Alhamdulillah, hari ni dh masuk hari rabu. Weekend ari tu jadi jugak pegi ke Penang then ke Sg Petani dan lastly kenduri ke Kuala Nerang, Kedah. Percutian singkat selama 3 hari cukup membuatkan aku hepy walaupun tak banyak tempat yg kami sempat pegi. Yg penting skali nak mkn2 dan pusing2 kat Penang je.. Hehe.. Kali ni aku dan hubby bawak mak ikut skali sbb mmg mak dah lama nak ke Penang dan Kedah memandangkan mak pernah tinggal disana. Mak nak mengimbau memori la tu. Hehe..
1st day ke Penang kitorg stay kat
B-Suite. Sampai sana dah petang so malam tu kitorg ke
Batu Feringghi. Dinner kat
Restoran Tarbush (kesedapan makanannye tak sama dgn Restoran A.M. Tarbush kat Kelantan..huhu) dan window shopping kat Night Market kat situ. Pagi esoknya breakfast roti canai kat
Original Kayu Nasi Kandar then beli jeruk buah2ah yg sgt best kat tmpat pembekal. Buah2ah kat situ fresh x macam yang dibeli di pasar. Pastu kitorg ke
Queensbay Mall kejap, cari baju sehelai dua :-) Dah nak masuk tengahari kitorg ke Georgetown, kali ni nak pekena
Nasi Kandar Line Clear yg femes tu. Byk kali jugak pusing nak cari kedai and parking, nasib baik ada GPS (kdg2 tu x betui jugak direction yg dia bg..hampeh..) Kesedapan mmg menjilat jari cuma dari segi kebersihan agak kureng sket, lg pun kedai dia kat tepi2 lorong je tp punyelah ramai org Q nak makan kat situ. Pas tu ke
Padang Kota Lama, tgk2 pemandangan kat situ then pekena pulak
Pasembur kat
Medan Selera Renong. Perut dah rasa ketat gileee tp nak sumbat jugak mknan selagi buleh...Ish3 paroksss..ahahaha..
|
Mabeles...shedappp..!! |
|
Seyesnye muke 'abe' saya :-) |
|
@ Restoran Tarbush Batu Feringghi |
Dah kenyang and puas mkn, bermulalah misi ke
Sg Petani. Kat sana stay kat umah Zul (kwn sekapal abe :-) Beria2 dia suh stay umah dia sbb dia ngan wife dia je yg ada, bilik kosong pun byk. Malam tu Zul bawak kitorg tgk Kem Askar tmpat mak penah tinggal dan jugak area umah sewa mak dulu di Bakar Arang. Then kitorang dibawa pekena Char Keow Tiau Special. Fuhhh, terangkat..dengan udang besar dan telur mata pun ada. Lepas makan kitorg pegi mcm ala2 uptown gtu, tp kejap je sbb brg sama mcm kat Wakaf Che Yeh lg pun mak dah x larat nk jalan. Balik rumah dan rest, teramat penat...
On the 3rd day, kenduri di rumah Bob kat
Kuala Nerang. Pagi breakfast kat umah Zul then kitorg di bawa melawat ke Hutan Paya Bakau, Muzium Arkeologi dan Kaki Gunung Jerai. Singgah sebentar di rumah keluarga Zul di Pokok Sena sbb nak ambik ikan pekasam. Selepas tu kitorang terus menghala ke tempat kenduri yg memakan masa lebih kurang 20 minit dari Pokok Sena. Kenduri kat sana meriah juga sama macam KB jugak sbb ada DJ dan lagu2 kahwin disamping menu yg sangatlah byk. Nasi minyak dan lauk pauk, kuih-muih, laksa penang, mee goreng dan juga minuman panas dan sejuk. Selesai hubby berborak dan amik gmbar ngan pengantin kitorg terus bertolak balik ke KB pd pkul 3 ptg.
|
Me and Mak..suke sgt pemandangan kat sini |
|
Me and Hubby, 2nd time stop kat sini..alhamdulillah |
On the way balik, singgah kat
Hentian Titiwangsa (amik gambar dulu, WAJIB..hehe) Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan kami selamat tiba di rumah jam 10.30 mlm setelah berhenti mkn malam di Kbg Kerian, pekena roti canai kari tulang. Hehehe...ALHAMDULILLAH.