Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Mar 26, 2013

Wedding Anniversary

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 14 Mac lalu genap usia perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik dah pun 4 tahun tapi still rasa cam pengantin baru...boleh..?? hahaha..takpe la kan,  janji happyyy...

Wedding Anniversary this year kitorang celebrate kat Bali, kirenye holiday + honeymoon + celebration.. 3 + 1, macam iklan nescafe plak..huhu.. Celebrate awal sket dari tarikh anniversary sebabnye takut hubby kena naik job, so lbh kurang seminggu awal dari tarikh sebenar..tak kesah la yang penting spending quality time together to the max...!! 

Stay 4 days 3 nights kat Bali memang perkara yang paling best yang tak mungkin kami lupekan. We love Bali's surrounding sooo muchhh..pantai, gunung dan pemandangan di Bali sangat cantik.. We love their nature sbb tu kami lebih suke luangkan masa ke tempat yang kaya dengan keindahan muka bumi daripada tempat shopping sebab sangat sukekan alam semula jadi..

Serious talk, for me Bali is better than Phuket. Sebabnye Phuket for me cantik pulau dan pantai sahaja tapi Bali lebih kepada pantai, pergunungan, tasik dan persekitaran semula jadi. Memang sungguh indah ciptaan Allah SWT. Tu baru Indon ngan Thailand kan..tak tau la kalau pegi Switzerland ke, Italy ke, Turki ke macamana la gamaknye perasaan aku..hehe..In Shaa Allah kalau diizinkan dan ada rezeki lebih boleh la ke sana. Tapi jangan silap sangka ye... ke rumah Allah juga aku dan husband teringin sangat nak pegi cuma biar masa yang menentukan, In Shaa Allah :-)

DAY 1

Bertolak dari LCCT ke Bali jam 9 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Disebabkan flight pagi kitorang cam biasa order Nasi Lemak Pak Nasser as our breakfast. Sedap dan mengenyangkan.


After safely landed at Ngurah Rai Airport, kami terus menuju ke hotel. Memandangkan time tu dah tengah hari, so kite check-in terus la...lagipun tak sabar nak tengok hotel yang aku book through Agoda. Nasib baik la bab2 mem'booking' ni hubby serahkan 100% pada aku... So, dapatlah aku choose nak stay kat hotel mana dan yang pasti aku takan overbudget la..kesian kat hubby :-)

Menariknya time kitorang pegi tu sebenarnya dekat dengan sambutan 'Hari Raya Nyepi' (Silence Day) yang jatuh pada 12 Mac 2013. Pada hari tersebut seluruh Pulau Bali akan sunyi sepi kerana dilarang mengadakan sebarang aktiviti. Kuat betul kepercayaan dan agama mereka. Airport pun akan tutup dan tiada penerbangan pada hari tersebut, urusan keluar masuk hotel juga tidak dibenarkan dan para pelancong yang mmg dah ada kat sana pun tak dibenarkan melakukan sebarang akitiviti even berjalan2 di pantai sekali pun..dan lampu pada waktu malam tidak akan dinyalakan termasuk pemotongan kesemua channel TV..!! Huhhh..nasib baek la time tu kitorang dah fly balik Malaysia :-) 

Kitorang stay 3 malam di 3 hotel berbeza...sebabnya..? Kitorang stay kat berlainan tempat iaitu Jimbaran, Sanur dan juga Kuta. First nite kat Abi Bali Resort and Spa. Suke hotel ni sebab bilik dan bilik air yang super besar, bersih and selesa, juga sangat2 calm dan privacy.

Alhamdulillah dah sampai..excited kan muke..hehe..
Bilik air yang super besar.
Tempat shower dia open, kalau hujan leh trus mandi direct..senang :-)
Dapat katil cenggini tp ok je yg penting tilamnya empuk ya...
Petang plak kitorang ke Pantai Jimbaran, nak tengok sunset dan dinner kat sana. Kat sana jam 6.30 ptg dah sunset. Jom layan gambar.

Sementara tunggu sunset.
Our seafood dinner

Perlahan2 mentari menyembunyikan diri
Miss this moment
After dinner, kitorang balik hotel dan aku sempat buat 15 mins FREE foot reflexology, ya ampunnnn sedap banget urutannya buk..rasa cam nak terZzzz terus...

DAY 2

Hari kedua ni kitorang amik pak supir (namanya Pak Ketut Susila, sebut btul2 tau..haha..) sebab senang nak bawak kitorang ke tempat2 menarik. So, after breakfast (mkn roti n telur rebus je sbb was2) kitorang terus gerak. 

