Alhamdulillah..di saat aku sgt2 memerlukan sokongan moral, he always there for me.. Sometimes aku boleh handle my own feelings alone..but sometimes aku rasa sgt down dan macam takleh nak terima kenyataan.. Yeappp..kenyataan yg skrg aku masih belum ada baby lg..still takde rezeki untuk menimang cahaya mata..
Aku selalu +ve kan diri dan sedaya upaya cuba utk memujuk diri agar tidak menyalahkan takdir. Aku tahu Allah dah tentukan nasib diri aku dan suami sejak dari azali tp nama lagi manusia kan, terkadang tu mmg aku rasa sedikit down, sedih, geram dan macam2 lagi lah..
Yang jadi mangsa hubby aku la sbb aku akan attack dia dengan berbagai reason kenapa kitorang susah nak dpt baby.. Topik yang wajib aku sentuh adalah sebab dia keje offshore jauh di lautan sana and me alone at our home town..!! Ya Allah, kejamnye aku kerana mempersoalkan tempat cari makan hubby aku dan aku sgt pasti dia lagi stress..
Lepas je aku datang bulan baru ni, aku takde la frust sgt tp aku frust sbb tak boleh terus berTTC.. planning nak buat IUI juga tergantung mcm tu je..mcm mana nak buat dah si suami takde..Huhu, tensen..!! Suppose hubby ada time fertile April ni tp ada problem plak kat kapal dia, so kena extend.. Time tu la aku mengamuk dan marah2 hubby aku (actually i didn't mean to do that)..
So Sweet :-) |
Dengan tenang dan sabar hubby aku SMS aku (klau gaduh kitorang takleh ckp fon).. Kata2 hubby buat aku terus cool, sedih dan rasa nak peluk dia tang tu jugak (klau la dia ada depan aku..!!)
" Allah taknak bagi rezeki lagi..blum smpai waktu, kalau Allah nak bagi sekelip mata pun dapat, tawakal kepada Allah, mungkin lepas ni ada rezeki, sabar ok...setiap yg berlaku ada hikmahnya, Allah nak menguji kita, Insya-Allah sampai waktunya..kita kena yakin dgn Allah.." Huwaaa...
Moral of the story, aku kena lebih berhati-hati dgn kata2 aku agar tidak lagi mengguris hati dan perasaan hubby aku..Aku kena lebih bersabar dan tanak lagi stress (boleh ke..?) dan kena lebih redha..Insya-Allah..
Semoga Allah menguatkan semangat aku dan hubby, memakbulkan doa-doa kami dan tak lupa juga doa-doa kawan2 TTC sume :-)
Jom mari berdoa :
" Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisiMu zuriat (keturunan) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa" (Surah Al-Imran 3:38)
Aamiin...
Aamiin...