Apr 2, 2012

Phuket Calling

Kali ni nak post psl cuti2 pegi Phuket akhir Feb ari tu..tak sempat2 nak update, hehe..dah ade time free sket bleh la mengarang..bukan ape, sbg tatapan hari2 mendatang..cewahhh..kenangan dan memori terindah la katekan..hahaha..

Kitorang berlepas dari LCCT 25 Feb flight pagi gileee 6.55 a.m, sampai sana 7.20 a.m (waktu sana)..Thailand kan lewat sejam dari kita :-)

Sampai je kat sana terus carik cab utk ke hotel dan kebetulan ada 1 agent tu ade buat promotion.. Kitorang terus booking cruise utk 1 day tour ke Maya Bay,  Khai Island dan juga Phi Phi Island utk keesokan harinya.  Amik package dengan Friendship Tour..so taxi kitorang utk ke hotel FOC..!!

Hehe, kalau nak ikutkan mau jugak dalam RM80 dari Airport ke Hotel (lbh kurang 45 minit perjalanan) Package tu RM300 utk 2 orang.. Kire ok la sbb 1 day tour include lunch atas cruise + also free taxi service from airport to hotel :-)
DAY 1

Sampai hotel dalam 9.30 a.m, kitorang stay kat The Front Hotel, Patong.. Very2 near to the beach, maybe dalam 50 meter je kot..sukeee sgt, view sgt2 cantik..we can see the beach straight form our room. Credit to Agoda..booking online je, nasib baik hotel ok sebijik cam yg diiklankan :-)  Check in pun awal gile..pkul 10 a.m dah boleh masuk bilik..yeayyy.. tak macam kebiasaan hotel yg check in time pkul 2 p.m..
View from our hotel..Awesome..!!

Rest kat bilik jap then kitorang kuar merendek.  Sewa motor RM30 sehari (tak masuk petrol), so boleh la nak ukur jalan kat Patong tu :-) Ape lagi deretan kedai sepanjang pantai tu jadi sasaran, just nak carik baju, seluar pantai dan jugak slipper je. Takde la shopping sgt pun sbb yang ade byk baju2 mat saleh, maklum la pantai kan.. Not to forget souvenirs to my family and frens.  Fridge magnet satu kemestian..!! Hehe..
Jom..sape nak ikut..?
Acara makan2 pulak, lunch kat Restoran Masakan Middle-East (lupe la plak nama restoran tu).  Sebab nak cari yang halal so redah jugak la restoran tu, maklum la 1st time sampai sana :-)  Dinner plak dah pandai cari kedai makan..baru la jumpe Tomyam Seafood yang kaw..!! puas ati la dinner malam tu, burrppp..kenyang..
DAY 2

Van dari Friendship Tour datang jemput kitorang pkul 8 a.m sharp..hehe..teruja betul nak gi pulau2 yang sebelum ni hanya dgr dan tgk kat web dan magazine je.. Then kitorang di bawa ke port utk naik cruise..wahhh..excited giler kami berdua, dlm hati takut jugak mabuk laut tp alhamdulillah takde pape.

1st destination kami dibawa ke Khai Island.. Cantik sgt2.. cuaca tak yah citer la..panas terik you..!! pakai sunblock pun mcm tak pakai, sunburn jugak..maklumlah tuan empunye badan mmg dah berkulit tan :-) Hubby mandi kejap, aku plak main air takat pinggang je..huhu.. air laut sgt jernih, nampak ikan2 kecik.. sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa..


2nd destination, menuju ke Maya Bay @ James Bond Island.. Kat sini lagi cantik..!! Tanak story panjang2 la, boleh tgk gambar2 kat bawah ni :-)



  

The last destination, heading to Phi Phi Island.. Benti jap window shopping kat sana, tak beli papepun sbb panas sgt, huhu..nak sgt pegi pulau tp tak tahan panas..hampeh..!!


DAY 3

Last day kat Phuket ni kitorang pusing2 bandar je, lepas check out jam 12 p.m terus lunch then ke Jungceylon Shopping Mall.  Window shopping then tgk movie The Ghost Rider jap sementara tunggu nak ke Airport pkul 6 ptg..  Flight kami ke LCCT 9.15 p.m, delay jugak dalam setengah jam dan selamat sampai lebih kurang jam 11.30 p.m.


