Jan 9, 2012

Aku Yang Menurut Arahan

Nasib badan...aku hanya menjalankan tugas selaku PA Boss atau dgn kata lainnya seorang secretary.  Aku mmg akan jadi amanah dan jujur sebaik mungkin.  Ya, aku mmg berpegang teguh pada amanah orang dan juga menepati janji kerana itu mmg sikap semulajadi aku tambahan pulak aku seorang PA..


Tapi malangnya sesetengah orang tak paham dan beranggapan aku ni tanak share apa2 good even bad news ngan diorang.  Pleasssseeee la, korang mmg tak paham..!! aku nak cakap pun susahla... But since sume org office aku dah tau aku leh la letak conversation antara aku ngan boss pagi td (lebih kurang mcm ni lah dialog tu ek) :

Boss : Intan tau tak saya dapat jadi Timb. Pengurus Besar.  Tp tak official lagi, kena dpt kelulusan dari Menteri dulu.
Aku : Ooo..yeke, tahniah boss :-)  Sy pun baru tau jugak ni.
Boss : Jgn bgtau orang lain lg ye, sbb takde hitam putih lagi.  Sume staff BPP tak tau lg.  Cuma Intan tlg sediakan nota serah tugas saya, maybe awal bulan Feb kalau jadi la..
Aku :  Nnt dapat boss baru la sy pasni..Hehe, ok bos..sy takan bgtau org lain.

That's it...FULL STOP..aku tanak berita tu sampai dr mulut aku sebab walaupun benda tu mcm dah konfem tp bos aku dah pesan camtu so aku ikut jelah.  Tup2 lepas je masuk ofis after bekfes dah bising 1 office bos dapat jawatan baru.  

Dan ada la yg bertanyakan aku nape tak bagitau bos dapat post baru la..itu la..ini la..  Ohhh..oke..aku hanya menjalankan perintah supaya mengunci mulut lg pun ni bukan kali pertama bos mintak aku simpan rahsia.  Apa yg penting berita tu orang lain yg sampaikan and not me.  Cuma tolong faham dengan tugas aku, itu aje..sekian, terima kasih :-)

Jan 3, 2012

Hoping for a miracle, Insyallah...

Salam sayang sume.. Today merupakan 2nd day kita di tahun 2012.  Wishlist tahun baru mmg aku tak sediakan pun sebab aku mmg tak penah tetapkan ape azam aku di tahun baru.  Hehe, lg pun biasanye nak jadi yang lebih baik la kan.  Rasenye sume og mcm tu.  Impian mmg ada dan yang paling2 aku harapkan agar Allah memakbulkan doa-doa aku dan suami untuk menimang cahaya mata.  Tu yang paling utama buat masa sekarang, kirenye macam wishlist jugak la kan.  Insya-Allah kalau Tuhan dah tentukan rezeki kami tahun ini, alhamdullilah...namun kalau belum bukan masanya lagi, kami berdua harus redha dengan ketentuan itu.  Allah telah aturkan yang terbaik buat hambaNya, Insya-Allah.


Aku dan suami mmg selalu positifkan diri agar kami tak menyalahkan takdir.  Seriously, kalau ada kengkawan aku @ hubby aku yg dapat baby kami merupakan salah seorang yg paling gembira dengan berita itu dan tak sabar untuk merasa detik itu jugak.  Million thanx to my hubby, Mr Ruzzahairieirkwan yang terlalu banyak memberi sokongan dan kata2 semangat.  

Bercerita pasal pregnancy ni, aku dan hubby mendapat rawatan seawal mungkin iaitu selepas genap setahun kami kawen.  Kami berdua berpuas hati sebab dah menjalani pemeriksaan kesuburan oleh doktor pakar, menjalani minor operation untuk mengetahui status tiub aku dan semua jawapan adalah memuaskan melainkan kedudukan rahim aku yang dikatakan 'Retroverted Uterus'.  Tapi menurut Dr. Shah Reza itu bukanlah faktor mengapa aku masih tak pegnen, ada je 'RU' yg pegnen :-)  Macam yang aku cakap tu sume kuasa Allah.  Kaedah rawatan tradisional pun kami dah buat cuma masih belum rasi kot, bak kata ore kelate...

So, di tahun baru ni harapannya agar lebih baik dari tahun2 lepas.  Nak jadi seorang muslim, isteri dan anak solehah juga seorang pekerja yang lebih gigih bekerja.  Hehe, no more malas2 nak gi keje (part ni mcm takleh kotakan je, ari ni pun dah stat malas nak gi keje..haha) tp trust me, dah sampai ofis my mood will automatically shift menjadi orang yg rajin buat keje oke..!!

Jan 2, 2012

It's Time For Year End Holiday..!!

Assalamualaikum sume.. Kejap je kan pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru 2012.  Ekceli entry ni dah lama dah tulis tp tak post je sbb mcm takde mood nak mengarang, lg pun kebizian melanda diri di akhir2 tahun mcm ni. Huhu...

Entry kali ni bercerita pasal Year End Holiday (YEHHHH...suke..)  Kebetulan hubby aku baru turun job dan dengar kabarnye this time cuti dia kejap je maybe dlm 2 minggu so last minute punye decision kami akhirnya bercuti ke Melaka.



Kali ni kami pilih Melaka sbb aku dah lama tak kesana.  Rasenye last pegi dulu dalam 5 tahun lps kot, tu pun tak stay sana cuma singgah je klau tak silap aku laaa.  Masa skolah rendah dulu pun abah penah bawak kitorang ke sana, singgah kejap on the way balik dari Singapore.  Sempat la abah bawak kami ke Taman Mini Malaysia Ayer Keroh dan A'Famosa.  Ohhh, how i miss the moment so much..!!  Hubby plak excited sbb Melaka ni merupakan tempat dia menimba ilmu dulu sehinggalah menjadi insan bekerjaya seperti sekarang, Alhamdulillah :-)
Besttt naik beca berhias
Okeyh, actually aku takde nak citer ape pun sebab percutian kali ni biase2 je sbb kami pun stay sana 2 malam je then 1 malam kat Cherating.  Pegi Cherating pun last minute decision jugak, hehe.. yang penting kami dapat spend our quality time together.  For my beloved hubby, thanx for bringing me there :-* 

Ni ada beberapa gambar yang kami snap kat sana sbg salah satu koleksi berharga kami...


Kat Cherating Residence Inn
View from our room balcony