Showing posts with label Treatment. Show all posts
Showing posts with label Treatment. Show all posts

Jan 31, 2013

Still Negative...??

Today is day 18.. Normally time ni dah lps fertile time.. Tapi yang menghairankan aku la kan, sampai skrg result ovulation test still and still negative.. why ooo why..??

Risau la plak.. hajatnya nak consult dgn gynae mlm ni.. huhu..

Start period hari tu aku continue makan Clomid and Alhamdulillah the result sangat2 OK.. Aku buat TVS on day 11 and telur2 membesar dengan jayanya. Both me and husband happy :-) Best je dgr doc ckp aku mmg tak ada masalah cuma rahim je retroverted.. Telur ok, besar sangat2.. Tiub pun ok lagi pun aku dah buat laparoscopy last year.

Tp yang jadi masalahnya suppose and normally on day 10 tu EWCM akan kuar dengan banyaknya tp aku heran sbb mmg langsung tak keluar. Adakah telur2 ku tak pecah..?? Atau adakah effect makan clomid yg menyebabkan Egg White tak kuar..?? Aku fikir kebarangkalian tu mungkin ada sbb aku penah terbaca dlm internet yang sometimes kita tak mengalami ovulasi tapi tak berapa clear and faham.. In Shaa Allah malam ni nak jumpa gynae and hopes everything ok.

TVS.. yang kaler hitam tu adalah my egg, about 25 mm :-)
Tapi tu lah kan, semua urusan ALLAH SWT.. tapi at least aku dan husband puas hati sebab kitorang telah berusaha melalui rawatan moden, tradisional bah kan rawatan islam sekali pun.. Tapi aku tak kuasa la nak citer dan terangkan kat orang2 yang sgt suka memerli dan memandang rendah terhadap kami yang masih belum dikurniakan cahaya mata ni.

Yang diorang tahu adalah nak menyakitkan hati dan perasaan aku. Suruh aku buat itu dan ini sedangkan mereka tak tau yang aku lagi advance sebab aku dah cuba macam2..dah surf segala macam kat internet.. Ada jugak kwn2 yang kononnya prihatin and suh aku cuba itu dan ini sedangkan aku mmg dah sedia maklum dgn tu semua. Kalau ye pun tanya la dulu kan, ni tak terus je ingatkan aku agar bersama pada waktu subur la, itu la ini la.. Helloooo, aku dah kawin nak masuk 4 thn okeyyy and aku mmg sedia maklum semua tu. Terkadang mmg tension la sbb ingatkan kita ni teruk sgt ke smpai bnda tu pun nak ajar..!!

Okay, tetiba takde mood...hohoho..continue next entry ye..take care fren :-)

Jan 14, 2013

Jom Kita Usaha :-)

Assalamualaikum readers...

Petang2 camni tatau nak buat apa la pulak dan tetiba mood nak berblog ni mcm bagus je sehari dua ni.. I LIKE..!!

Actually entry kali ni mengenai TTC. Skrg dah nak masuk tengah bulan January and suppose hari ni day 28 Miss P akan menjengah diriku tapi nampak gayanya belum lagi ni. Sehari dua lagi kot (walaupun dlm hati ni feeling pregnant..hahaha!!)

Tapi aku tanak letak harapan terlalu tinggi lagipun dah 3 bulan kami TTC naturally.. no more Clomid or Ovulation Test Kit.. Bukan malas tapi rasa tanak pikir psl tu, just kira ovulation time manually sbb Alhamdulillah period cycle teratur so senang nak predict.

Cuma, last month period lewat 5 hari u'ollsss..!! nervous semacam je aku..hehe..maklumlah sblm ni on time jerkk.. Walaupun Try To Conceive naturally tapi aku SANGAT RAJIN membeli produk itu dan ini tapi SANGAT MALAS nak pakai or makan secara teratur.. Huhuhu, tu la kelemahan aku, haisshhhh...

Okay, sini aku ada nak share antara usaha-usaha aku skrg, maybe geng2 TTC kesayangan dah tahu produk2 ni kan.. Ramai yg dah berjaya namun masih ada lagi yang sedang mencuba, tapi dun wory at least kita cuba ye kengkawan :-)

1. LUMIGLOW
Beli dalam 2 minggu lepas tapi baru 4, 5 kali guna.. Ya Allah tetapkan lah hati aku utk continuos guna.

2. SUSU KAMBING AL-KHISHBUN

This is mine :-)
Yang ni hubby punye :-)
Pon sameee, minum baru 2, 3 kali...mmg aku sgt suke MEMBELI, dah 3 bulan kot dlm kabinet dapur..hukhukhuk..

