Jul 9, 2014

Solat Tarawih bersendirian di rumah

Assalamualaikum semua...

Dah masuk 11 Ramadhan pun kite..cepat betul aku rasa Ramadhan tahun ni.. rasa diri ni tak sepenuhnya manfaatkan bulan penuh mulia.. masih banyak yg tak sempat nak buat. Masih byk masa tak di isi dengan amal jariah.

Tambahan pula tahun ni merupakan tahun pertama menyambut Ramadhan dengan permata hati Umar Luqman. 

Masa yg ada terlalu singkat.. Pagi kerja, balik kerja nak bermanja dgn Umar pun aku rasa tak puas. Nak masuk dapur lagi prepare utk juadah berbuka... Kononnye la kannnn..haha masak la sgt...hehe

Syukur sebab duduk ngan mak abah.. So, mak akan masak menu yg berat, selebihnye aku yg buat, paling tidak beli kat PaRam je ye.. Tapi lately mak juge kurang sehat, begitu juga dgn abah...

Aku salute toink2 la kat ibu2 yang boleh bahagikan masa diorg tu, aku ni maybe dlm proses nak blaja lg.. Al-maklum lah dah tua2 ni baru ade anak..hekhekhek.. Alhamdulillah rezeki dari Allah tak boleh jangka.

Kalau last year, acap kali juga ke Masjid solat tarawih berjemaah..masa tu kandungan dlm 3 bulan... Tahun ni aku tetap nak solat tarawih...tapi di rumah je lah.. tak kesah la yg penting buat walaupun hanya Solat Sunat Tarawih, sebab bukan senang nak cari pahala berganda setahun sekali ni kan..

Panjang pulak intro.. Huhu.. Okay, ni sekadar perkongsian.. Sebabnye dulu aku tak pernah nak solat sendiri kat umah, dah ada Baby Umar ni, kena la amik tau macamana nak Solat Tarawih bersendirian kat rumah ni.


NIAT SOLAT TARAWIH :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

"Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bilangan rakaat ikut kemampuan, paling ringkas 8 tarawih dan 3 witir.  Lakukan setiap 2 rakaat 1 salam dan seterusnya.  Witir pula 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Yang wajib adalah Surah A-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan di luar solat seperti selawat, doa tidak termasuk amalan solat tarawih tetapi hanya selingan antara solat. Tiada larangan untuk berselawat atau berdoa dan ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA : 

Sekiranya solat bersendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjemaah di masjid umum, maka pendapat terpilih mengatakan bacaan imam harusla ringkas yang terdiri  dari 5 atau 6 ayat untuk satu rakaat. 

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.  Hukum solat sunat witir adalah Sunat Muakkad. Jumlah maksima solat witir adalah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya 1 rakaat sahaja.

NIAT SOLAT SUNAT WITIR (2 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


NIAT SOLAT SUNAT WITIR (1 Rakaat)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala"

ZIKIR SELEPAS SOLAT WITIR

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca 3 kali sebelum membaca doa solat witir.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai...

Sangatlah mudah kan, tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih disebabkan tidak dapat ke surau / masjid. Dan tiada alasan bagi yang ada anak-anak kecil (oh, mohon diriku sendiri terasa, hukhuk). Boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Marilah sama2 berubah ke arah yang lebih baik... In Shaa Allah...

 * Aku pun amik dari website orang jugak ni, sharing is caring... jika ada mana2 yg silap tlg perbetulkan ye *

2 comments:

  1. saya pun anak dah besau solat terawih kat umah gaks.. sometimes mood anak2 nie ok sometimes dia wat perangai kat masjid..huhuhuhu especially abg ngah laa... tapi puasa ni saya tak sempat nak khatam sampai 7 juz jer sbb awal posa dah bendera merah hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu 7 juz cik wani.. rindunya kat bulan Ramadhan :-(

      Delete

TQ for the comment