Sep 2, 2016

Family Trip Seoul, Korea (16 - 21 Sept 2015)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya hidup di muka bumi ni, yang penting spending quality time with our kesayangan. Selain memperbanyakkan amal ibadah sebagai persiapan menghadapi pengakhiran yang kekal abadi nanti.

September 2015 diberi kesempatan olehNya melancong ke Seoul, Korea bersama 12 orang ahli keluarga. Tu pun abang sulung sekeluarga dan adik bongsu tak dapat ikut serta disebabkan kekangan masa dan urusan keluarga. Perjalanan kali ini kami menaiki penerbangan MAS pergi dan balik dan paling best sebab tak perlu pikir baggage overweight, seating serta makanan sepanjang perjalanan. Semua dah include kan...Selalu naik Air Asia jenuh nak pikir semua tu.

Penerbangan ke Seoul memakan masa lebih kurang 7 jam. Kami menaiki penerbangan lewat malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Umar pun tak meragam langsung dalam flight. Masa tu Umar 1 tahun 9 bulan. Kali ni rasa happy sebab suami dapat turut serta. Hehe barulah lengkap rasanya :-)

Masa kami pegi tu musim autumn. Siang hari biasa2 je tak panas tp tak sejuk sgt. Malam mmg sejuk, kena standby sweater or jacket if nak keluar. Nak story panjang-panjang pun dah ingat-ingat lupa sebab dah lama baru update dalam blog, haha so kita layan gambar je lah okay.

Delpino Golf and Resort.
Belakang kami tu Mount Soerak. Cantik sgt view
Pegi kali ni ambik dengan Kembara Sufi. So far ni travel agent paling terbaik! Package RM1850 per adult without flight ticket, tapi service memang tiptop. Accommodation A++ Hotel 5 star, Alhamdulillah puas hati sangat2.

Kadar tukaran wang time tu RM1 bersamaan 3.70 Korean Won. Parah jugak kan, takdelah sakan sangat nak shopping. Banyak beli skin care dan souvenirs je, hehe.. Melancong ke Korea tak sah tak grab skin care diorang kan.
Hadapan Delpino Golf & Resort, 1st night kitorang menginap kat sini.
Feeling Winter Sonata jap...boleh?
Ni kat Everland, macam Disneyland jugaklah
We are at Nami Island!!!
Myeongdong
On top of Mount Soerak
Alhamdulillah family trip kali ni berjalan lancar dan hero kesayanganku langsung tak meragam. Senang sikit bawak dia kali ni sebab dah boleh berjalan dan berlari kesana sini. Tapi Umar ni jenis suka duk dalam stroller, so most of the time tak menyusahkan kami suami isteri nak dukung dia, kekadang sgt babywearing tp tu pun kejap je sebab Umar dah besar, tak berapa muat dah dalam Ergo tu. hihi...



































Bagi kami suami isteri tak menyusahkan pun bwk anak kecik ni, sebab ada sesetengah orang ckp susah travel dengan anak kecik. Depends jugak kot kan, sebab lain anak lain tingkah lakunya. Paling penting kalau travel jauh esp naik flight kena pastikan anak dalam keadaan selesa dan dia tak bosan.

Alhamdulillah naik MAS kali ni ada entertainment, boleh gak on screen and pasang Hi-5 fav Umar. Haritu flight pun tak full so bolehlah suka suki nak duduk mana2 pun. Makanan pun agak mewah, steward layankan aje dan bagi makanan extra untuk kitorang :-)

Time to go back, good bye Seoul :-(

Dah nak balik Malaysia dah, huhu. Overall Seoul best esp kat Mount Soerak tu, view cantik sangat2. Jumpa lagi di lain post ya, babai :-)

Mar 30, 2016

Family Trip Shenzen - Hong Kong (October 2014)

Assalamualaikum...

Haihhh... Rinduuuu nak blogging balik. Dah bertahun takde post tp still jadi pembaca tegar blog-blog orang.

Lama betul post ni hanging.. bertahun dah asyik draft jek sampai dah lupe nak tulis ape..hikhik..tapi kena share jugak, memandangkan dah lama gile so post gambar je lah.. Nak jugak aku post sebab boleh tengok2 balik dan sebagai rujukan kepada sesape yang nak ke Shenzen or Hong Kong nanti.