3. MADU ASLI


Alhamdulillah setakat ni every morning wajib aku minum (campur dgn air suam) SEBABNYA...?? En hubby yg super rajin buatkan untuk aku. Siap bwk masuk dlm bilik untuk aku minum, :-) Thanx ALLAH, hubby sangat baek.. Kiranya dah masuk botol keempat kami minum.

4. PATI DELIMA GULSAN


Sedap pati delima ni, tapi sangat jarangggg meminumnye, ingat makan, lupe mmg trus tak makan..

Kesimpulannya, aku dengan ini berazam untuk minum dan guna produk2 ni secara teratur, In Shaa Allah.. Bermula cycle baru ni bolehlah start makan secara teratur.. tu tak masuk berbotol-botol supplement yang aku beli.. Ya ampunnnn, Multivitamin, Vitamin E, Calcium, Flaxseed Oil, EPO dan Susu Anlene tu sume bile aku nak makan..?? I mean makan secara teratur..?? Tak boleh, musti tanam cita2 ni..

Jom kengkawan kite same2 usaha ye + DOA kepada Allah yang Maha menentukan segalanya :-)

Oct 15, 2012

Back to Normal Position

First sekali Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi... Bersambung kepada entry berpantang hari tu, pada sabtu lepas aku dan suami sekali lagi pegi ke Machang sebab nak tengok balik keadaan rahim aku samada masih kebelakang (retroverted) atau stay di posisi asal.

Ni la contoh antara rahim normal dan rahim yang menghadap ke belakang 

Berdebar dan takut jugak kan tapi Alhamdulillah rahim aku tak lagi menghadap kebelakang. Syukur sangat2.. Akak mengurut tu pesan agar aku kena still pantang dan takleh angkat benda berat.. Dia jugak ada pesan beberapa perkara dan tips kepada aku dan suami.  InsyaAllah jika diizinkan Allah akan ada rezeki kami berdua lepas ni.  Yang penting aku dan suami akan terus berusaha dan berikhtiar untuk mendapat rezeki yang satu ini.   

Jika still takde rezeki sebab kalau ikut perkiraan 4,5 hari lagi Cik P mungkin menjelma dan early sign pun dah ada (on time lagi nampaknye Cik P kali ni ye), aku ingat nak sambung ambik Clomid ngan Prof Shah. Dan...boleh la scan balik betul ke rahim aku dah normal.. Memang di akui ramai je geng TTC yang 'RU' boleh pregnant, tu sume ketentuan dan kuasa Allah tapi aku cuba berikhtiar kot2 ada rezeki lepas ni :-)

Kepada my beloved geng TTC sume, semoga doa-doa dan usaha kita akan dimakbulkan Allah SWT, InsyaAllah... Sayang korang sume tau :-*

Oct 7, 2012

Berpantang

Salam semua...

Hari ni dah masuk 17 hari aku berpantang.. berpantang kat sini maksudnya aku takleh minum ais, takleh makan sayur2an atau buah2an sejuk (timun, kacang panjang, kubis, tembikai dan yg seangkatan dengannya), dan jugak takleh angkat benda2 berat.

Citernya camni, 21 Sept hari tu aku ada pegi mengurut (pegang2 perut je) kat Machang. Tu pun sedara aku bgtau. Kebetulan hubby aku ada so kitorang pegi la, ikhtiar kot2 cara ni berkesan pulak.

Memula akak tu suh aku baring then dia pegang tapak kaki dan kaki aku sambil berselawat.  Akak tu ckp aku bermasalah dekat rahim..dia pegang pulak perut aku dan katanya kedudukan rahim aku agak senget (ketepi). Sambil baca ayat-ayat suci Al-Quran dia pegang perut aku dan seolah-olah mcm betulkan kedudukan rahim aku. Aku juga disuruh berselawat byk2.. Katanya Alhamdulillah sebab rahim aku telah kembali ke tempat asal.. Menurutnya aku bernasib baik sebab kedudukan rahim tak berapa teruk dan cepat je kembali ke tempat asal.. Alhamdulillah syukur..

