Oct 28, 2013

Tanamera PostNatal Care Set

Uiksss..over ke..? 

Rase cam over plak sbb dah beli Set Bersalin.. Hekhek, padahal baru 6 bulan 2 minggu..Poyo nye raseee..

Dah sampai pun :-)
Huhu..sebenarnya memang takde niat pun nak beli lagi set-set bersalin ni.. Tapi haritu ada TERRRpandang satu iklan kat fb pasal Set Bersalin Tanamera ni..

Tengok dan baca testimony mcm best je lagipun ada limited time promo. Harga asal RM360, promo jadi RM330. Klau ikutkan takde la byk sgt less tp entahla dah jatuh cinta kot dgn testimony yang di buat, esp kelebihan VCO dia tu.

Menurut pengguna, penggunaan VCO Tanamera ni dapat mengelakkan koyakan ketika bersalin atau sesetengah tu koyakan yang minima sahaja. Kalau ditakdirkan kena caeser tu nak buat camne kan tp harap2 dpt bersalin normal. In Shaa Allah.. Ape lagi, bgtau kat hubby then dapat green light so ON je lah..
Consists of 11 items
Set Bersalin ni termasuklah :
1. Virgin Coconut Oil (VCO)
2. Brown Formulation Body Soap
3. Boreh Body Scrub
4. Herbal Bath
5. Herbal Massage Oil
6. Feminine Herbal Wash
7. Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
8. Firming Paste (Tapel)
9. Herbal Tea
10. Bengkung
11. Lavender Floral Water

Sebelum bersalin pun ibu hamil boleh gunakan 4 items seperti Herbal Massage Oil (utk urut bahagian2 yg lenguh esp betis dan pinggang), Brown Formulation Body Soap (sabun ni boleh digunakan untuk mengurangkan / menghilangkan kesan gelap kat celah2 badan ni, paham2 la kat mane yek dan jugak boleh hilangkan sel2 kulit mati sebab sabun ni ala2 scrub). Ibu hamil jugak boleh menggunakan VCO bermula minggu ke-30 kehamilan. VCO ni boleh sapu dekat bahagian 'perenium' (sila gugel utk info lanjut, hehe) agar bahagian tu lembut dan mudah terbuka sepenuhnya ketika proses bersalin. Then bermula minggu ke-37, para ibu boleh mula minum VCO tu hingga saat melahirkan. Dan satu lagi Lavender Floral Water kiranya mcm facial mist la.. Sembur kat muka untuk mendapatkan kesegaran segera..! 

Actually 11 items tu termasuk bengkung jugak tapi saya exchange bengkung dengan VCO. So, saya dapat 2 botol VCO..hehe, bengkung nanti nak pakai yang Premium Beautiful tu je, siap dgn Infra-Red lagi kan..

Nanti kandungan dah masuk 8 bulan, ingat nak beli set bersalin khas untuk kesihatan dalaman pulak macam kapsul2 untuk pulihkan dalaman sebab roughly Set Bersalin Tanamera ni lebih kepada kesihatan fizikal atau luaran je. Sape2 ada pengalaman atau nak suggest mana yang bagus boleh la share :-)

Oct 27, 2013

Hubby's Birthday

21 Okt 2013 genap umur hubby yang ke 31.. Dah 31 ke..? Ha ah..rase baru je bercintan cintun hari tu zaman muda mudi.. Hekhekhek.. Dah lumrah alam kan, yang muda pasti tua, yang hidup pasti mati.. So, gunakan masa yang ada di dunia ni sebaik mungkin ke jalan yang diredhai Allah.. 

First celebration ngan Abah dan Mak.. Kitorang berempat pegi makan kat Juara Ikan Bakar di Kubang Kerian. Abah beria nak belanja menantu dia makan2.. TQ so much Abah and Mak jugak. Alhamdulillah kenyang sangat2 :-) Makan kat sini sangat best, sape2 yang datang Kelantan esp kat KB boleh la try makan kat sini, malam tu kitorang order Ketam Sweet Sour, Sotong Celup Tepung dan Ikan Siakap 3 Rasa. Cukup la kan untuk 4 orang makan. Yang penting sume fresh, nyummm..




