Assalamualaikum buat semua...
Entry kali ini agak panjang sebab lately banyak sangat pahit manis yang terjadi ke atas diri ini.. Permulaan yang sangat baik bagi kami, disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan yang bercampur-baur.. happy + excited + teruja, semua dalam 1 package.
Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Pun kami suami isteri bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kami peluang yang begitu lama kami nantikan, begitu juga pasangan suami isteri yang lain iaitu ingin mempunyai zuriat sendiri.
15 Mac 2013 merupakan tarikh yg tak mungkin aku lupakan, tambahan pula Wedding Anniversary aku yg ke-4 jatuh pd 14 Mac. Suppose aku period on 11 Mac tp tunggu dulu takut delay 2, 3 hari namun masuk hari ke-4, hati dan fikiran mula menimbulkan tanda tanya.
On 15 Mac buat urine test dan kuar DOUBLE LINE...!! Tapi sangat blur.. Ya Allah, rasa cam mimpi je, dah lama sangat tunggu nak tengok double line.. tapi aku masih was2 sbb mcm tak percaya.
Time tu maghrib, hubby balik masjid tunjuk kat dia result, dia mcm sedikit blur sbb tak phm kot..haha..aku explain yang double line maksudnya aku pegnen.. :-)
Kami hepy tp still nak pegi klinik jugak, nak betul2 confirm. Kat mak abah pun still rahsiakan lagi.
16 Mac = Refer gynae yg slalu rawat aku tu. Pelik sbb dia tak buat urine test, dia terus scan perut aku dan ckp 50/50 sbb tak nampak apa dlm rahim aku..hurmmmm..pd pndapat aku mmg la sbb maybe terlalu awal, aku cuma nak confirm btul ke aku ni pregnant, tu je..
Kami diminta datang balik next week (23 Mac) makkk aiihhh lame bebenor aku rasa nak tngu minggu dpn.. Balik rumah, lagi skali buat urine test..result positive tp still blur.
19 Mac = Hubby naik job, but aku akan selalu inform dia apa2 news.
21 Mac = Ketidaksabaran semakin membuak-buak..buat lagi skali urine test dan Alhamdulillah, zassss cepat je naik double line dan kali ni sangat clear :-)
23 Mac = Sepertimana appointment, aku jumpa gynae tu. Lagi skali dia scan perut dan juga ikut bawah (TVS) pun tak nampak cume ada dot dot hitam tp sgt la kecik..hishhh..and still doc tak buat urine test..aku kena pegi lagi next week.. Aku macam...Oooo WTH tanak buat urine, asyik nak scan je..!! Aku just nak confirmation je at least dpt la amik early preparation on pregnancy.
Tidak puas hati..!! Mlm tu aku pegi lagi ke Klinik lain..kiranya ni klinik biasa, bukan klinik pakar yg aku refer sbelum ni.. Sonang citer je, xde byk songeh..ckp kat dia dah delay period and dia suh wat urine test. And the result is
POSITIVE :-) Mak aku ape lagi, menangis air mata gembira, Alhamdulillah.
26 Mac = Kat ofis jam lbh kurang 11 pg aku ke toilet dan ada kesan coklat gelap di panty liner.. Tekejut, takut dan risau sume ada.. Tghari aku balik rumah, kira halfday sbb aku nak rehat. Aku dah agak yg aku mst kena bedrest. Lain org lain caranye, aku mst tergolong dalam org yg perut lokek (sume ni andaian sendiri, byk surf tenet dan pengalaman org2 terdahulu dr aku)
Malam terus jumpa gynae aku tu. Dia scan lagi skali and this time baru nampak janin dlm rahim aku.. Syukur Alhamdulillah tapi dia sgt kecik, Doc estimate dlm 5 weeks tp klau ikut calculation from period dah 6 weeks ++. Biaselah doc kira tgk size janin tu. Dia ckp bleeding tu normal dan dia bagi aku Duphaston utk kuatkan rahim dan Vitamin Prenavit.
27 Mac = Aku MC sbb rasa tak selesa dan sedikit lemah. Darah still kuar dan semakin banyak. Malam aku ke klinik lagi. Boleh dikatakan everyday aku gi klinik. Huhu.. Doc terus scan (yg ke brapa kali ntah) dan dgr jawapan dia sgt menyedihkan. Dia boleh cakap aku period sbb darah byk dlm rahim..Omaaaiiii..!! Baru last nite ckp aku PREGNANT hokehhh.. Aku rasa dia silap..tak pule dia ckp aku gugur tp PERIOD..?? Then terus bagi aku Clomid sbb nak bg subur balik.. Serious aku mmg pening gilerrr ngan gynae tu.. Betul2 Pakar kah dia..??
Balik je klinik perut aku sakit sgt..memulas dan sakit di ari2.. Tuhan je tahu kesakitan aku time tu.. darah still kuar tp this time mcm darah period tapi takde la byk sgt. Takleh tdo malam tu sbb sgt2 sakit. Bgtau hubby aku kat atas kapal nun jauh di Jakarta. Kesian plak dia sbb nak turun kapal sbb emergency. Nasib baik la job tu tak jauh sgt dari darat, so dapat la dia turun and amik flight terus ke KL then KB. Aku plak cuma bertahan dgn makan Panadol Actifast, Alhamdulillah makan 2 bijik je dan sakit mmg hilang.
29 Mac = Ke Klinik Komuniti (mmg tak refer dah ngan gynae aku yg sebelum ni tu, huh..!!) Story kat dia serba-sedikit dan dia scan. Tuhan Maha Kaya, elok2 je baby dalam kantung dia..dan aku dah boleh nampak dgn mata sendiri heart beat dia..Doc ckp 7 weeks ++ (camane la gynae aku yg sblm ni ckp aku peyed eh, hurmmm) But aku still bleeding, keluar mcm fresh blood. Tapi aku tau it must be something wrong sbb non stop bleeding and Doc jugak ckp skrg dalam peringkat Threatened Abortion. Chances 50/50.
30 Mac = Ke Perdana Specialist Hospital sbb hubby nak aku dapatkan penjagaan yg paling rapi memandangkan aku still bleeding dan sakit perut menyerang lagi. Jumpa gynae Dr Zana dan dia scan aku..Blood clogs dah makin banyak dan sakit makin memuncak. Berita yg tanak kami dengar namun kami terpaksa akur. Janin dah keluar dari kantungnya dan dia dah tak boleh survive. Aku dah MISCARRIAGE..!! Ya Allah, sekali lagi dugaan yg perlu kami tempuhi. 4 tahun menunggu dgn penuh sabar namun Allah telah atur yang terbaik buat aku dan suami. Aku redha walaupun pada mulanya sedikit emosi. Mujur suami dan mak aku byk menenangkan aku.
Tengahari tu jugak aku kena buat D&C. Doc kena cuci sbb janin tanak kuar sendiri.
Sekarang aku baru habis MC selama 2 minggu dan still berpantang. Kami tetap bersyukur walaupun aku keguguran namun Allah sudi meminjamkan kepada kami nikmat yang tidak terhingga itu. Aku yakin Allah itu Maha Adil dan percaturannya adalah terbaik.
Buat rakan TTC, aku doakan jugak agar impian dan doa2 kita sebelum ni dimakbulkan Allah. Jangan putus asa dan terus berusaha, In Shaa Allah :-)