Feb 16, 2012

next step IUI..?

Honestly aku tak tau sgt pasal proses IUI ni.  B4 this just baca kat blog kawan2 TTC and search info kat website dan jugak forum berkaitan.  Tapi biaselah takde la 100% faham keseluruhan proses IUI ni.  Memandangkan usia perkahwinan dah nak masuk 3 tahun (genap bulan Mac ni) huhu, i wanna proceed with the next step...

Scary jugak tgk procedure IUI ni..huh..
Hubby balik weekend ni bleh la gi jumpa Dr. Shah Reza (gynae kat HUSM dan ade buka his own clinic).  Sebelum ni dia takde pun suggest kami buat IUI..cume suggest aku buat Laparoscopy dan IVF jer.  Lap and Dye Test aku dan buat April 2011.  Alhamdulillah tiub ok, takde blocking cuma ada a very-very small endo.  Takde la plak dia state brapa cm, maybe time buat tu aku hampir2 time peyed that's why endo tu muncul.  He said nothing to be worried.. Insya-Allah.. He suggest IVF sbb katanya chances utk berjaya tu tinggi memandangkan patient muda (hahaha..muda la sgt..!)  Hubby suh KIV dulu IVF..dan aku juga masih tak bersedia utk proses IVF memandangkan kami PJJ yg akan menyukarkan kami utk proses2 IVF tu :-(


Tp bila dah blogwalking kawan2 TTC yang penah buat IUI, i think i wanna go for IUI..  Harap2 lps cycle peyed Mac ni kitorang dah boleh proceed dgn IUI.  Tanak tunggu lame2, u see pejam celik pejam celik dah nak masuk Mac pun..aku jugak kena kejar masa memandangkan hubby aku bkn slalu ade.  Haaa..tiba time ni dah jadi sedikit emo okeh..klau nak ikutkan chances nak pegnen dlm setahun cuma 40%..mcm thn ni masih belum jumpe hubby ye kawan2, almost 60 days. Dia balik job plak aku baru lps fertile, timing pun slalu jer tak kena..

Kawan2 yg senang beranak (rezekinya dipermudahkan Allah) tu mst pelik kan geng TTC slalu kire tu, kire ni..but the truth is mmg mcm tu, we all have to know what is our problem, when is our fertile time and we have to go through all kind of fertility treatment.. hurmmm, tanak mengeluh.!! sebab sume tu Tuhan dah tentukan..kita cuma perlu ikhtiar dan redha (always try to be positive :-)

Niat dihati, hubby balik ni nak cuba Perubatan Islam dan IUI..Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk menimang cahaya mata.  Insya-Allah...

Feb 13, 2012

Petua Mudah Hamil

Salam to all..entry kali ni esp to my TTC's frens..

Actually ni ada info yang diambik dari FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.  Walaupun kita belum pegnen lagi tp ok je 'LIKE' page ni :-)

Maybe sesetengah dah sedia maklum pasal petua-petua ni tp takpelah nak jugak paste kat sini.  Sharing is Caring... 
Credit to Google
~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~


Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.


Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma.  Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji.

2. Kemudian buang biji kurma tu.
3. Blend @ kisar kurma td bersama dengan susu kambing.
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja seumur hidup.
6. Kemudian amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi. 


InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki. Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Feb 9, 2012

Alahaiii..

Aiishhh..tensionnye..!! Pagi td boss suh fotostat psl Bengkel Perancangan Strategik yg akan diadakan pada Feb 2012 tp takde pulak state bila tarikhnye..belek punye belek ternampak la nama aku yg akan turut serta bengkel tu nanti..errkk, aku dah tak sedap hati..mst bengkel tu time aku nak bercuti-cuti honeymun ngan hubby..

Yelah ni dah nak masuk tgh bulan Feb..aku sgt2 pasti bengkel tu nnt mst akhir bulan ni..Ohhh, tidak..!! camne ni sume tiket dah booked..Huhu, nak mintak excuse tu segan la plak even aku ke bengkel tu hanyalah sbg pelapor je kot, takde la aku nak discuss dlm grouping mcm diorang tu..Aisehhh..mencik, mencik, mencik..!

Dah la susah bebenor nak spend masa ngan hubby, time dia balik camni mulalah ade je hal kat office.. Ptg ni bos ada discussion psl bengkel tu ngan pihak UMK..harap sgt2 bengkel tu cancel (haha, jahat siottt), tak pun nama aku tak tersenarai..Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..