Overall, kami happy dengan percutian ala-ala honeymoon ni. Ekceli ni salah satu hadiah sempena ulang tahun ketiga kami. Kepada suamiku, terima kasih tak terhingga ye Abe.  I luv u more than words can ever say :-)

Mar 18, 2012

3rd Wedding Anniversary :-)

Alhamdulillah syukur..14 Mac 2012 genap usia perkahwinan kami 3 tahun.  Kami bahagia walaupun sehingga kini masih tinggal berjauhan dan tidak dikurniakan cahaya mata lagi.

Flashback 3 years ago :-)
Tuhan menguji kami dengan cara ini untuk lebih cekal dan bersabar.  Lain orang lain pula ujian olehNya :-)

Doa dan harapan kami agar rumahtangga kekal bahagia di dunia dan akhirat kelak.  Dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, semoga menjadi hamba yang soleh dan solehah dan sudah semestinya agar Allah mengurniakan kami zuriat.  Insya-Allah...

Sweet Memory..hehe..

Mar 7, 2012

Pusat Perubatan Islam Al-Madani

Assalamualaikum wbr buat kengkawan sume..

Lame betul tak update blog..dah nak berkulat koleksi citer2 yang nak di story.. Huhu, al-maklumlah en.hubby ade kat umah jadik waktu mmg penuh terisi.  

Tp takpelah dimulakan dengan citer rawatan islam yang kitorang baru 1st time cuba.  Hubby balik last 2 weeks, kitorang terus ke Pusat Rawatan Islam Al-Madani yang mmg tak jauh dari rumah kitorang pun.  Balik keje aku singgah la, berdebar jugak sbb macam2 persoalan di kepala aku ni..

Sampai sana dalam kul 5 lebih..lagi pun ustaz tu mmg berubat lepas waktu asar dan maghrib.  Nasib baik time tu takde orang so aku tak perlu tunggu lama.  Mula2 ustaz tanya masalah kami then citer sket kat dia then dia tanya samada dah cuba rawatan moden atau tak? Kami bgtau la setakat ni sume ok takde ape2 masalah alhamdulillah..

First dia tgk keadaan hubby aku..dia pegang tapak tangan then baca ayat2 suci Al-Quran.  Aku tgk hubby aku steady je.  Alhamdulillah takde masalah pada hubby aku :-)  Then tiba plak giliran aku.  Aku diminta belunjur ke arah muka pintu then dia pegang tapak tangan sama mcm dia buat kat hubby.  Pada mula aku rasa biase je then beberapa minit lps tu aku rasa sgt2 sakittt..!! Terus dia cakap "ada gangguan pd isteri"  Terkejut jugak aku tp aku dah dapat jangka it must be something wrong..

Ustaz tu ckp ada gangguan makhluk halus..sbb tu susah nak lekat (but i still thinking that kehidupan kami yg asyik berjauhan also must be 1 of the reason).  Ustaz tu terus merawat aku dgn bacaan ayat-ayat suci.  Then beralih plak ke bahagian bahu aku.  Tang sini aku lagi rasa sgt2 sakit sampai kan air mata aku kuar tak henti2..tp aku tahan je semampu boleh..sampai terangkat2 kaki aku.  Pdhal ustaz tu just pegang je bahu aku.

Apabila sakit dah beransur hilang dia beralih pulak ke paha then last skali kaki aku.  Sakit tak yah nak citer la beb..!!  Mahu je aku jerit tp aku tahan sambil baca Ayat Qursi.  Aku pegang dan genggam tangan hubby semahunya sampai dia pun kesian tgk aku.. Huhu.. 

Bila rasa sakit dah makin hilang, ustaz tu stop dan bagi aku 2 botol air yang telah dibacakan ayat-ayat pelindung dan ayat-ayat suci.  Dia minta aku banyakkan baca Ayat Qursi dan baca Bismillah.  Insyallah makhluk halus tu tak lagi datang ganggu or menumpang.  

Apapun aku puas hati sbb at least kitorang tau masalah kami dan sedaya upaya cuba berubat.  For my hubby, dia minta aku bersabar dan insyallah lepas ni ada rezeki.  Terima kasih tak terhingga sbb hubby sgt2 memahami dan selalu positifkan diri aku...