Hari ni dah pun 15 Syawal..mmg kejap masa berlalu.. Suasana raya dah makin suram, kat kampung (i mean kampung sebab aku kan tak berhijrah ke ibu kota cam org len) mmg macam ni lah.. suasana meriah raya time sume family dan sanak-saudara berkumpul.. tu je.. then after a week semua orang dah balik ke ibu kota, suasana raya makin melabuhkan tirai.. back to normal..
Alhamdulillah raya tahun ni sume adik-beradik aku balik kecuali K.Eli je yang takde.. tahun ni turn raya belah husband dia.. Rumah jadi gegak gempita dengan adanya 19 orang kecil dan dewasa berkampung di rumah. Kesemua 6 buah bilik fully booked okeh.. sebab sebelum ni rumah abah cuma dihuni 4,5 orang je..hihi..
On 1st Syawal, mak kesayangan aku masak Lontong, Rendang Daging, Nasi Impit pastu adik sponsor Satay. Ketupat plak beli je, sonang citer.. Aku pulak sediakan 3 biji kek iaitu Kek Oren, Kek Coklat dan Kek Kukus Lapis Pelangi (my 1st try, sebelum ni kakak aku je yg buat). Biskut plak ade pelbagai jenis campur biskut buat dan ada yg kakak2ku beli. Okay, now let the pictures speak :-)
|
Kek Oren ni kek turun-temurun |
|
Moist Chocolate Cake, dah potong bru ingat nak snap :-) |
|
Kek Kukus Lapis Pelangi, penat btul buat kek ni.. |
|
Biskut Cornflakes Nestum |
|
Tat Nenas, biskut yg wajib ada |
|
Biskut Arab pelbagai size..hehe |
|
Biskut Honey Cornflakes, simple tp sedap :-) |
|
Lontong Mak is the best..!! |
Lepas sembahyang raya, kami sekeluarga makan-makan then bermulalah aktiviti family photoshoot dan juga sesi salam-bersalaman. Now let's move on to another photos :-)
|
Selamat Hari Raya :-) |
|
Familia without K.Eli dan Abg Dan |
|
Siblings, BIL and SIL |
|
Me, hubby and parents :-) |
|
Nur Shafia Farhana, si tecik yg sangat cuteee |
|
Harith and Hannah mengadap Honey Cornflakes cikshu buat |
|
Nape Hannah nangis plak ni..? |
|
Kantoi.. Harith mkn biskut atas carpet nenek ye..hihi.. |
|
K.Ida with kakak Fiqa |
|
Still berdua tp kami redha :-) |
|
Tok Ayah and Nenek with the Cucus |
|
Baek punye lentok ni.. letih raya punye pasal..
Dah smpai umah tp aku still tak sedar, ape lg hubby trus snap gmbar..huhu |
|
Ni raya kedua, nak bertolak blk kampung |
2nd Syawal plak mak buat soto.. cam biasa, yummiest everrr..hehe, aku rasa semua org setuju yg masakan mak kite adalah yg terbaik dan tersedap kan..? Raya kedua bermulalah misi balik kampung belah mak tp tak jauh pun, kat area Bachok je tu pun rumah mak sedara. Kampung belah abah plak mmg tak penah balik sbb kitorang dah takde datuk dan nenek. Tambahan pula kampung abah pun aku tak sure kat mana.. Sebelah datuk asalnya dari Thailand manakala sebelah nenek pulak menetap lama di Singapura...
Mengenai kerisauan dan ketakutan geng TTC pasal soalan2 CepuCemas, aku taklah risau sangat mengenai soalan2 psl baby ni sbb setakat ni family belah aku takde yg laser tahap gaban.. Cuma aku agak keberatan kalau nak ke rumah family dan member2 hubby aku sbb aku rasa segan, malu dan macam2 lagi lah.. Sangat tak sanggup kalau orang bertanya (mmg ada yg tanya "Takde anak lagi ke..? Hubby aku jawab la takde rezeki lg, nak buat macamana, then bleh plak ckp "Eh..yeke..takkan takde lagi" macam tu la lbh kurang dialognye) Kalau ada anak mestilah aku bawak, takkan nak tinggal kot.. Soalan-soalan mcm ni lah yg bisa meruntun hati dan perasaan aku, lg sedih bila aku tgk hubby aku walaupun kelihatannya dia sgt cool :-(
Papepun sambutan Aidlifitri tahun ni cukup meriah dan bermakna dan aku sangat bersyukur kerana suami juga dapat beraya dan berpuasa bersama-sama di rumah. InsyaAllah kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan dan semoga amal-ibadat kita diterima dan doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment
TQ for the comment