Mar 26, 2013

Wedding Anniversary

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 14 Mac lalu genap usia perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik dah pun 4 tahun tapi still rasa cam pengantin baru...boleh..?? hahaha..takpe la kan,  janji happyyy...

Wedding Anniversary this year kitorang celebrate kat Bali, kirenye holiday + honeymoon + celebration.. 3 + 1, macam iklan nescafe plak..huhu.. Celebrate awal sket dari tarikh anniversary sebabnye takut hubby kena naik job, so lbh kurang seminggu awal dari tarikh sebenar..tak kesah la yang penting spending quality time together to the max...!! 

Stay 4 days 3 nights kat Bali memang perkara yang paling best yang tak mungkin kami lupekan. We love Bali's surrounding sooo muchhh..pantai, gunung dan pemandangan di Bali sangat cantik.. We love their nature sbb tu kami lebih suke luangkan masa ke tempat yang kaya dengan keindahan muka bumi daripada tempat shopping sebab sangat sukekan alam semula jadi..

Serious talk, for me Bali is better than Phuket. Sebabnye Phuket for me cantik pulau dan pantai sahaja tapi Bali lebih kepada pantai, pergunungan, tasik dan persekitaran semula jadi. Memang sungguh indah ciptaan Allah SWT. Tu baru Indon ngan Thailand kan..tak tau la kalau pegi Switzerland ke, Italy ke, Turki ke macamana la gamaknye perasaan aku..hehe..In Shaa Allah kalau diizinkan dan ada rezeki lebih boleh la ke sana. Tapi jangan silap sangka ye... ke rumah Allah juga aku dan husband teringin sangat nak pegi cuma biar masa yang menentukan, In Shaa Allah :-)

DAY 1

Bertolak dari LCCT ke Bali jam 9 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Disebabkan flight pagi kitorang cam biasa order Nasi Lemak Pak Nasser as our breakfast. Sedap dan mengenyangkan.


After safely landed at Ngurah Rai Airport, kami terus menuju ke hotel. Memandangkan time tu dah tengah hari, so kite check-in terus la...lagipun tak sabar nak tengok hotel yang aku book through Agoda. Nasib baik la bab2 mem'booking' ni hubby serahkan 100% pada aku... So, dapatlah aku choose nak stay kat hotel mana dan yang pasti aku takan overbudget la..kesian kat hubby :-)

Menariknya time kitorang pegi tu sebenarnya dekat dengan sambutan 'Hari Raya Nyepi' (Silence Day) yang jatuh pada 12 Mac 2013. Pada hari tersebut seluruh Pulau Bali akan sunyi sepi kerana dilarang mengadakan sebarang aktiviti. Kuat betul kepercayaan dan agama mereka. Airport pun akan tutup dan tiada penerbangan pada hari tersebut, urusan keluar masuk hotel juga tidak dibenarkan dan para pelancong yang mmg dah ada kat sana pun tak dibenarkan melakukan sebarang akitiviti even berjalan2 di pantai sekali pun..dan lampu pada waktu malam tidak akan dinyalakan termasuk pemotongan kesemua channel TV..!! Huhhh..nasib baek la time tu kitorang dah fly balik Malaysia :-) 

Kitorang stay 3 malam di 3 hotel berbeza...sebabnya..? Kitorang stay kat berlainan tempat iaitu Jimbaran, Sanur dan juga Kuta. First nite kat Abi Bali Resort and Spa. Suke hotel ni sebab bilik dan bilik air yang super besar, bersih and selesa, juga sangat2 calm dan privacy.

Alhamdulillah dah sampai..excited kan muke..hehe..
Bilik air yang super besar.
Tempat shower dia open, kalau hujan leh trus mandi direct..senang :-)
Dapat katil cenggini tp ok je yg penting tilamnya empuk ya...
Petang plak kitorang ke Pantai Jimbaran, nak tengok sunset dan dinner kat sana. Kat sana jam 6.30 ptg dah sunset. Jom layan gambar.

Sementara tunggu sunset.
Our seafood dinner

Perlahan2 mentari menyembunyikan diri
Miss this moment
After dinner, kitorang balik hotel dan aku sempat buat 15 mins FREE foot reflexology, ya ampunnnn sedap banget urutannya buk..rasa cam nak terZzzz terus...

DAY 2

Hari kedua ni kitorang amik pak supir (namanya Pak Ketut Susila, sebut btul2 tau..haha..) sebab senang nak bawak kitorang ke tempat2 menarik. So, after breakfast (mkn roti n telur rebus je sbb was2) kitorang terus gerak. 

