Feb 16, 2012

next step IUI..?

Honestly aku tak tau sgt pasal proses IUI ni.  B4 this just baca kat blog kawan2 TTC and search info kat website dan jugak forum berkaitan.  Tapi biaselah takde la 100% faham keseluruhan proses IUI ni.  Memandangkan usia perkahwinan dah nak masuk 3 tahun (genap bulan Mac ni) huhu, i wanna proceed with the next step...

Scary jugak tgk procedure IUI ni..huh..
Hubby balik weekend ni bleh la gi jumpa Dr. Shah Reza (gynae kat HUSM dan ade buka his own clinic).  Sebelum ni dia takde pun suggest kami buat IUI..cume suggest aku buat Laparoscopy dan IVF jer.  Lap and Dye Test aku dan buat April 2011.  Alhamdulillah tiub ok, takde blocking cuma ada a very-very small endo.  Takde la plak dia state brapa cm, maybe time buat tu aku hampir2 time peyed that's why endo tu muncul.  He said nothing to be worried.. Insya-Allah.. He suggest IVF sbb katanya chances utk berjaya tu tinggi memandangkan patient muda (hahaha..muda la sgt..!)  Hubby suh KIV dulu IVF..dan aku juga masih tak bersedia utk proses IVF memandangkan kami PJJ yg akan menyukarkan kami utk proses2 IVF tu :-(


Tp bila dah blogwalking kawan2 TTC yang penah buat IUI, i think i wanna go for IUI..  Harap2 lps cycle peyed Mac ni kitorang dah boleh proceed dgn IUI.  Tanak tunggu lame2, u see pejam celik pejam celik dah nak masuk Mac pun..aku jugak kena kejar masa memandangkan hubby aku bkn slalu ade.  Haaa..tiba time ni dah jadi sedikit emo okeh..klau nak ikutkan chances nak pegnen dlm setahun cuma 40%..mcm thn ni masih belum jumpe hubby ye kawan2, almost 60 days. Dia balik job plak aku baru lps fertile, timing pun slalu jer tak kena..

Kawan2 yg senang beranak (rezekinya dipermudahkan Allah) tu mst pelik kan geng TTC slalu kire tu, kire ni..but the truth is mmg mcm tu, we all have to know what is our problem, when is our fertile time and we have to go through all kind of fertility treatment.. hurmmm, tanak mengeluh.!! sebab sume tu Tuhan dah tentukan..kita cuma perlu ikhtiar dan redha (always try to be positive :-)

Niat dihati, hubby balik ni nak cuba Perubatan Islam dan IUI..Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk menimang cahaya mata.  Insya-Allah...

Feb 13, 2012

Petua Mudah Hamil

Salam to all..entry kali ni esp to my TTC's frens..

Actually ni ada info yang diambik dari FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.  Walaupun kita belum pegnen lagi tp ok je 'LIKE' page ni :-)

Maybe sesetengah dah sedia maklum pasal petua-petua ni tp takpelah nak jugak paste kat sini.  Sharing is Caring... 
Credit to Google
~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~


Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.


Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma.  Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji.

2. Kemudian buang biji kurma tu.
3. Blend @ kisar kurma td bersama dengan susu kambing.
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja seumur hidup.
6. Kemudian amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi. 


InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki. Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Feb 9, 2012

Alahaiii..

Aiishhh..tensionnye..!! Pagi td boss suh fotostat psl Bengkel Perancangan Strategik yg akan diadakan pada Feb 2012 tp takde pulak state bila tarikhnye..belek punye belek ternampak la nama aku yg akan turut serta bengkel tu nanti..errkk, aku dah tak sedap hati..mst bengkel tu time aku nak bercuti-cuti honeymun ngan hubby..

Yelah ni dah nak masuk tgh bulan Feb..aku sgt2 pasti bengkel tu nnt mst akhir bulan ni..Ohhh, tidak..!! camne ni sume tiket dah booked..Huhu, nak mintak excuse tu segan la plak even aku ke bengkel tu hanyalah sbg pelapor je kot, takde la aku nak discuss dlm grouping mcm diorang tu..Aisehhh..mencik, mencik, mencik..!

Dah la susah bebenor nak spend masa ngan hubby, time dia balik camni mulalah ade je hal kat office.. Ptg ni bos ada discussion psl bengkel tu ngan pihak UMK..harap sgt2 bengkel tu cancel (haha, jahat siottt), tak pun nama aku tak tersenarai..Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

Feb 8, 2012

Finally..decided..

Owhh..i really cant wait..about 10 days more..seingat aku ni la plg lama aku berjauhan ngan hubby..duk kire2 tu adalah dlm 51 hari (as at 8 Feb 2012) and there'll be another 10 days to go..kirenye 60 hari jugak la..2 bulan tu..

Alhamdulillah Allah SWT telah menjadikan aku setabah dan secekal ini walaupun kadang2 tu aku rasa down dan sgt2 rindu kat hubby aku..tp aku kena kuat semangat sbb hubby aku sgt2 memerlukan kekuatan aku untuk dia kuat juga (aku akan selalu ingat kata2 dia yg satu ini :-)

Dalam duk tunggu hubby balik ni, dia dah bagi green light ke mana kitorang akan honeymoon kali ni..kire honeymoon la ye sbb masih berdua, sob, sob, sob... Kebetulan Air Asia ada buat jualan utk travel bulan Feb dan Mac..so, ape lagi dia suh pilih la nak gi mane.. Punyela pening aku nak buat keputusan, last2 aku pilih Phuket je la, tak jauh sgt kan..



Insyallah kami pegi 3 hari 2 malam je memandangkan aku akan guna byk lagi cuti utk hari2 mendatang.. yang tak bestnye kami dari KB akan ke KL dulu baru la bleh ke destinasi..sbb tu la kena prepare cuti utk pegi dan balik skali.

Percutian kali ni hampir2 time aku peyed, aku pilih 25 Feb iaitu 1 week before period due.  Nak awal dr tu tak bleh la pulak sbb hubby aku balik maybe dlm 20 Feb camtu.  Nasib la kan, kali ni hubby balik pun aku baru je lps fertile..timing slalu tak kena (macam nak bg alasan kan tp seriously tu la masalah terbesar aku dan hubby skrg)  Usaha kami nak baby mmg sentiasa ada tp kalau duk pikir2 macam makan ubat dan supplement tu tak tau berhasil ke tak sebab kami jarang dapat bersama.  Dari sudut nak +ve kan diri, aku pikir ini salah satu ujian Tuhan buat kami berdua.  Lain orang lain pulak cara ujianNya.  Kami kena sentiasa redha dan kuat semangat.

The most important, aku tanak stress..nak spend time ngan hubby puas2 sebab kami tak mcm org lain yg tiap2 hari boleh berkepit je kan..Untung kwn2 yg dpt duk sesame tu ek.. :-)