Contoh Retroverted dan Anteverted Uterus
Betullah aku jumpa doktor pakar pun dia cakap mcmtu, Retroverted Uterus (RU - kebelakang / terbalik).  Kalau bahasa akak aku pegi mengurut tu ia senget ketepi. Maknanya sama la kan..hehe.. So, aku dinasihatkan agar tak minum ais, benda2 sejuk dan angkat benda2 berat.. same cam orang dlm pantang la pulak.. Aku kena jumpa akak tu lagi seminggu sebelum next period, nak tgk kot2 rahim aku kembali ke tempat sengetnye itu (got it what i mean..? hihi) Sebelum balik, akak tu ada bagi air tawar untuk aku dan suami minum dan jugak untuk mandi.

So, aku dlm proses berpantang skrg tp weekend hari tu aku dah start wat keje2 rumah cam vacum, kemas2 rumah.. harap2 itu tak tergolong dalam keje berat la..huhu.. dan harap sangat ada berita baik untuk aku dan suami lepas ni, InsyaAllah kalau dah sampai waktunya...

Mar 7, 2012

Pusat Perubatan Islam Al-Madani

Assalamualaikum wbr buat kengkawan sume..

Lame betul tak update blog..dah nak berkulat koleksi citer2 yang nak di story.. Huhu, al-maklumlah en.hubby ade kat umah jadik waktu mmg penuh terisi.  

Tp takpelah dimulakan dengan citer rawatan islam yang kitorang baru 1st time cuba.  Hubby balik last 2 weeks, kitorang terus ke Pusat Rawatan Islam Al-Madani yang mmg tak jauh dari rumah kitorang pun.  Balik keje aku singgah la, berdebar jugak sbb macam2 persoalan di kepala aku ni..

Sampai sana dalam kul 5 lebih..lagi pun ustaz tu mmg berubat lepas waktu asar dan maghrib.  Nasib baik time tu takde orang so aku tak perlu tunggu lama.  Mula2 ustaz tanya masalah kami then citer sket kat dia then dia tanya samada dah cuba rawatan moden atau tak? Kami bgtau la setakat ni sume ok takde ape2 masalah alhamdulillah..

First dia tgk keadaan hubby aku..dia pegang tapak tangan then baca ayat2 suci Al-Quran.  Aku tgk hubby aku steady je.  Alhamdulillah takde masalah pada hubby aku :-)  Then tiba plak giliran aku.  Aku diminta belunjur ke arah muka pintu then dia pegang tapak tangan sama mcm dia buat kat hubby.  Pada mula aku rasa biase je then beberapa minit lps tu aku rasa sgt2 sakittt..!! Terus dia cakap "ada gangguan pd isteri"  Terkejut jugak aku tp aku dah dapat jangka it must be something wrong..

Ustaz tu ckp ada gangguan makhluk halus..sbb tu susah nak lekat (but i still thinking that kehidupan kami yg asyik berjauhan also must be 1 of the reason).  Ustaz tu terus merawat aku dgn bacaan ayat-ayat suci.  Then beralih plak ke bahagian bahu aku.  Tang sini aku lagi rasa sgt2 sakit sampai kan air mata aku kuar tak henti2..tp aku tahan je semampu boleh..sampai terangkat2 kaki aku.  Pdhal ustaz tu just pegang je bahu aku.

Apabila sakit dah beransur hilang dia beralih pulak ke paha then last skali kaki aku.  Sakit tak yah nak citer la beb..!!  Mahu je aku jerit tp aku tahan sambil baca Ayat Qursi.  Aku pegang dan genggam tangan hubby semahunya sampai dia pun kesian tgk aku.. Huhu.. 

Bila rasa sakit dah makin hilang, ustaz tu stop dan bagi aku 2 botol air yang telah dibacakan ayat-ayat pelindung dan ayat-ayat suci.  Dia minta aku banyakkan baca Ayat Qursi dan baca Bismillah.  Insyallah makhluk halus tu tak lagi datang ganggu or menumpang.  

Apapun aku puas hati sbb at least kitorang tau masalah kami dan sedaya upaya cuba berubat.  For my hubby, dia minta aku bersabar dan insyallah lepas ni ada rezeki.  Terima kasih tak terhingga sbb hubby sgt2 memahami dan selalu positifkan diri aku...