah biasa 'ditinggalkan' paling lama 59 hari..(mmg tiap2 hari WAJIB kira tau)

Bab rindu tu tak yah citer la hanya Tuhan saje yang tau..
Lebih parah kalau time takde line tepon, adussshhh mau gile rasenye tak dpt kabar berita langsung..!!
Tp takde la smpai berbulan-bulan tak dpt berita, plg koman seminggu pegi job then kitorang dah boleh communicate through email, fb or call..

Dari sudut lain, aku bersyukur dan bangga dgn diri sendiri sbb Allah menjadikan aku setabah dan secekal ini..




Ikut perancangan tgh bulan ni Insyallah hubby aku balik..tup2 dapat call dr dia yg job extend pulak dah..!! Tetiba perasaan sebak datang serta-merta..sedih yg amat sgt sbb ingatkan dia tepon ckp job dah abis dan ready utk balik..punyela control aku ckp ngan dia sbb tanak dia dgr yg aku dah start nangis..

Aku sebolehnye tak mau membebankan dia klau dia tau aku sedih, walaupun pada hakikatnya dia  sgt tau aku jenis mcmana (puteri air mata), kalau aku nangis, confirm hubby aku akan sedih jugak..dia perlukan kekuatan aku utk dia kuat juga..as my previous entry kat sini

Hurmm..Hubby blk nnt kitorang tanak buang masa, nak terus sambung TTC plan kami..

Oohhh ye, berdasarkan kajian aku (cewaahhh..buat statistik plak dah)  start Jan - Jun 2012, hanya 1 bulan  (Mac) shj yg kami betul2 boleh bersama waktu  aku fertile..huhuhu.. Memandangkan peyed aku regular so aku bleh monitor bile time aku fertile, tu yang bleh buat statistik tu..hehehe..

Memang ini sume kuasa Allah dan ujian buat kami berdua cuma ini sekadar utk rekod aku.. At least aku tahu apa step yg perlu aku lakukan seterusnya, takde la duk diam tanpa sebarang usaha :-) Hubby balik tgh bulan ni pun aku baru lepas fertile (ohhh, sungguh aku tension dlm diam..)
Apepun semoga semuanya berjalan lancar dan Allah mempermudahkan urusan kami suami isteri, Insyallah...

Apr 22, 2012

You're The Best I Ever Had

Alhamdulillah..di saat aku sgt2 memerlukan sokongan moral, he always there for me.. Sometimes aku boleh handle my own feelings alone..but sometimes aku rasa sgt down dan macam takleh nak terima kenyataan.. Yeappp..kenyataan yg skrg aku masih belum ada baby lg..still takde rezeki untuk menimang cahaya mata..

Aku selalu +ve kan diri dan sedaya upaya cuba utk memujuk diri agar tidak menyalahkan takdir.  Aku tahu Allah dah tentukan nasib diri aku dan suami sejak dari azali tp nama lagi manusia kan, terkadang tu mmg aku rasa sedikit down, sedih, geram dan macam2 lagi lah.. 

Yang jadi mangsa hubby aku la sbb aku akan attack dia dengan berbagai reason kenapa kitorang susah nak dpt baby.. Topik yang wajib aku sentuh adalah sebab dia keje offshore jauh di lautan sana and me alone at our home town..!! Ya Allah, kejamnye aku kerana mempersoalkan tempat cari makan hubby aku dan aku sgt pasti dia lagi stress..

Lepas je aku datang bulan baru ni, aku takde la frust sgt tp aku frust sbb tak boleh terus berTTC.. planning nak buat IUI juga tergantung mcm tu je..mcm mana nak buat dah si suami takde..Huhu, tensen..!! Suppose hubby ada time fertile April ni tp ada problem plak kat kapal dia, so kena extend.. Time tu la aku mengamuk dan marah2 hubby aku (actually i didn't mean to do that)..

So Sweet :-)
Dengan tenang dan sabar hubby aku SMS aku (klau gaduh kitorang takleh ckp fon).. Kata2 hubby buat aku terus cool, sedih dan rasa nak peluk dia tang tu jugak (klau la dia ada depan aku..!!)
" Allah taknak bagi rezeki lagi..blum smpai waktu, kalau Allah nak bagi sekelip mata pun dapat, tawakal kepada Allah, mungkin lepas ni ada rezeki, sabar ok...setiap yg berlaku ada hikmahnya, Allah nak menguji kita, Insya-Allah sampai waktunya..kita kena yakin dgn Allah.." Huwaaa...

