Alhamdulillah..dah masuk tahun baru bagi umat Islam iaitu 1 Muharram 1433H. Wishlist utk Awal Muharram merangkap tahun baru 2012 yang dah tak berapa hari lagi ni pun masih belum ada. Huhu...
Bersempena dengan Cuti Awal Muharram itu juga, aku dan family sempat meluangkan masa ke Sungkai, Perak. Saje je kitorang stay kat homestay sana. Besttt sgt tau sbb jauh dari hiruk pikuk kota, tempat yang tenang dan nyaman, surroundings by beautiful scenery ciptaan ALLAH Yang Maha Esa. Belakang homestay kitorg plak akan nampak bukit bukau, saujana mata memandang :-)
|
Ni lah homestay yg dimaksudkan |
|
Take a look at the bukit belakang sana..nice view!! |
|
A very breath-taking view |
Kitorang berkonvoi dari Rawang menuju ke sana sebanyak 3 biji kereta iaitu kereta Abg E, Abg Dan & Abg Edy. Anak2 sedara aku punyala hepy dan excited sbb time cuti skolah and dapat berkumpul ramai-ramai. Sampai je sana, kitorang teruja sbb homestay tu selesa dan memenuhi citarasa kami. Sume ada disediakan termasuklah peralatan memasak, dapur, fridge, pinggan mangkuk dan tempat barbeque skali. Hehe, bilik plak ada 4 dan harganya quite reasonable utk homestay selengkap itu :-)
Selesai je smyg zohor dan rehat jap kitorang terus ke
Hot Springs Sg. Kelah. Kat sini bermulalah aktiviti mandi-manda. Hehe, mula2 kitorang mandi kat water park, tak kire lah kecik besar tua muda sume mandi kat situ. Paling best sbb Abah dan Hannah pun mandi same. Abah punye la seronok siap naik gelongsor air berulang kali. Hehe, Hannah plak suke sgt main air, sikit pun x takutkan air. Siap naik pelampung angry bird lg tu, so cute my dear Hannah. Kakak fifah, fiqa, ejat, afiq, erfan n harith pun same...suke main air termasuk la cik su and pakcik skali...
|
Dah sampai...Yeayyy.. |
Then rehat jap kitorang ke kolam air panas plak, bersebelahan ngan water park tu je. Adoiii, mmg panas la lg pun aku bru je mandi kat water park tu so bju aku basah and sejuk, nak masuk plak dalam air panas.. Tak sanggup! Mak dan abah pulak cute je duduk berdua rendam kaki. Paling hebat Abg Edy dan Abg E la yang siap mandi paras dada lg tu...Kak Ida pada mulanya takut2 tp berjaya jugak mengikut jejak langkah suaminye. Hehe.. Aku awal2 lg surrender rendam kaki je la ye. Pdahal klau kat umah aku yg suka mandi air panas tak kire pg @ mlm..hampeh tul.
|
Sume dah kepenatan ni |
|
Menaiki tram utk ke car park |
|
Harith diapit oleh Tok Ayah dan Nenek |
|
Gud Bye Hot Springs Sg. Kelah |
Selesai sumenye kitorg bertolak balik ke homestay tp singgah beli durian dan isi perut kat kedai dulu. Letih jugak sbb excited giler main air smpai sunburn kulit. Hehe.. Sampai je homestay, rehat dan solat maka bermulalah acara seterusnya iaitu makan durian..!! Kat Perak mmg tengah musim durian skrg ni. Durian kampung plak tu, murah dan sedap tambahan pula kami 1 family mmg peminat tegar DURIAN. Cuma ralat sbb hubby aku, K.Ira, Abg Padil and little Syapia tak dapat join. Diorang juga penggemar durian, aku tgk durian je terus ingat hubby. Huhu..but for K.Ira's family tak pe sbb Ulu Langat mmg selalu ada durian kan :-)
|
Marvellous |
|
Ni dah acara penutup, dah clear sume baru ingat nak snap. Hehe. |
Malam plak takde acara apa2 pun, cuma kitorang 1 buah kereta pegi beli satay kat bandar Slim River. Lg pun tu je yg ada, kat sana bandar mati rupenye. Tak banyak aktiviti pd waktu malam. Selesai je mkn ramai yang masuk tdo sebab kepenatan lg pun esok ada acara seterunya iaitu ke Lumut.
Keesokan harinya lepas subuh Abg E dan Kak As joging kat sekitar homestay. Aku, Mak, K.Ida dan Harith plak morning walk je. Seriously aku suke sangat pemandangan dan persekitaran kat situ.
|
Mak dan Harith sempoi je pkai baju tido kan :-) |
Lepas breakfast kat homestay kitorang bersiap-siap untuk ke Lumut. Saje je nak pegi sebab dah alang2 sampai sana kan, boleh gak beli ikan bilis, sotong kering dan souvenir sket. Sampai sana dah tengahari, kitorang benti lunch then shopping ape yg patut. Abis shopping kitorang menuju ke Teluk Batik, anak2 sedara nak main pasir, aduyaiiii..orang KL kan jarang jumpa pantai. Layan je la :-)
|
Hepy ye anak2 buah Cik Su ni |
|
Me and Lily |
|
Erfan dan Harith |
Selesai sume kami pun bertolak balik ke KL. On the way balik jumpe lg buah durian. Ape lg, hampar tikar dan terus berkelah mkn durian kat situ plak. Hehe, mmg puas ati lah..
Sampai KL lebih kurang jam 11 mlm, aku stay umah K.Eli kat Setia Alam sbb esoknye aku nak shopping sket then mlm akan terus balik ke KB. Lusa dah start keje. Mencikkk...
Apapun, i've so much fun with my family. Insyallah kalau umur panjang dan ada rezeki kitorang akan berkumpul buat family day lg :-)