Oct 23, 2013

Kisah mild anemia dan minum air gula

Mild Anemia atau anemia ringan biasa terjadi di kalangan ibu hamil. Sepertimana yang saya alami sekarang, setiap kali checkup kat Klinik Kesihatan (KK) paras hb saya semakin menurun, lagi2 dah masuk Trimester kedua ni... 1st checkup masa 6 weeks Hb 11.9, latest checkup masa 25 weeks Hb 9.4. Huhu, walaupun dalam kategori anemia ringan tapi doctor dan nurse kat KK Kota Bharu ni pandang permasalahan ni agak serius :-)

Berikut antara komplikasi dan akibat jika seseorang ibu hamil mengalami anemia dan masalah kekurangan zat besi (saya ambil info dr google) :
  • Lebih berisiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang.
  • Bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi mungkin terbantut.
  • Meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan darah ketika hamil).
  • Lebih mudah untuk mengalami jangkitan semasa dan selepas bersalin.
* Mintak2 dijauhkan lah dari komplikasi di atas *

Doctor dan nurse sarankan agar makan makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Vitamin dan pemakanan yang saya dah amalkan adalah :
  • Jus Delima Gulsan
  • Iberet Folic 500
  • Makan hati lembu, daging merah, jambu batu.. Tembikai + kerang + kekacang pulak jarang2 saya makan.
  • Madu + Kurma (setiap pagi)

Punnnn paras hb saya tak stabil, turun naik dan tak sampai paras normal iaitu 11. Padahal saya dah amik Iberet Folic 500 yang mmg dah tinggi dosage dia.. Hehe, andaian saya adalah sebab saya amik caffeine kot.. TAPI.. bukan lah everyday tau, selang sehari saya akan minum nescafe atau tea pada sebelah pagi waktu breakfast. Hehe.. tp dah selang 2,3 jam baru saya makan vitamin and rasanya takde kaitan kan, still vitamin tu boleh diserap sebaik mungkin sebab dah ada gap masa :-)

Akibatnya, last checkup masa 25 weeks (21/10/13) saya kena ambik 3 botol darah sebab doc nak check takut ada masalah lain. Rasa nak pengsan hokehhh..!! Dah la kena suntikan kancing gigi kat bahu on the same day, mmg tak prepare mental and fizikal kena inject dan amik darah sebanyak tu time tu.. Mau saya tak gabra, dan2 pening and nak pitam.. Saya mmg sangat takut dengan JARUM..!! 

Seminggu sebelum tu 14/10/13 saya diwajibkan untuk minum air gula disebabkan faktor umur kot walaupun berat badan tak naik mendadak dan tiada sejarah kencing manis dikalangan ahli keluarga. Kesan amik darah dikedua-dua lengan masih lagi berbekas lebam kebiruan sebab haritu nurse tak jumpe cari uratku..Huhuhu.. Seminggu kemudian kena lagi cucuk utk amik 3 botol darah, lengan ni macam kena gigit dracula dah kot.. Hurmmmm... sabar je lah, duk pujuk hati demi si kecik tersayang dalam rahim ni :-)

Haaa...lupelak, masa jumpa doc haritu dia ada suggest saya makan Shaklee sebab dia pun agent Shaklee.. hehe, tp dia jual yg trial pack utk patient dia try. Dia bungkus pack kecik2 cukup utk 2 minggu. Doc tu bagi saya VITALEA dan B-Complex (RM35 both). Saya pun try je lah, kot2 makan Shaklee ni paras hb naik :-)



Papepun, next appointment lagi 2 weeks dan harapannya result sume ok dan paras hb will be back to normal, In Shaa Allah..

2 comments:

  1. Intan,akak doakn smga paras hb intan jd normal balik ye..diberi kelancaran spnjg intan hamil ni..ameen..byk rupanya yg perlu kita kna ambl perhatian bila mangandung ni kn rupanya..bahaya juga klau x hati2..intan,jg diri bebaik k :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Umie.. In Shaa Allah paras hb akan normal balik dan takde masalah yg serius regarding pregnancy.. Masa TTC dlu byk jugak kena tahu dan skrg dah pregnant pun still kena byk cari info psl kehamilan jugak.. btw tq so much Umie.. ;-)

      Delete

TQ for the comment