Oct 23, 2012

Hubby's Birthday

21 Oct 2012, he turns 30..hehehe..kejap je dah masuk 3 series pun..masa mula2 kenal and then couple time tu kitorang baru masuk 20 tahun.. Ehh, gediksss jugak aku yek, parents suh study tapi sebok nak bercintan-cintun..

Tapi Alhamdulillah jodoh kami kuat dan berjaya jugak jadi insan bekerjaya seperti sekarang :-) Cintan-cintan jugak tapi pelajaran mesti seiring la kan.. walaupun result takde la excellent mcm orang lain tapi aku tetap bersyukur..
His Favourite Cake
Suke ngan deco kat Haza Bistro ni


Haa..entry kali ni pasal en.suami yang menyambut ulang tahun kelahiran semalam.  Hadiah terbesar bagi dia tahun ni, pasukan The Red Warriors (Kelantan) berjaya bawak pulang Piala Malaysia yang jugak Piala ketiga selepas Piala F.A dan Piala Liga Super.. Fanatik betul husband tau, sanggup dari KB ke KL malam sabtu naek bas. Sampai pagi sabtu then petang tu pegi Stadium Shah Alam.. Ahad tengahari pulak terus fly balik ke KB.  Uishh, nasib baik menang, kalau tak buang masa je..hehe, tp aku sikit pun tak kesah.. Sebab bukannye selalu pun, but for me i'm prefer tgk live kat TV, lagi best kot :-) Tapi kalau pegi stadium suasana mmg happening la kan..

Makan tak hengat..

Birthday present for hubby..? Argghh..tatau nak beli ape sbenarnye.. last2 beli Jersey TRW yang latest punye sempena nak pegi tengok bola jugak. Ok la kan..dia yang pilih aku just bayar je..hehe.. And for sure birthday celebration mcm biasa kitorang kuar dinner..

First night celebrate berdua kat Haza Bistro and the other night with my parents kat Wau Restoran. Dinner biasa2 je yang penting quality time tu ade.  Abah pulak beria nak celebrate birthday menantu dia yg sorang ni.  Dan abah mmg mcm tu, dia akan set reminder kat handphone dia tarikh2 penting family kitorang.. and most of the time he is the 1st person yang wish birthday or anniversary :-)

Befday Celebration lagi..this time Abah belanje :-)
My Heart, My Soul
Apapun, Happy Birthday to my beloved husband. Semoga Allah sentiasa memberkati abe, dilanjutkan usia, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki. Sayang syg abe sangat-sangat sampai syurga. InsyaAllah..amin...

Oct 15, 2012

Back to Normal Position

First sekali Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi... Bersambung kepada entry berpantang hari tu, pada sabtu lepas aku dan suami sekali lagi pegi ke Machang sebab nak tengok balik keadaan rahim aku samada masih kebelakang (retroverted) atau stay di posisi asal.

Ni la contoh antara rahim normal dan rahim yang menghadap ke belakang 

Berdebar dan takut jugak kan tapi Alhamdulillah rahim aku tak lagi menghadap kebelakang. Syukur sangat2.. Akak mengurut tu pesan agar aku kena still pantang dan takleh angkat benda berat.. Dia jugak ada pesan beberapa perkara dan tips kepada aku dan suami.  InsyaAllah jika diizinkan Allah akan ada rezeki kami berdua lepas ni.  Yang penting aku dan suami akan terus berusaha dan berikhtiar untuk mendapat rezeki yang satu ini.   

Jika still takde rezeki sebab kalau ikut perkiraan 4,5 hari lagi Cik P mungkin menjelma dan early sign pun dah ada (on time lagi nampaknye Cik P kali ni ye), aku ingat nak sambung ambik Clomid ngan Prof Shah. Dan...boleh la scan balik betul ke rahim aku dah normal.. Memang di akui ramai je geng TTC yang 'RU' boleh pregnant, tu sume ketentuan dan kuasa Allah tapi aku cuba berikhtiar kot2 ada rezeki lepas ni :-)

Kepada my beloved geng TTC sume, semoga doa-doa dan usaha kita akan dimakbulkan Allah SWT, InsyaAllah... Sayang korang sume tau :-*

Oct 7, 2012

Berpantang

Salam semua...

Hari ni dah masuk 17 hari aku berpantang.. berpantang kat sini maksudnya aku takleh minum ais, takleh makan sayur2an atau buah2an sejuk (timun, kacang panjang, kubis, tembikai dan yg seangkatan dengannya), dan jugak takleh angkat benda2 berat.

Citernya camni, 21 Sept hari tu aku ada pegi mengurut (pegang2 perut je) kat Machang. Tu pun sedara aku bgtau. Kebetulan hubby aku ada so kitorang pegi la, ikhtiar kot2 cara ni berkesan pulak.

Memula akak tu suh aku baring then dia pegang tapak kaki dan kaki aku sambil berselawat.  Akak tu ckp aku bermasalah dekat rahim..dia pegang pulak perut aku dan katanya kedudukan rahim aku agak senget (ketepi). Sambil baca ayat-ayat suci Al-Quran dia pegang perut aku dan seolah-olah mcm betulkan kedudukan rahim aku. Aku juga disuruh berselawat byk2.. Katanya Alhamdulillah sebab rahim aku telah kembali ke tempat asal.. Menurutnya aku bernasib baik sebab kedudukan rahim tak berapa teruk dan cepat je kembali ke tempat asal.. Alhamdulillah syukur..

Contoh Retroverted dan Anteverted Uterus
Betullah aku jumpa doktor pakar pun dia cakap mcmtu, Retroverted Uterus (RU - kebelakang / terbalik).  Kalau bahasa akak aku pegi mengurut tu ia senget ketepi. Maknanya sama la kan..hehe.. So, aku dinasihatkan agar tak minum ais, benda2 sejuk dan angkat benda2 berat.. same cam orang dlm pantang la pulak.. Aku kena jumpa akak tu lagi seminggu sebelum next period, nak tgk kot2 rahim aku kembali ke tempat sengetnye itu (got it what i mean..? hihi) Sebelum balik, akak tu ada bagi air tawar untuk aku dan suami minum dan jugak untuk mandi.

So, aku dlm proses berpantang skrg tp weekend hari tu aku dah start wat keje2 rumah cam vacum, kemas2 rumah.. harap2 itu tak tergolong dalam keje berat la..huhu.. dan harap sangat ada berita baik untuk aku dan suami lepas ni, InsyaAllah kalau dah sampai waktunya...