1st place ke Tampak Siring. Tempat ni merupakan tapak warisan UNESCO, ada kuil dalam tu tapi tak masuk pun tgk rumah ibadah dia cuma jenjalan sekeliling tempat tu. Careful apabila kengkawan nak shopping souvenirs kat sini sbb kena pandai tawar kaw2 dan diorg sgt suke memaksa smpai aku dan hubby naik hangin dgn sorg pompuan tu...gile ahhh pegang lengan aku tanak lepas...ohh pelliisss..!!



Then terus menuju ke Kintamani. Tempat ni Masya-Allah...sangat cantik, tenang, damai dan nyaman.. Tapi sayang seribu kali sayang sbb time kitorang sampai tu baru je lepas hujan dan kitorang takleh nampak view dari gunung tersebut. Rugi sangat, cuma leh nampak bayang2 je tu pun sangat kabur.. Lunch dekat situ sambil hirup fresh air dari pergunungan tersebut.

Ehsan Google.
Camni la lbh kurang gambaran Gunung Kintamani, cantek kan..?
Belakang tu kalau takde kabus akan nampak gunung dari jarak dekat
Can't imagine klau sambil lunch dapat tgk dgn clear view gunung
kat depan tu dari restoran ni :-(
Selesai lunch dan solat....ke next destination iaitu ke Tegalalang area Ubud.

Sekali lagi terkesima dengan keindahan tanaman padi kat sini. Padi bukit ditanam secara bertingkat atau ia di buat mcm terrace.. Saujana mata memandang...




Lepas posing2 sket, menuju ke Tanah Lot pulak.. A must visit place. 

Masya-Allah.. Allah Maha Besar.
Tu dia Tanah Lot Temple kat belakang sana.

Jump Abe..Jump..!!
Kami tak tunggu sunset pun kat Tanah Lot ni sebab hari sebelumnya dah tengok kat Pantai Jimbaran..lagipun  badan dah penat and tak sabar2 nak check in kat Puri Santrian di Sanur. Sampai resort pun dah maghrib time tu.
Unik...kitorang dapat passport khas stay kat sini :-)
Super comfy king size bed
Fresh flowers :-)
Lepaking at the beach
Having our very simple dinner, kat sana susah makan..huhu
Waiting for the sunrise..time ni dlm 6.15 a.m, can u spot the moon up there?
Alhamdulillah..we can see the sunrise
My hubby ada kuasa luar biasaaaa...!! haha..
Love this romantic moment
Best.. Resort ni tak ramai orang
1 of the 3 pools
Breakfast time
Suprised from hotel...weeee...excited..!!
Posing before check out 
Amik gambar sndiri le ye...
DAY 3

Tengahari kitorang check-out dan pusing2 area Kuta je. Pegi shopping souvenirs for our family and frends. Kalau nak beli souvenirs bole trus ke Krishna (bgtau tourist guide, diorg mst tau). Kat sana barang sgt murah dan tak payah nak tawar2 dah, harga fixed tp sgt murah dan mcm2 ade.

Ni je antara yg sempat di snap
Then kitorang singgah makan kat Restoran Nasi Padang, yang pasti org muslim kat sana yang punye. Heavennyeee dpt mkn nasi dan beraneka lauk termasuk ayam kegemaranku..yummehhh..!!

Kenyang perut then singgah kat beberapa lagi kedai souvenirs dan seterusnya check-in kat Best Western Resort Kuta. Stay kat sini sebab sgt dekat dgn Airport sebabnya pagi esok flight kitorang jam 6.00 a.m.. So, by 4 a.m. dah kena ada airport..huhu..

Simple size room
At Kuta Beach

Nasib baik ada org tlg amik gmbar :-)
Malamnye kami stay kat hotel je, aku skali lagi massage..esok pagi dah nak balik..rindu nasi berlauk, mak abah dan Kelate soooo muchhh..hehe..

Time ni aound 4 a.m. Kitorang amik 1st flight. 
Tu la dia cerciter holiday + wedding anniversary kami. Coretan sekadar memori untuk kitorang dan jugak panduan kpd kengkawan yang planning nak ke Bali. Semoga bersiaran lagi dalam entry seterusnya. Assalamualaikum :-)

Jan 1, 2013

Summary of year 2012

Assalamualaikum wbr...

First of all HAPPY NEW YEAR 2013..!!

Rindunye kat kengkawan...ishhh..mcm la ramai sgt follower blog aku ni kan..hehehe.. Tak kesah la kan, yang penting ada sesuatu nak coret kat sini sebagai kenangan diri sendiri di kemudian hari.

Okey memandangkan hari ni dah pun 1 Jan 2013, aku ada buat summary for year 2012.. biaselakan dari last week buat entry ni tp dah masuk new year baru publish..kiranya 1st entry untuk 2013 la kan :-) 

For me yang manisnye banyak jugak dan tak kurang yang pahit terpaksa ditelan jua..huhu.. Yang paling menjadi topik utama sudah semestinya perihal zuriat yang masih belum menjadi kenyataan. Allah maha mengetahui bilakah masa yang terbaik buat aku dan suami untuk dapat anugerah paling bernilai tu.. Hanya perlu sabar, redha dan tawakkal.  

