Jul 22, 2014

Umar's New Progress

Alhamdulilah anak ibu Umar Luqman dah nak masuk 6 bulan pun... Dah besar anak ibu, rasa cam baru je lahirkan Umar tau..

Umar dah bukan macam baby lagi, tak suke dukung dia ala-ala baby. Letak atas katil pun mesti nak pusing badan nak meniarap lepas tu angkat montot tinggi2.. Nampak gaya cam dah nak merangkak tapi tangan tak kuat lagi. Sekarang asyik undur belakang je..hehehe..


Suara pun makin kuat, marah betul klau orang tak angkat dia nak2 klau dia dah boring duk dalam baby cot. Mainan lama pun dah tak suke, boring gamaknye..hehe, nantilah ibu dan abah beli mainan baru ye nak..

Sekarang Umar tunggu masa nak makan..Cukup 6 bulan boley la start makan solid food. Tak sabar betul abah ngan tok ayah dia nak bg Umar makan. Sume benda yang dia dapat sume nak masuk dalam mulut, beli jugak teether kat Umar tapi dia macam tak puas je geget mendalah tu. Kadang2 kesian tgk air mulut tu menitik sampai basah baju, anak ibu gatal gusi nak tumbuh gigi ye...

Gaya fav time tido..kepala mmg suka teleng camtu :-)
Pola tido Umar pun dah berubah lately. Mentang2lah nak masuk 6 bulan pandai pulak dia tido lambat. Klau dulu Umar memang sangat disiplin. Jam 7 or 8 malam dah start tido. Bangun tak bangun pagi esok la jam 8 pagi. Haaaa skrg dah takde dah, tdo jam 7.30 malam then kul 8 bangun.  Pkul 10 lebih baru tdo pulak... 

Memang tak bergerak la kain baju kat umah aku tu, yang tak berlipat pun sebakul besar, kadang2 pinggan mangkuk di sinki pun suami yang tolong basuh, bulan2 pose ni paham-paham la kan.. Umar pulak time malam la nak bermanja-manja ngan aku, mmg dia nak didukung and kena layan dia je la. Memang malam aku tak sempat buat ape dah nak2 sume orang pegi tarawikh, lps jam 11 aku mmg surrender lagi pulak nak bangun utk sahur pulak.  Huhu anak ku nan sorang ni.. Lain anak lain ragamnye kan tapi papepun syukur sebab Umar membesar tanpa masalah, Alhamdulillah...

Jul 9, 2014

Pray For GAZA

Hati dan perasaan benar-benar diterjah dengan kesedihan yang amat sangat.

Saat kita di sini gembira, happy dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal tak lama lagi, tapi mereka-mereka saudara seIslam kita bermandikan darah saban hari.

Paling terkesan sebab mangsa-mangsa adalah bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.. Ya Allah, Selamatkan Gaza, Selamatkan Islam...


Kita tak mampu menolong mereka..memang tak mampu..!! 

Kita cuma mampu berdoa untuk mereka.. Berdoa tanpa henti.. Jangan pernah lupa nasib mereka saudara seIslam kita di sana..

#prayforgaza #prayforislam #freepalestine #prayforhumanity

Solat Tarawih bersendirian di rumah

Assalamualaikum semua...

Dah masuk 11 Ramadhan pun kite..cepat betul aku rasa Ramadhan tahun ni.. rasa diri ni tak sepenuhnya manfaatkan bulan penuh mulia.. masih banyak yg tak sempat nak buat. Masih byk masa tak di isi dengan amal jariah.

Tambahan pula tahun ni merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan dengan permata hati Umar Luqman. 

Masa yg ada terlalu singkat.. Pagi kerja, balik kerja nak bermanja dgn Umar pun aku rasa tak puas. Nak masuk dapur lagi prepare utk juadah berbuka... Kononnye la kannnn..haha masak la sgt...hehe

Syukur sebab duduk ngan mak abah.. So, mak akan masak menu yg berat, selebihnye aku yg buat, paling tidak beli kat PaRam je ye.. Tapi lately mak juge kurang sehat, begitu juga dgn abah...

Aku salute toink2 la kat ibu2 yang boleh bahagikan masa diorg tu, aku ni maybe dlm proses nak blaja lg.. Al-maklum lah dah tua2 ni baru ade anak..hekhekhek.. Alhamdulillah rezeki dari Allah tak boleh jangka.

Kalau last year, acap kali juga ke Masjid solat tarawih berjemaah..masa tu kandungan dlm 3 bulan... Tahun ni aku tetap nak solat tarawih...tapi di rumah je lah.. tak kesah la yg penting buat walaupun hanya Solat Sunat Tarawih, sebab bukan senang nak cari pahala berganda setahun sekali ni kan..

Panjang pulak intro.. Huhu.. Okay, ni sekadar perkongsian.. Sebabnye dulu aku tak pernah nak solat sendiri kat umah, dah ada Baby Umar ni, kena la amik tau macamana nak Solat Tarawih bersendirian kat rumah ni.


NIAT SOLAT TARAWIH :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

"Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bilangan rakaat ikut kemampuan, paling ringkas 8 tarawih dan 3 witir.  Lakukan setiap 2 rakaat 1 salam dan seterusnya.  Witir pula 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Yang wajib adalah Surah A-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan di luar solat seperti selawat, doa tidak termasuk amalan solat tarawih tetapi hanya selingan antara solat. Tiada larangan untuk berselawat atau berdoa dan ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA : 

Sekiranya solat bersendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjemaah di masjid umum, maka pendapat terpilih mengatakan bacaan imam harusla ringkas yang terdiri  dari 5 atau 6 ayat untuk satu rakaat. 

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.  Hukum solat sunat witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat witir adalah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya 1 rakaat sahaja.

NIAT SOLAT SUNAT WITIR (2 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


NIAT SOLAT SUNAT WITIR (1 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala"

ZIKIR SELEPAS SOLAT WITIR

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca 3 kali sebelum membaca doa solat witir.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai...

Sangatlah mudah kan, tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih disebabkan tidak dapat ke surau / masjid. Dan tiada alasan bagi yang ada anak-anak kecil (oh, mohon diriku sendiri terasa, hukhuk). Boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Marilah sama2 berubah ke arah yang lebih baik... In Shaa Allah...

 * Aku pun amik dari website orang jugak ni, sharing is caring... jika ada mana2 yg silap tlg perbetulkan ye *