Jan 3, 2012

Hoping for a miracle, Insyallah...

Salam sayang sume.. Today merupakan 2nd day kita di tahun 2012.  Wishlist tahun baru mmg aku tak sediakan pun sebab aku mmg tak penah tetapkan ape azam aku di tahun baru.  Hehe, lg pun biasanye nak jadi yang lebih baik la kan.  Rasenye sume og mcm tu.  Impian mmg ada dan yang paling2 aku harapkan agar Allah memakbulkan doa-doa aku dan suami untuk menimang cahaya mata.  Tu yang paling utama buat masa sekarang, kirenye macam wishlist jugak la kan.  Insya-Allah kalau Tuhan dah tentukan rezeki kami tahun ini, alhamdullilah...namun kalau belum bukan masanya lagi, kami berdua harus redha dengan ketentuan itu.  Allah telah aturkan yang terbaik buat hambaNya, Insya-Allah.


Aku dan suami mmg selalu positifkan diri agar kami tak menyalahkan takdir.  Seriously, kalau ada kengkawan aku @ hubby aku yg dapat baby kami merupakan salah seorang yg paling gembira dengan berita itu dan tak sabar untuk merasa detik itu jugak.  Million thanx to my hubby, Mr Ruzzahairieirkwan yang terlalu banyak memberi sokongan dan kata2 semangat.  

Bercerita pasal pregnancy ni, aku dan hubby mendapat rawatan seawal mungkin iaitu selepas genap setahun kami kawen.  Kami berdua berpuas hati sebab dah menjalani pemeriksaan kesuburan oleh doktor pakar, menjalani minor operation untuk mengetahui status tiub aku dan semua jawapan adalah memuaskan melainkan kedudukan rahim aku yang dikatakan 'Retroverted Uterus'.  Tapi menurut Dr. Shah Reza itu bukanlah faktor mengapa aku masih tak pegnen, ada je 'RU' yg pegnen :-)  Macam yang aku cakap tu sume kuasa Allah.  Kaedah rawatan tradisional pun kami dah buat cuma masih belum rasi kot, bak kata ore kelate...

So, di tahun baru ni harapannya agar lebih baik dari tahun2 lepas.  Nak jadi seorang muslim, isteri dan anak solehah juga seorang pekerja yang lebih gigih bekerja.  Hehe, no more malas2 nak gi keje (part ni mcm takleh kotakan je, ari ni pun dah stat malas nak gi keje..haha) tp trust me, dah sampai ofis my mood will automatically shift menjadi orang yg rajin buat keje oke..!!

2 comments:

TQ for the comment