Sep 20, 2012

Cuti-Cuti Hari Malaysia ~ Langkawi

Tadaaa... Entry kali ni pasal percutian last minute kami ke Langkawi pada 13 - 15 Sept hari tu.  Kebetulan plak Cuti Hari Malaysia jatuh pada hari Ahad, so aku apply cuti hari khamis jelah.  Jimat cuti aku lagipun khamis tu mmg bos outstation. I'm FREE...yeayyy :-)

Actually takde la plan beria nak ke Langkawi, last minute punye decision.  Hubby balik habis job hari Isnin, so kami decide nak ke Langkawi on Thursday.  Lagipun time tu bukan peak season lagi, takde la crowded sangat.
Here we go... Langkawi :-)

Kami bertolak dari KB lebih kurang pukul 9.00 pagi dan sampai di Kuala Perlis jam 3.30 petang.  Naik feri kat Kuala Perlis sebab kebetulan hubby ada kawan kat sana, so boleh la diorang jumpe and aku sendiri prefer naik kat Kuala Perlis sebab tak la lama sangat naik feri berbanding dari Kuala Kedah.

Feri gerak jam 4.30 petang dan sejam lepas tu sampai la di Pulau Langkawi. Cuaca hari tu hujan, tapi aku ok je sebab pegi kali ni bukan nak Island Hoping apa pun, just nak bercuti-cuti cinta dengan hubby..hehe, mcm la lama sangat dia naik job hari tu..Gedixxss..!


Kat sana kami menyewa MyVi RM60 JE untuk sehari (24 jam), sangat murah okeyyy sebab normal MyVi RM90. Dapat plak kete baru, still bau kedai dan baru 5000km je.. Hehe, Alhamdulillah rezeki2.. Kat sana kami stay kat Federal Villa Beach Resort kat area Pantai Tengah.  Booked kat sana sebab nak relax2 tanak tempat yg crowded sangat.. lagi pun antara Pantai Tengah dan Pantai Cenang tu sangatlah dekat, jadi mmg no  hal lah kan.. Ke Pekan Kuah pun just amik masa dalam 15-20 minutes je.



Hotel Landscape 
Sampai pun dah agak lewat, so malam tu kami dinner kat area Pantai Cenang, lupe la plak nama restoran tu tp yang pastinya kedai tu betul2 tepi Fave Hotel.  Masakan Ala-Thai dan harga sangat berpatutan.

Nasi Putih, Sup Tulang, Ayam Masak Halia,
Udang 3 Rasa, Sambal Belacan..
Fresh Orange dan Tea Panas (minum air panas la plak aku..hihi)
Pegi mane2 pun topi harus aku cuba
Tp this time tak beli sebab Langkawi hujan je, tak panas pun :-)
2nd day, after breakfast kami terus menuju ke Cable Car. Bayaran dikenakan RM15 seorang untuk Malaysian tp kitorang dapat RM13..hehe.. Teruja gile sbb aku mmg nak sangat naik walaupun aku agak fobia dengan ketinggian.  Kebetulan baru lepas hujan, so view dari atas blur je.. jadi aku takde la rasa gayat sangat..ok jugak kan..hehe..

Ni on the way ke Cable Car..
Suasana yang sungguh menenangkan..sukeee...
Also this one, but not me okeh..haha..
Yeayyy..dah sampai..
Bestkan takde orang Q pun :-)
Awesome view
Ekspresi takot kah itu...?
Suasana makin kelam...tp sangat best..!!

Nak ke 2nd stage, dah okay dah.. SMILE :-)





Kampung Oriental
Kereta Kuda pun ada jugak..
Selesai pusing2 Kg Oriental, on the way balik kami singgah di Langkawi Yatch Club. Ape lagi, posing la.. 


Pegi berdua terpaksa amik gambar sendiri..huhu
dan lagi...



Lepas tu ke Underwater World plak.. Kire ok ok je la tempat ni because i'm expecting more..entrance fee RM25 sorang.

Penguin ni la yg plg aku suke.. comel sangat..!!
I luv u Hubby :-*






Next destination... ke Makam Mahsuri...Entrance fee RM5 sorang.




Then singgah di Look Out Point, tengok pemandangan...



Lastly singgah makan Laksa :-)


Singgah kejap ke Hj Ismail Group dan Langkawi Saga. Beli coklat je, takde la shopping pinggan mangkuk bagai.. kitorang kan masih stay ngan parents, tanak la sakan lagi membeli, hihi..

1st round...
Klau tempat sendiri, takdenye nak beli coklat sampai beratus
I Luv Ritter Sport
Malam plak kitorang dinner kat El Nino Seafood and Steak House.. Kenyang sangat.. Alhamdulillah..

For Me
For Him
Ala-ala romantis gitu dinner kali ni.. suke tempat ni..
 