Moral of the story, aku kena lebih berhati-hati dgn kata2 aku agar tidak lagi mengguris hati dan perasaan hubby aku..Aku kena lebih bersabar dan tanak lagi stress (boleh ke..?) dan kena lebih redha..Insya-Allah..

Semoga Allah menguatkan semangat aku dan hubby, memakbulkan doa-doa kami dan tak lupa juga doa-doa kawan2 TTC sume :-)

Jom mari berdoa :

" Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisiMu zuriat (keturunan) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa" (Surah Al-Imran 3:38)

Aamiin...

Feb 16, 2012

next step IUI..?

Honestly aku tak tau sgt pasal proses IUI ni.  B4 this just baca kat blog kawan2 TTC and search info kat website dan jugak forum berkaitan.  Tapi biaselah takde la 100% faham keseluruhan proses IUI ni.  Memandangkan usia perkahwinan dah nak masuk 3 tahun (genap bulan Mac ni) huhu, i wanna proceed with the next step...

Scary jugak tgk procedure IUI ni..huh..
Hubby balik weekend ni bleh la gi jumpa Dr. Shah Reza (gynae kat HUSM dan ade buka his own clinic).  Sebelum ni dia takde pun suggest kami buat IUI..cume suggest aku buat Laparoscopy dan IVF jer.  Lap and Dye Test aku dan buat April 2011.  Alhamdulillah tiub ok, takde blocking cuma ada a very-very small endo.  Takde la plak dia state brapa cm, maybe time buat tu aku hampir2 time peyed that's why endo tu muncul.  He said nothing to be worried.. Insya-Allah.. He suggest IVF sbb katanya chances utk berjaya tu tinggi memandangkan patient muda (hahaha..muda la sgt..!)  Hubby suh KIV dulu IVF..dan aku juga masih tak bersedia utk proses IVF memandangkan kami PJJ yg akan menyukarkan kami utk proses2 IVF tu :-(


Tp bila dah blogwalking kawan2 TTC yang penah buat IUI, i think i wanna go for IUI..  Harap2 lps cycle peyed Mac ni kitorang dah boleh proceed dgn IUI.  Tanak tunggu lame2, u see pejam celik pejam celik dah nak masuk Mac pun..aku jugak kena kejar masa memandangkan hubby aku bkn slalu ade.  Haaa..tiba time ni dah jadi sedikit emo okeh..klau nak ikutkan chances nak pegnen dlm setahun cuma 40%..mcm thn ni masih belum jumpe hubby ye kawan2, almost 60 days. Dia balik job plak aku baru lps fertile, timing pun slalu jer tak kena..

Kawan2 yg senang beranak (rezekinya dipermudahkan Allah) tu mst pelik kan geng TTC slalu kire tu, kire ni..but the truth is mmg mcm tu, we all have to know what is our problem, when is our fertile time and we have to go through all kind of fertility treatment.. hurmmm, tanak mengeluh.!! sebab sume tu Tuhan dah tentukan..kita cuma perlu ikhtiar dan redha (always try to be positive :-)

Niat dihati, hubby balik ni nak cuba Perubatan Islam dan IUI..Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk menimang cahaya mata.  Insya-Allah...

Feb 9, 2012

Alahaiii..

Aiishhh..tensionnye..!! Pagi td boss suh fotostat psl Bengkel Perancangan Strategik yg akan diadakan pada Feb 2012 tp takde pulak state bila tarikhnye..belek punye belek ternampak la nama aku yg akan turut serta bengkel tu nanti..errkk, aku dah tak sedap hati..mst bengkel tu time aku nak bercuti-cuti honeymun ngan hubby..

Yelah ni dah nak masuk tgh bulan Feb..aku sgt2 pasti bengkel tu nnt mst akhir bulan ni..Ohhh, tidak..!! camne ni sume tiket dah booked..Huhu, nak mintak excuse tu segan la plak even aku ke bengkel tu hanyalah sbg pelapor je kot, takde la aku nak discuss dlm grouping mcm diorang tu..Aisehhh..mencik, mencik, mencik..!