Okey tanak la sedih2 kan, jom kite flashback tahun 2012.. It's a summary about my holiday trip, family day dan sweet memories sepanjang tahun 2012 :-)

JANUARI 

CAMERON HIGHLAND
Tea time at Multicrops Plantation
Kalau gi CH pun rasanya nak makan ni je...heavennnn sgt..!!
FEBRUARI

PHUKET, THAILAND
Click here for further story at Phuket
Yeayyy.. I can see the islands..!!

View from our hotel, awesome..

MAC

3rd ANNIVERSARY CELEBRATION




MEI

BANDUNG, INDONESIA

Click here for Travelog Bandung
Super duper comfy king size bed
At Pasar Baru Trade Center
Restoran Nasi Padang Sederhana,
tapi menu dia bukan sederhana..terlebey sudah..
One of the factory outlets
Alhamdulillah, holiday trip kali ni sponsored by me,
hadiah tak seberapa buat my parents :-)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Entry yang belum pernah aku tulis sebelum ni.. hehe.. Alhamdulillah, aku telah mendapat APC setelah 3 tahun berkhidmat dengan agensi kerajaan.  Penghargaan sedemikian rupa bagi 'orang baru' seperti aku membuatkan diri ini merasa cukup bertuah kerana boss berpuas hati dengan cara kerja aku.  Alhamdulillah, rezeki aku agak cepat dan In Shaa Allah giliran kengkawan yg lain pulak lepas ni :-) 

Serious rasa nervous cam ambik scroll kat UiTM dulu...hehe..
Waiting for our turn
Me with my office colleagues
Warga KADA
SEPTEMBER

PULAU LANGKAWI
Cerciter Langkawi trip kat sini
We are on the top of the world...!! Hehe..
Standard la kan klau holiday berdua, cara pose mcm ni wajib!
Our candle light dinner..candle la sgt kan...
OCTOBER

HUBBY'S BIRTHDAY

Celoteh Hubby's befday kat sini



TOK AMAN BALI BEACH RESORT

Lepas raya haji hari tu, kitorang berfamily day kat Tok Bali. Stay 1 malam je, walaupun tak cukup korum tapi hepy sbb dapat spent time together. Jom tgk gambar :-)

Swimming pool dia best..!!
View from our balcony
Me with Kak Ida 
Hubby and Kak Elly
Beloved parents


NOVEMBER

LOST WORLD OF TAMBUN


Family day kat Tambun, Perak selama 2 hari 1 malam on 11-12 Nov 2012. Stay kat homestay area Tambun dan keesokan harinya ber'hepi-hepian' kat Lost World of Tambun.
Best sangat, i luv my famly soooo much..!! Kali ni banyak gambar ye sbb story psl family day ni tak sempat buat pun..
Ni nama dia Nur Syafia Farhana.. penat sgt la ni ye..cumelll
Si Stylo ni nama dia Hannah Amirah, super cute lil girl.. 

Antara insan-insan yg plg seronok nak main air
Ni pulak Nur Afifah Ezzati dan Muhammad Harith Amir
The boys :-)

Don't shoot me gajah..!!
Penat sangat ye Harith :-)
Asal duk kat nenek mst sleppy, Erfan pun same gak.. hehe..
My fav girl, Nur Syafiqa Farhana dan Cik Li

PULAU LANGKAWI
(again with my parents :-)

Selepas balik dari Tambun, kami terus menuju ke Langkawi. Kali ni bawak mak abah pulak. Tapi cuma kami berlima je.. Hubby, me, my sis dan my parents. Stay 1 night kat Kuala Perlis dan 1 night kat Langkawi.


Happy faces of Mak Abah
Ouchh..silau :-)
Cinta Hati..luv u..
Hebatkan saya..hehe..

i) OWN LABEL
ii) PB Business

Alhamdulillah, finally I have my own label 'TrendyWardrobe Collection' :-)
Selling tudung through online seperti tudung bawal and i also design my own shawl.. I'm using good quality material with affordable price. Besides that, i also make a decision to make biz with Premium Beautiful as my side income..!! The best part adalah both my part time biz was through online.. So, my time sgt flexible and normally i spent not more than 2 hours every night doing my biz :-)

Here some collections of my shawl :-)
Buku lama dah tutup dan kita buka buku baru dengan azam dan hasrat agar kehidupan hari-hari mendatang lebih baik dari yang sebelumnya. Yang penting selalu berdoa kehadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak. In Shaa Allah :-)