1st place ke Tampak Siring. Tempat ni merupakan tapak warisan UNESCO, ada kuil dalam tu tapi tak masuk pun tgk rumah ibadah dia cuma jenjalan sekeliling tempat tu. Careful apabila kengkawan nak shopping souvenirs kat sini sbb kena pandai tawar kaw2 dan diorg sgt suke memaksa smpai aku dan hubby naik hangin dgn sorg pompuan tu...gile ahhh pegang lengan aku tanak lepas...ohh pelliisss..!!



Then terus menuju ke Kintamani. Tempat ni Masya-Allah...sangat cantik, tenang, damai dan nyaman.. Tapi sayang seribu kali sayang sbb time kitorang sampai tu baru je lepas hujan dan kitorang takleh nampak view dari gunung tersebut. Rugi sangat, cuma leh nampak bayang2 je tu pun sangat kabur.. Lunch dekat situ sambil hirup fresh air dari pergunungan tersebut.

Ehsan Google.
Camni la lbh kurang gambaran Gunung Kintamani, cantek kan..?
Belakang tu kalau takde kabus akan nampak gunung dari jarak dekat
Can't imagine klau sambil lunch dapat tgk dgn clear view gunung
kat depan tu dari restoran ni :-(
Selesai lunch dan solat....ke next destination iaitu ke Tegalalang area Ubud.

Sekali lagi terkesima dengan keindahan tanaman padi kat sini. Padi bukit ditanam secara bertingkat atau ia di buat mcm terrace.. Saujana mata memandang...




Lepas posing2 sket, menuju ke Tanah Lot pulak.. A must visit place. 

Masya-Allah.. Allah Maha Besar.
Tu dia Tanah Lot Temple kat belakang sana.

Jump Abe..Jump..!!
Kami tak tunggu sunset pun kat Tanah Lot ni sebab hari sebelumnya dah tengok kat Pantai Jimbaran..lagipun  badan dah penat and tak sabar2 nak check in kat Puri Santrian di Sanur. Sampai resort pun dah maghrib time tu.
Unik...kitorang dapat passport khas stay kat sini :-)
Super comfy king size bed
Fresh flowers :-)
Lepaking at the beach
Having our very simple dinner, kat sana susah makan..huhu
Waiting for the sunrise..time ni dlm 6.15 a.m, can u spot the moon up there?
Alhamdulillah..we can see the sunrise
My hubby ada kuasa luar biasaaaa...!! haha..
Love this romantic moment
Best.. Resort ni tak ramai orang
1 of the 3 pools
Breakfast time
Suprised from hotel...weeee...excited..!!
Posing before check out 
Amik gambar sndiri le ye...
DAY 3

Tengahari kitorang check-out dan pusing2 area Kuta je. Pegi shopping souvenirs for our family and frends. Kalau nak beli souvenirs bole trus ke Krishna (bgtau tourist guide, diorg mst tau). Kat sana barang sgt murah dan tak payah nak tawar2 dah, harga fixed tp sgt murah dan mcm2 ade.

Ni je antara yg sempat di snap
Then kitorang singgah makan kat Restoran Nasi Padang, yang pasti org muslim kat sana yang punye. Heavennyeee dpt mkn nasi dan beraneka lauk termasuk ayam kegemaranku..yummehhh..!!

Kenyang perut then singgah kat beberapa lagi kedai souvenirs dan seterusnya check-in kat Best Western Resort Kuta. Stay kat sini sebab sgt dekat dgn Airport sebabnya pagi esok flight kitorang jam 6.00 a.m.. So, by 4 a.m. dah kena ada airport..huhu..

Simple size room
At Kuta Beach

Nasib baik ada org tlg amik gmbar :-)
Malamnye kami stay kat hotel je, aku skali lagi massage..esok pagi dah nak balik..rindu nasi berlauk, mak abah dan Kelate soooo muchhh..hehe..

Time ni aound 4 a.m. Kitorang amik 1st flight. 
Tu la dia cerciter holiday + wedding anniversary kami. Coretan sekadar memori untuk kitorang dan jugak panduan kpd kengkawan yang planning nak ke Bali. Semoga bersiaran lagi dalam entry seterusnya. Assalamualaikum :-)

4 comments:

  1. beshkan gi bali
    (igt time g dgn kwn2 dlu)
    tapi mana nak sama klu g dgn suami tersayang :P
    btw, besday saya same date dgn anni awak :)
    eppy anniversary ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ..eh..yeke same ke..hehe..
      Happy Belated Birthday utk awak :-)

      Delete

TQ for the comment