Dah la susah bebenor nak spend masa ngan hubby, time dia balik camni mulalah ade je hal kat office.. Ptg ni bos ada discussion psl bengkel tu ngan pihak UMK..harap sgt2 bengkel tu cancel (haha, jahat siottt), tak pun nama aku tak tersenarai..Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

Jan 14, 2012

Ohhh..soal anak lagi..

Saat dan ketika ini aku rasa terkesan dgn soalan kwn lama aku..yeap, kwn lama sewaktu zaman skolah tp kitorang takde la rapat sgt pun tambahan dia tu laki.. Lama gile kitorang lost contact, tup2 chat ngan aku kat FB tanya psl anak.
Jgn silap paham oke, SERIOUSLY aku langsung tak marah bila org tanya psl anak..cuma aku geram dan sedih IF ada yg tanya pastu nak kondem2 aku dan hubby..tolong lah oke, tolong phm hati, perasaan dan situasi aku di kala ini..

Kawan : Salam..brapa org dah anak? (Wowww..bertahun tak jumpe then tnya soalan cepumas ni)
Aku : Salam..takde rezki lg..masih menunggu :-)
Kawan : Haa..dah brapa bulan? (Dgn gaya terkejut gamaknye, huhu)
Aku : Bulan apenye, dah nak masuk 3 tahun..ape nak buat sume keje Tuhan..dah ikhtiar pun.. (terus je aku bg jwpan yg agak complete)
Kawan : Ooo..takpe takde rezki lg (mcm nada besalah je..agaknyela..haha)
Aku : Tu la takde rezki lg..ko dah brapa org anak?
Kawan : Haa..bln 4 ni Insyallah..
Aku : Ooo..yeke, Insyallah sume selamat..tak balik kg ke, lama dah tak jumpa..
Kawan : Haa..lame.. (FULL STOP)

Aik..tngu punye tngu dah takde dah..maknenye tegur aku dlm FB semata-mata nak tau tu jelah..mmg siot la..tu yg buat aku geram sbenanye..Bukan mamat ni sorang je, ada jugak kwn pompuan yg penah tanya aku through FB then bila aku dah jawab terus terdiam seribu bahasa..

Pelik btol la aku..sungguh bz body okeh..itu bukan prihatin namanye wahai kawan.  Saat aku dalam keadaan sedih dan tertekan ni (disebabkan sikap masyarakat sekeliling) tiada yg mengerti perasaan aku melainkan suami, family dan juga some of my bes frens.  Walau apapun, aku tahu Allah itu maha adil dan maha penyayang.  Dia sedang menguji aku dan suami ketika ini.  Ya Allah, Engkau kuatkanlah semangat hambaMu ini.  I'm trying to be positive as much as i can sbb aku pasti Allah dah aturkan yg terbaik buat aku dan suami.


Aku pasti sinar itu akan datang jua, Insyallah :-) I BELIEVE IN ALLAH..

Jan 9, 2012

Aku Yang Menurut Arahan

Nasib badan...aku hanya menjalankan tugas selaku PA Boss atau dgn kata lainnya seorang secretary.  Aku mmg akan jadi amanah dan jujur sebaik mungkin.  Ya, aku mmg berpegang teguh pada amanah orang dan juga menepati janji kerana itu mmg sikap semulajadi aku tambahan pulak aku seorang PA..


Tapi malangnya sesetengah orang tak paham dan beranggapan aku ni tanak share apa2 good even bad news ngan diorang.  Pleasssseeee la, korang mmg tak paham..!! aku nak cakap pun susahla... But since sume org office aku dah tau aku leh la letak conversation antara aku ngan boss pagi td (lebih kurang mcm ni lah dialog tu ek) :

Boss : Intan tau tak saya dapat jadi Timb. Pengurus Besar.  Tp tak official lagi, kena dpt kelulusan dari Menteri dulu.
Aku : Ooo..yeke, tahniah boss :-)  Sy pun baru tau jugak ni.
Boss : Jgn bgtau orang lain lg ye, sbb takde hitam putih lagi.  Sume staff BPP tak tau lg.  Cuma Intan tlg sediakan nota serah tugas saya, maybe awal bulan Feb kalau jadi la..
Aku :  Nnt dapat boss baru la sy pasni..Hehe, ok bos..sy takan bgtau org lain.