Last day..good bye Langkawi.. InsyaAllah we will be back soon on November :-)

Check-out dulu ye



Wajib bergambar kat sini :-)

At the Jetty Point
Lepaking sementara tunggu feri
Alhamdulillah kami sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 6.30 petang.  Check-in di T-Hotel berhadapan jeti dan bermalaman kat situ 1 malam sebelum memulakan perjalanan balik ke KB keesokan harinya.  Overall, i enjoyed the trip so much.  Thanx hubby :-)

Sep 2, 2012

Citer Syawal 1433H

Hari ni dah pun 15 Syawal..mmg kejap masa berlalu.. Suasana raya dah makin suram, kat kampung (i mean kampung sebab aku kan tak berhijrah ke ibu kota cam org len) mmg macam ni lah.. suasana meriah raya time sume family dan sanak-saudara berkumpul.. tu je.. then after a week semua orang dah balik ke ibu kota, suasana raya makin melabuhkan tirai.. back to normal..


Alhamdulillah raya tahun ni sume adik-beradik aku balik kecuali K.Eli je yang takde.. tahun ni turn raya belah husband dia.. Rumah jadi gegak gempita dengan adanya 19 orang kecil dan dewasa berkampung di rumah.  Kesemua 6 buah bilik fully booked okeh.. sebab sebelum ni rumah abah cuma dihuni 4,5 orang je..hihi..

On 1st Syawal, mak kesayangan aku masak Lontong, Rendang Daging, Nasi Impit pastu adik sponsor Satay. Ketupat plak beli je, sonang citer..  Aku pulak sediakan 3 biji kek iaitu Kek Oren, Kek Coklat dan Kek Kukus Lapis Pelangi (my 1st try, sebelum ni kakak aku je yg buat).  Biskut plak ade pelbagai jenis campur biskut buat dan ada yg kakak2ku beli.  Okay, now let the pictures speak :-)

Kek Oren ni kek turun-temurun
Moist Chocolate Cake, dah potong bru ingat nak snap :-)
Kek Kukus Lapis Pelangi, penat btul buat kek ni..
Biskut Cornflakes Nestum
Tat Nenas, biskut yg wajib ada
Biskut Arab pelbagai size..hehe
Biskut Honey Cornflakes, simple tp sedap :-)

Lontong Mak is the best..!!
Lepas sembahyang raya, kami sekeluarga makan-makan then bermulalah aktiviti family photoshoot dan juga sesi salam-bersalaman.  Now let's move on to another photos :-)

Selamat Hari Raya :-)
Familia without K.Eli dan Abg Dan
Siblings, BIL and SIL
Me, hubby and parents :-)
Nur Shafia Farhana, si tecik yg sangat cuteee
Harith and Hannah mengadap Honey Cornflakes cikshu buat
Nape Hannah nangis plak ni..?
Kantoi.. Harith mkn biskut atas carpet nenek ye..hihi..
K.Ida with kakak Fiqa
Still berdua tp kami redha :-)
Tok Ayah and Nenek with the Cucus
Baek punye lentok ni.. letih raya punye pasal..
Dah smpai umah tp aku still tak sedar, ape lg hubby trus snap gmbar..huhu
Ni raya kedua, nak bertolak blk kampung
2nd Syawal plak mak buat soto.. cam biasa, yummiest everrr..hehe, aku rasa semua org setuju yg masakan mak kite adalah yg terbaik dan tersedap kan..? Raya kedua bermulalah misi balik kampung belah mak tp tak jauh pun, kat area Bachok je tu pun rumah mak sedara. Kampung belah abah plak mmg tak penah balik sbb kitorang dah takde datuk dan nenek. Tambahan pula kampung abah pun aku tak sure kat mana.. Sebelah datuk asalnya dari Thailand manakala sebelah nenek pulak menetap lama di Singapura...

Mengenai kerisauan dan ketakutan geng TTC pasal soalan2 CepuCemas, aku taklah risau sangat mengenai soalan2 psl baby ni sbb setakat ni family belah aku takde yg laser tahap gaban.. Cuma aku agak keberatan kalau nak ke rumah family dan member2 hubby aku sbb aku rasa segan, malu dan macam2 lagi lah.. Sangat tak sanggup kalau orang bertanya (mmg ada yg tanya "Takde anak lagi ke..? Hubby aku jawab la takde rezeki lg, nak buat macamana, then bleh plak ckp "Eh..yeke..takkan takde lagi" macam tu la lbh kurang dialognye) Kalau ada anak mestilah aku bawak, takkan nak tinggal kot.. Soalan-soalan mcm ni lah yg bisa meruntun hati dan perasaan aku, lg sedih bila aku tgk hubby aku walaupun kelihatannya dia sgt cool :-(

Papepun sambutan Aidlifitri tahun ni cukup meriah dan bermakna dan aku sangat bersyukur kerana suami juga dapat beraya dan berpuasa bersama-sama di rumah.  InsyaAllah kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan dan semoga amal-ibadat kita diterima dan doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah..