Sep 2, 2012

Citer Syawal 1433H

Hari ni dah pun 15 Syawal..mmg kejap masa berlalu.. Suasana raya dah makin suram, kat kampung (i mean kampung sebab aku kan tak berhijrah ke ibu kota cam org len) mmg macam ni lah.. suasana meriah raya time sume family dan sanak-saudara berkumpul.. tu je.. then after a week semua orang dah balik ke ibu kota, suasana raya makin melabuhkan tirai.. back to normal..


Alhamdulillah raya tahun ni sume adik-beradik aku balik kecuali K.Eli je yang takde.. tahun ni turn raya belah husband dia.. Rumah jadi gegak gempita dengan adanya 19 orang kecil dan dewasa berkampung di rumah.  Kesemua 6 buah bilik fully booked okeh.. sebab sebelum ni rumah abah cuma dihuni 4,5 orang je..hihi..

On 1st Syawal, mak kesayangan aku masak Lontong, Rendang Daging, Nasi Impit pastu adik sponsor Satay. Ketupat plak beli je, sonang citer..  Aku pulak sediakan 3 biji kek iaitu Kek Oren, Kek Coklat dan Kek Kukus Lapis Pelangi (my 1st try, sebelum ni kakak aku je yg buat).  Biskut plak ade pelbagai jenis campur biskut buat dan ada yg kakak2ku beli.  Okay, now let the pictures speak :-)

Kek Oren ni kek turun-temurun
Moist Chocolate Cake, dah potong bru ingat nak snap :-)
Kek Kukus Lapis Pelangi, penat btul buat kek ni..
Biskut Cornflakes Nestum
Tat Nenas, biskut yg wajib ada
Biskut Arab pelbagai size..hehe
Biskut Honey Cornflakes, simple tp sedap :-)

Lontong Mak is the best..!!
Lepas sembahyang raya, kami sekeluarga makan-makan then bermulalah aktiviti family photoshoot dan juga sesi salam-bersalaman.  Now let's move on to another photos :-)

Selamat Hari Raya :-)
Familia without K.Eli dan Abg Dan
Siblings, BIL and SIL
Me, hubby and parents :-)
Nur Shafia Farhana, si tecik yg sangat cuteee
Harith and Hannah mengadap Honey Cornflakes cikshu buat
Nape Hannah nangis plak ni..?
Kantoi.. Harith mkn biskut atas carpet nenek ye..hihi..
K.Ida with kakak Fiqa
Still berdua tp kami redha :-)
Tok Ayah and Nenek with the Cucus
Baek punye lentok ni.. letih raya punye pasal..
Dah smpai umah tp aku still tak sedar, ape lg hubby trus snap gmbar..huhu
Ni raya kedua, nak bertolak blk kampung
2nd Syawal plak mak buat soto.. cam biasa, yummiest everrr..hehe, aku rasa semua org setuju yg masakan mak kite adalah yg terbaik dan tersedap kan..? Raya kedua bermulalah misi balik kampung belah mak tp tak jauh pun, kat area Bachok je tu pun rumah mak sedara. Kampung belah abah plak mmg tak penah balik sbb kitorang dah takde datuk dan nenek. Tambahan pula kampung abah pun aku tak sure kat mana.. Sebelah datuk asalnya dari Thailand manakala sebelah nenek pulak menetap lama di Singapura...

Mengenai kerisauan dan ketakutan geng TTC pasal soalan2 CepuCemas, aku taklah risau sangat mengenai soalan2 psl baby ni sbb setakat ni family belah aku takde yg laser tahap gaban.. Cuma aku agak keberatan kalau nak ke rumah family dan member2 hubby aku sbb aku rasa segan, malu dan macam2 lagi lah.. Sangat tak sanggup kalau orang bertanya (mmg ada yg tanya "Takde anak lagi ke..? Hubby aku jawab la takde rezeki lg, nak buat macamana, then bleh plak ckp "Eh..yeke..takkan takde lagi" macam tu la lbh kurang dialognye) Kalau ada anak mestilah aku bawak, takkan nak tinggal kot.. Soalan-soalan mcm ni lah yg bisa meruntun hati dan perasaan aku, lg sedih bila aku tgk hubby aku walaupun kelihatannya dia sgt cool :-(

Papepun sambutan Aidlifitri tahun ni cukup meriah dan bermakna dan aku sangat bersyukur kerana suami juga dapat beraya dan berpuasa bersama-sama di rumah.  InsyaAllah kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan dan semoga amal-ibadat kita diterima dan doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah..