That's it...FULL STOP..aku tanak berita tu sampai dr mulut aku sebab walaupun benda tu mcm dah konfem tp bos aku dah pesan camtu so aku ikut jelah.  Tup2 lepas je masuk ofis after bekfes dah bising 1 office bos dapat jawatan baru.  

Dan ada la yg bertanyakan aku nape tak bagitau bos dapat post baru la..itu la..ini la..  Ohhh..oke..aku hanya menjalankan perintah supaya mengunci mulut lg pun ni bukan kali pertama bos mintak aku simpan rahsia.  Apa yg penting berita tu orang lain yg sampaikan and not me.  Cuma tolong faham dengan tugas aku, itu aje..sekian, terima kasih :-)

Nov 19, 2011

Dah memang periuk nasi kami

Hurrmmm..mengeluh panjang aku kalau memikirkan masalah yg satu ini..
Aku hanya mampu berdoa "Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusanku dan suamiku...Amin.."

Tiada apa yang boleh kami buat kerana Allah telah tentukan rezeki suamiku nun jauh di lautan.  Dah memang rezekinya dapat keje offshore, so nak atau tidak suami aku kene jugak kerja..takan lah aku plak yg nak tanggung dia kan..? Impian nak keje di darat tu mmg ada, bukan selama-lamanya dia nak keje offshore tu tp buat masa sekarang itulah periuk nasi kami.  Bkn dia tak apply keje gomen @ private sector tp takde rezki lg, so wat more can i say.. kekadang tu stress jugak sbb orang ikut suka mulut je nak ckp apa tanpa memikirkan perasaan dan tak tau hujung pangkal kehidupan kami.

Suara2 sinis kedengaran "kalau duit banyak tp duduk berjauhan pun apa gunanya".  Helloooo..mcm la suami aku tu keje offshore sbb nak kejar duit semata2.  Tak paham la dengan mentaliti sesetengah orang ni.  Sape tanak hidup sebagai pasangan suami isteri normal yang lain kan, kami juga ada cita2 dan impian kami sendiri.  Tak perlu lah aku story one by one perancangan kami tp seperti yang aku tekankan, buat masa sekarang kami hanya mampu bersabar dan berkorban sedikit masa kami.  Insya-Allah pengorbanan kami ini berbaloi dan mendapat ganjaran daripada Allah.

Jadi kpd orang2 di luar sana janganlah anda sesuka hati menghakimi @ menilai kehidupan orang lain.  Ambil tahu dan prihatin itu sgt jauh berbeza dari buzy body @ suka jaga tepi kain org.  Tak semestinya berjauhan dari suami tidak bahagia dan tidak mempunyai zuriat itu tidak bahagia.  Lambat @ cepat je dan biar masa yg menentukan.  Allah dah tentukan yg terbaik buat hambaNya dan jika itu adalah yang terbaik buat kita, kita harus redha. (Ya Allah kuatkan lah hati dan semangat hambaMu ini, ameen...)

Oct 25, 2011

Song Of The Week

Jiwang Mode :-)
Minggu ni merupakan minggu yg menyedihkan lah..  Terasa sgt dgn ketiadaan hubby, walaupun baru nak masuk seminggu dia start keje.  Huhu..and i have to wait another 2 months to meet him again..!! (mengikut perkiraan my hubby la)  Sabar, sabar and sabar.  Aku hanya perlu bersabar dan kuatkan semangat menempuh hari2 mendatang.  "Sayang abe ni kuat, syg perlu kuat semangat..barulah abe akan jadi kuat juga.."  Tulah antara kata2 semangat hubby aku sblum kitorang berpisah ari tu.

Ni aku ada nak post 1 lagu yg sgt3 aku suka.  Lagu ni hubby tujukan khas kepada aku, u're so sweet honey.

LAST NIGHT ON EARTH - Green Day


I text a postcard, sent to you
Did it go through?
Sending all my love to you.
You are the moonlight of my life every night
Giving all my love to you
My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

With every breath that I am worth
Here on Earth
I'm sending all my love to you.
So if you dare to second guess
You can rest
Assured that all my love's for you

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
I'm sending all my love to you.

My beating heart belongs to you
I walked for miles 'til I found you
I'm here to honor you
If I lose everything in the fire
Did I ever make it through?