Actually this is my first vacation dengan buah hati pengarang jantungku Umar Luqman, masa ni dia baru 9 bulan. Sedihnya sebab hubby aku tak pegi sama sebab ada job time tu. Sabarrrr je lah ya, burn camtu je ticket flight...ahaha dah keberapa kali burn pun aku tak tau. Nasib baik ni family trip so kami 10 orang sumenya. Dapat la juga bergilir dgn kakak aku dukung and jaga Umar. Alhamdulillah...

Trip kali ni kami naik Air Asia yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Kitorang guna travel agent dari Al-Quds Kota Bharu.

Jom cuci mata tengok gambar dulu :-)
Alhamdulillah safely arrived
Window of the World
Belakang tu diorang tiru Niagara Falls 

Eiffel Tower tipu, hiks
Ni kat luar sebelum entrance
Hong Kong Disneyland
Ni masa tengah tunggu parade at Hong Kong Disneyland

Yeah, tu dia boleh berdiri je. Jalan belum boleh :-)

Tengok tu, tido aje keje dia Zzzz

Hello Hong Kong Disneyland!
Best giler Disneyland ni, berbaloi dan wajib ke sini kalau ke HK
With beloved Mak
Lupe dah nama tempat ni
With Kakak Hannah, Umar's Cousin
Ni baru lepas show Burung Kakak Tua, best!


Windows of the World ni best sebab semua tempat2 best seluruh dunia ada dipamerkan kat sini. Diorang buat replika. Nama lagi China kan, semua benda akan dia tiru :-)

Umar baru 9 bulan time ni, bawak dia tak byk ragam sbb masih baby lagi. Jalan pun belum boleh lagi.  Most of the time Umar duk dan tido dalam stroller. Kekadang aku dukung or babywearing. Yang penting travel bawak baby ni kena sediakan susu secukupnya dan diapers dia. Kalau breastfeed lagi senang. Yang leceh time dia poopoo, nak pulak kat China kan, toilet takde air, tak bersih pulak tu. Huhu, klau ke restoran or tempat solat, time tulah aku tukar diapers dan bancuh susu siap2.
Time ni tgh tunggu nak shopping di Dongmen Night Market,
sebelum Umar poopoo.
Ada juga sekali tu kena Umar poopoo time kat shopping kat Luohu. Luohu ni macam shopping plaza, kat sini best ada byk sgt jual handbag dan baju2.. Seksa betul kat Luohu ni dgn toilet takde tempat baby changing diapers, sedih tau hampar changing mat atas lantai dan lap guna wet tissue. Paling sadis kat Dongmen Shopping Street, kitorang jalan kaki je ke Dongmen tu sebab dekat je ngan hotel. Gigih betul aku dalam hujan rintik2 halus menolak stroller nak shopping kunun, dah la hubby takde. Sampai je area shopping Umar bukan setakat poopoo tp siap dah meleleh-leleh tepi seluar, aiyarkk!! Nak tak nak balik la semula ke Hotel ngan kakak aku. Yang lain2 teruskan misi shopping tu. Hahaha antara pengalaman tak akan dilupakan travel ngan si kecik ni.

Umar dalam flight back to KL, seat hubby yang kosong.
So boleh letak Umar
Dalam flight dari KL ke Shenzen ok je tapi perjalanan balik ke KL Umar mengamuk. Time tu malam, tak silap flight jam 9.40 mlm. Aduhai, panik jugak aku. Mana taknye, tgh best2 tido boleh dia terjaga dan nangis semahunya, dah tak tau nak buat apa dah, sume orang dia tak nak. Tok Ayah, Nenek, Pakcik, Cik Da and Cik Li sume tak layan... Huaaa!! ada kot setengah jam aku cuba tenangkan dia, last2 tertido dalam tangisan. Scary jugak time tu, nasib baik la ngan family, tak la kecut perut sangat. Apapun Alhamdulillah family trip berjalan lancar.

Next aku story lagi ye, boleh share sikit tips and tricks travel ngan baby ni :-)