Aug 27, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Rasanya masih tak terlewat untuk Mrs Sweet mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir batin andai ada salah dan silap samada disedari atau tidak.  Kalau kat kampung dah mula lengang tp kat ibu kota mst tgh sibuk buat open house sana sini. Wah...best3...

Sekarang ni baru berkesempatan nak buka blog..baru bersenang-lenang setelah raya hari tu. Kejap je masa berlalu, ni dah pun 9 Syawal. Begitulah juga dengan kehidupan kita sehari-hari. Begitu cepat masa meninggalkan kita.

Citer2 pasal raya nnt Mrs Sweet post dalam next entry ek :-)

Aug 16, 2012

Maka bermulalah episod balik kampung

Sedar tak sedar hari ni dah 27 Ramadhan.. Insya-Allah lagi 3 hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Cepat sangat masa berlalu kan...  Anak2 perantauan juga sudah mula balik ke kampung halaman masing2.. 

Walaupun aku mmg dah stay ngan mak abah tapi kemeriahan tetap terasa.  Rasanya start minggu lepas jalan2 di KB ni dah mula jammed.. Macam semalam aku dan hubby nak ke Wakaf Che Yeh (pasar malam yg happening kat kelate) pun dah takleh masuk, last2 kitorang singgah kedai makan 'Colek' je...hehe pada yg tak tau, kat Kelantan mmg terkenal dengan acara makan aneka colek di malam hari pada bulan puasa.

Colek Kerang
Colek Buah - Biasanya campur buah Nenas, Jambu,
Mangga, Limau Bali dan Sengkuang
Colek Campur - Ayam, Paru, Perut, Fish Ball,
Tauhu dll
Haaa..ni lah antara menu wajib di Kelantan pada bulan puasa.  Gambar2 ni pun aku cilok dari Gugel sbb time aku makan mmg lupe nak snap sbb teruja nak makan.. Hehe.. Macam lari topik je kan citer pasal 'Colek' plak.. takpe2 sekadar selingan :-)

Berbalik pada citer balik kampung ni selalunye akan berlaku traffic congestion yang amat teruk terutama kat Bentong, Gua Musang, Ketereh and direct to Kota Bharu.  Biasela takat 12 jam perjalanan dari KL ke KB yang normalnya akan memakan masa lebih kurang 7 jam sahaja..


Kakak aku ada yang dah bertolak rabu malam tapi ikut LPT (Terengganu), yang sorang lagi plak akan bertolak malam ni (khamis malam) ikut Gua Musang kot.. Harap2 takla jammed gile2, klau tak kesian plak dgn anak buah aku yg berumur setahun lebih tu..yg besar tu ok la sket kan.. Abang aku plak naik train 5 beranak tu, tak yah pikir jammed dah.. amik yg bilik then boleh baik punye relax kan.. tp tu pun mmg booked awal gile tiket sbb laku cam goreng pisang panas...

Aku plak masih lagi setia di meja office membuang masa yg sangat berharga pada saat2 akhir Ramadhan ni.  Baaanyaakkkk lagi keje kat umah tu yg perlu settle tau.  Biaselah klau adik-beradik dan anak2 buah dah sampai.  Perlu prepare itu dan ini, kemas itu dan ini dan yg pasti 3 biji cake dan 2 jenis lagi biskut raya dengan sabarnya menunggu aku DAN perlu disiapkan dalam masa 2 hari saja...!!! Mane 1 nak buat ni...huhuhu..tp takpelah raya punye pasal :-)