Second celebration kitorang celebrate berdua. Kali ni i treat him kat Cerana Coffee House di Hotel Perdana. Last minute punye decision nak dinner kat sana, nasib baik makanan ok dan sedap.

Superdelicious Red Velvet and Rainbow Cheese Cake cuppies
Chicken Chop for me
Black Pepper Lamb Chop for him
Giant Ais Kacang,
makan 5 orang baru abes kot
Overall, Alhamdulillah tahun ni dapat jugak celebrate sesame.. Kebetulan jugak hubby pun tak naik job lagi :-)

Oct 23, 2013

Kisah mild anemia dan minum air gula

Mild Anemia atau anemia ringan biasa terjadi di kalangan ibu hamil. Sepertimana yang saya alami sekarang, setiap kali checkup kat Klinik Kesihatan (KK) paras hb saya semakin menurun, lagi2 dah masuk Trimester kedua ni... 1st checkup masa 6 weeks Hb 11.9, latest checkup masa 25 weeks Hb 9.4. Huhu, walaupun dalam kategori anemia ringan tapi doctor dan nurse kat KK Kota Bharu ni pandang permasalahan ni agak serius :-)

Berikut antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah kekurangan zat besi (saya ambil info dr google) :
  • Lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.
  • Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut.
  • Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan darah ketika hamil).
  • Lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin.
* Mintak2 dijauhkan lah dari komplikasi di atas *

Doctor dan nurse sarankan agar makan makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Vitamin dan pemakanan yang saya dah amalkan adalah :
  • Jus Delima Gulsan
  • Iberet Folic 500
  • Makan hati lembu, daging merah, jambu batu.. Tembikai + kerang + kekacang pulak jarang2 saya makan.
  • Madu + Kurma (setiap pagi)

Punnnn paras hb saya tak stabil, turun naik dan tak sampai paras normal iaitu 11. Padahal saya dah amik Iberet Folic 500 yang mmg dah tinggi dosage dia.. Hehe, andaian saya adalah sebab saya amik caffeine kot.. TAPI.. bukan lah everyday tau, selang sehari saya akan minum nescafe atau tea pada sebelah pagi waktu breakfast. Hehe.. tp dah selang 2,3 jam baru saya makan vitamin and rasanya takde kaitan kan, still vitamin tu boleh diserap sebaik mungkin sebab dah ada gap masa :-)

Akibatnya, last checkup masa 25 weeks (21/10/13) saya kena ambik 3 botol darah sebab doc nak check takut ada masalah lain. Rasa nak pengsan hokehhh..!! Dah la kena suntikan kancing gigi kat bahu on the same day, mmg tak prepare mental and fizikal kena inject dan amik darah sebanyak tu time tu.. Mau saya tak gabra, dan2 pening and nak pitam.. Saya mmg sangat takut dengan JARUM..!! 

Seminggu sebelum tu 14/10/13 saya diwajibkan untuk minum air gula disebabkan faktor umur kot walaupun berat badan tak naik mendadak dan tiada sejarah kencing manis dikalangan ahli keluarga. Kesan amik darah dikedua-dua lengan masih lagi berbekas lebam kebiruan sebab haritu nurse tak jumpe cari uratku..Huhuhu.. Seminggu kemudian kena lagi cucuk utk amik 3 botol darah, lengan ni macam kena gigit dracula dah kot.. Hurmmmm... sabar je lah, duk pujuk hati demi si kecik tersayang dalam rahim ni :-)

Haaa...lupelak, masa jumpa doc haritu dia ada suggest saya makan Shaklee sebab dia pun agent Shaklee.. hehe, tp dia jual yg trial pack utk patient dia try. Dia bungkus pack kecik2 cukup utk 2 minggu. Doc tu bagi saya VITALEA dan B-Complex (RM35 both). Saya pun try je lah, kot2 makan Shaklee ni paras hb naik :-)



Papepun, next appointment lagi 2 weeks dan harapannya result sume ok dan paras hb will be back to normal, In Shaa Allah..